BAB 3

Romance Completed 20050

Hatiku berbunga-bunga sekali. Exam dah tamat!! Sekarang tunggu keputusan sahaja. Kalau dapat keputusan cemerlang, maka aku akan dapat melanjutkan pelajaran ke Rusia. Tak sabar rasanya!! Ya Allah, kau permudahkanlah urusanku..

Aku mengambil bagasi yang sudah siap dikemas. Hari ini aku akan pulang ke pangkuan keluarga di Melaka. Oh.. Rindu mama! Rindu papa!

“Kau dah nak balik?” tanya Yaya.

“Of course lah.. Kau macam tak kenal aku.. Aku memang pantang dengar perkataan balik. Dari semalam lagi aku kemas baju ni semua.. Kau balik pukul berapa?” soalku pula.

“Malam nanti aku baliklah. Petang ni aku dengan Maria nak shopping and tengok wayang! Aku ingat nak ajak kau sekali..” Yaya memuncungkan mulut.

Hoho.. Sorrylah geng. Aku lagi pentingkan rumah daripada wayang bagai..

“Sorry dear! Aku balik dulu.. Kita jumpa lain kali. Assalamualaikum.”

“Wa’alaikumussalam..”

Aku mengheret bagasi dan menuju ke arah kereta along. Wah! Along sekarang makin bergaya! Tapi, apasal poyo yang amat! Bercermin mata hitam bagai. Bajet!!

“Along!! Buanglah spek tu! Malulah!!” marahku.

Aiman mengekek ketawa.

“Stylo la ni.. Kau ni dik, tak maju langsung.” ujar Aiman.

“Huish.. Apa kelas.. Setakat cermin mata gitu.. Orang pakai contact lens sekarang!! Tak perasan ke ?? Colour biru lagi. Ada macam adik Taylor Swift tak?” aku pun mula nak poyo.

“Puiii.. Menyampah gila! Taylor swift lah sangat!! Dah! Bawak masuk beg tu! Abang nak jumpa someone kejap lagi. Ada hal penting.” arah Aiman.

“Huh! Bukannya nak tolong angkat!!” getusku marah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience