BAB 14

Romance Completed 20050

Perfume Enchanteur disembur pada gaunku. Hari ini Ilyas akan pulang ke rumah. Tak sabar! Surat tawaran belajar juga sudah sampai di tangan. Aku masih belum membukanya kerana aku ingin membuka apabila Ilyas ada di sisi. Baru syok!

TING TONG!

Loceng rumah berbunyi. Aku bergegas melangkah ke arah pintu. Cepat-cepat aku membuka pintu tersebut. Wajah penat Ilyas jelas kelihatan namun dia tetap mengukir senyuman manis buat isteri kesayangannya.

Tangan si suami dikucup mesra oleh si isteri sebagai tanda kasih sayangnya.

“Abang pergi mandi dulu. Kejap lagi kita makan sama-sama. Aisya ada surprise untuk abang!” ujarku teruja.

“Surprise apa?” dia mengangkat-angkat keningnya.

“Adalah.. Dah pergi mandi. Busuklah kapten ni!” aku menolak tubuhnya.

Beberapa minit kemudian, Ilyas keluar dari kamar dan menuju ke ruang makan. Aku memandang wajahnya yang berseri-seri itu. Maklum sahajalah, baru lepas mandi. Haha.

“Kenapa pandang abang macam tu? Rindu abang eyh??” sakatnya lalu melabuhkan punggung ke atas kerusi.

Aku melemparkan senyuman manis.

“Haah! Rindu sangat-sangat! Walaupun muka abang dah tak hensem! Macam Akon dah sekarang. Erk.” aku buat muka menjengkelkan.

Dia pecah ketawa. Senang hati dapat melihat wajah ceria isterinya itu.

“Eleh.. Akon macam ni jugaklah ramai peminat tahu.” balasnya.

Aku pula yang ketawa.

“Ramailah sangat!!”

“Cantik sayang malam ni.” pujinya.

Kembang kuncup jiwa ini mendengarnya. Haha.

“Malam ni je?” ujiku.

Dia ketawa lagi.

“Selalu je cantik. Tapi malam ni macam wow gitu. Nak goda abang ke?” usiknya.

Terasa panas muka aku! Menyesal tanya!

“Tak kuasa. Dah makan. Ini lauk favourite abang. Aisya baru belajar minggu lepas nak buat rendang daging ni. Huish. Payah!” ujarku.

“Sayang buat ke ni? Wow. Macam best je..”

Aku menghidangkan rendang daging berserta nasi putih kepadanya. Nak dengar juga pendapatnya tentang masakan aku ni. Baru belajar ni beb. Hihi.

Dia makan rendang daging itu terlebih dahulu. Sampai berkerut-kerut dahi dibuatnya.. Aku ini dah terlebih teruja nak dengar pendapat daripadanya itu. Lambat sangat juri ni nak komen!

“Macam mana?” tanyaku.

“Best!”

“Yeay!!” aku bersorak keriangan. Rasa nak joget je kat sini. Haha. Rendang aku best! Walaweh.. Kalah chef Wan ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience