BAB 6

Romance Completed 20050

Suasana di meja makan riuh dengan suara along yang buat lawak bangangnya sampai mama dan papa ketawa sakan. Begitu juga dengan Ilyas. Dia sudah mencukur jambangnya dan akhirnya aku dapat mengecam wajah di sebalik jambangnya itu.

Dia adalah abang Ilyas! Wajahnya masih sama. Hmm.. Mungkin lain sikit. Sebab dah matang dan makin tua! Dia sebaya dengan along maknanya umur dia sudah 28 tahun. Tua ! Tua! Jerit hatiku. Aku tak berkenan orang tua!! Tapi, dia hensem apa.. Otakku mula nakal. Huishh.. Nyah kau!

“sebenarnya Ilyas nak nginap di hotel, tapi along tak kasi.” beritahu Aiman.

“Laa.. Kenapa nak nginap di hotel pula. Rumah ni sentiasa terbuka buat Ilyas.” ujar papa ikhlas.

“Dia kata dia malu nak tinggal dengan kita sekarang. Sebab ada anak dara.” pecah ketawa Aiman. Begitu juga papa. Ilyas tersengih malu. Aku? Lagilah malu! Along ni memang nak kena makan penyepak aku gamaknya!

“Along..” mama menekankan suara.

“Tak baik ketawa depan rezeki. Dah.. Meh makan Ilyas.” ajak mama.

“Hai.. abang Ilyas aje? Habis tu, anak perempuan mama ni.. Mama tak nak ajak ke?” tanyaku selamba.

“Hish kamu ni Aisya. Itu pun nak terasa ke? Mama sayang semua anak mama lah! Ilyas pun mama dah anggap macam anak mama tahu.” ujar mama.

“Aisya gurau jelah.. Nak manja sikit pun tak boleh..” gumamku perlahan.

“Banyaklah kau punya manja! Umur dah 20! Tolong matang sikit okay.” bidas Aiman.

“Yang along nak jeles kenapa? Suka hati adiklah!” balasku tak mahu kalah.

“Sudah-sudah.. Kalau korang gaduh lagi, papa tak izinkan korang berdua makan.” tegas papa.

Ops. Aku awal-awal lagi menyerah. Terpaksa mengalah nak buat macam mana lagi.. Perut dah lapar sangat ni. Hihi..

“Okay.. Aisya kalah.” ujarku perlahan.

“Hmm.. Dah gelap muka Ilyas sekarang.” mama bersuara.

Aku setuju! Memang gelap dah. Kenapa ya? Abang Ilyas kerja apa sekarang ni?

“Biasalah aunty.. Kerja kat tengah-tengah laut. Gelap lah jadinya.” balas Ilyas.

Tengah laut? Nelayankah? Aku menahan ketawa daripada terburai. Bongoklah aku ni! Budak bijak macam abang Ilyas mana mungkin jadi nelayan! Cuba fikir logik sikit wahai Aisya Humaira..

“Abang Ilyas kerja apa?” aku bersuara. Aish.. Seganlah pulak..

Dia menggariskan senyuman. Alahai.. Hensem!

“Nelayan!” Aiman menyampuk.

Astaghfirullahhal’azim! Along aku ni memang satu kepala dengan aku ke? Mungkin disebabkan sedarah, jadi kami berfikir sesuatu yang sama? Logik..Logik..

“Hish.Kamu ni along! Tak habis-habis loyar buruk tu. Ilyas kerja bawak kapal.” beritahu mama.

Means, kapten kapal? Macam Jack Sparrow tu? Haha! Gila betul aku ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience