BAB 7

Romance Completed 20050

Aku menonton drama korea di televisyen saluran 393. Entah apa tajuknya pun aku tak tahu. Main bedal sahaja. Janji hero dia hensem. Ha! Ha! Aku gelak jahat di dalam hati. Semua orang dah lama masuk tidur. Jadi, bolehlah aku layan drama ni sorang-sorang.

“Ehem. Boleh abang join?” abang Ilyas muncul dari belakang. Join?? Erkk.. Boleh ke tidak??

Aku menelan air liur. Takut pun ada rasa hati ini. Takut kena tangkap khalwat ke? Manalah tau kan? Satu lagi takut papa dan mama ingat kami ada hubungan apa-apa ke? Malu beb.

“Join ler.” spontan aku membalas.

Bongok betul! Apasal mulut aku keluar ayat lain pula ni? Nasib baik aku bertudung. Kalau zaman darjah dua dulu tak apalah tak menutup aurat pun. Ini dah 20 tahun. Menutup aurat sudah menjadi tanggungjawab yang wajib bagi setiap umat Islam yang sudah baligh!

“Aisya tengok cerita apa?” tanya Ilyas lalu menghenyakkan punggung ke atas sofa yang jauh sikit dari aku. Fuh..

“Entah.”

“Entah?”

“Aisya main bedal je.. Lagipun mata tak mengantuk lagi.” ujarku lalu tersengih.

“Lepas ni Aisya nak sambung studi mana?” tanya Ilyas.

“In Shaa Allah.. Kalau ada rezeki.. Aisya nak pergi Russia.. Medik.” ujarku.

“Jauhnya.. Tak nak di Malaysia ke? UKM kan ada..” tanya Ilyas.

UKM? huh. Ayat abang Ilyas dah macam Yaya pulak.

“Ngee.. Entah.” aku mati ayat. Malas nak membalas.

“Entah pulak? Okaylah.. abang nak masuk tidur dulu. Aisya jangan tidur lewat sangat. Esok abang nak ajak jalan-jalan.” pesan Ilyas.

“Jalan-jalan? Mana?” tanyaku, excited!

“Adalah..” dia buat muka. Huh! Seram pula tengok muka dia tu. Jantung aku ni pun dah kenapa? Laju semacam degupannya. Huish! Nyah kau!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience