BAB 13

Romance Completed 20050

“Wanginya!!” jeritku keriangan sebaik sahaja masuk ke dalam bilik. Bau harum daripada bunga mawar menusuk ke dalam hidungku. Nyaman sekali.

“Ini bau bunga mawar,kan?” tanyaku kepada Ilyas.

Ilyas mengangguk perlahan lantas tersenyum.

“Boleh abang tanya sesuatu?” Ilyas bersuara sambil menggenggam erat tanganku. Kami duduk di atas katil yang serba indah itu. Aku memandang wajah Ilyas yang hensem dan mendamaikan itu.

“Tanyalah.”

“Kenapa Aisya tiba-tiba berubah fikiran?” tanya Ilyas.

Aku dah agak. Mesti soalan itu juga yang ingin disoalnya.

“Mana ada Aisya berubah fikiran. Ni Aisya dah kahwin dengan abang. Dah jadi isteri abang.” aku menayangkan cincin yang disarung pagi tadi. Sengaja memberi jawapan lain. Hehe.

“No. You know what I mean, right?” dia mengangkat sebelah kening.

Aku tersenyum lagi.

“Yea. I know. I make this decision before we get married. Aisya memang teringin nak sambung belajar di Russia. Tapi, Aisya rasa macam tak adil sangat kalau Aisya sorang yang gembira. Biarlah Aisya berkorban demi membahagiakan mama dan papa. Mereka mahu yang terbaik buat Aisya. So, I must..” belum sempat aku menghabiskan kata-kata, air mata tiba-tiba mengalir ke pipi. Arghh. Spoil. Aku memang sangat sedih sebenarnya. Aku terpaksa korbankan Russia demi mama dan papa. Aku tak rela!

Ilyas menarik aku ke dalam dakapannya. Tangisanku semakin esak. Sebaik sahaja aku dapat mengawal diri, lantas aku menolak tubuhnya perlahan.

“I’m okay.” ujarku perlahan.

“Aisya buat semua ni demi mama dan papa,kan? But, you must know .. Abang kahwin dengan Aisya sebab abang cintakan Aisya.” beritahunya sambil merenung tajam ke dalam mataku.

Aku ketawa perlahan.

“Don’t worry. I love you too. Aisya akan cuba biasakan diri.” ikhlas aku menyatakannya. Ya, aku akan cuba menjadi isteri yang terbaik buat Ilyas. Itu janji aku selepas diakad pagi tadi.

Kami berbalas pandangan. Tiba-tiba terasa membahang pula wajah ini. Cepat-cepat aku menunduk muka dan memandang lantai. Apasal kalut sangat ni!

“Aisya, abang tetap nak Aisya habiskan pelajaran Aisya.” ujarnya.

“What? Betulkah,bang?? Really?” terasa jiwaku bercahaya sekali.

Dia mengangguk.

“Alah.. Abang pun bukannya ada dekat rumah sangat lepas ni. Aisya tahu apa kerja abang,kan? So, apa salahnya Aisya terus je sambung study tu. Sampai tercapai cita-cita Aisya. Abang tak halang.” beritahu Ilyas ikhlas.

“Ya Allah.. Thanks a lot bang! Sayang abang!!” jeritku keriangan! Sporting betul abang Ilyas! Saya suka! Saya suka!

Dia menjeling nakal ke arahku. Jarinya menepuk-nepuk pada pipinya seakan-akan meminta sesuatu daripadaku. Erk..

“Sorry. Tak faham.” aku cepat-cepat mengalih pandangan. Tak nak lah weh!!

Ilyas cepat menangkap tanganku. Aduh!

“Ingat, jangan cari pakwe lain kat kampus nanti.” bisiknya.

“Ai ai kapten.” aku memberi tabik hormat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience