BAB 2

Romance Completed 765

“Auch, sakitlah. Awak boleh panggil dia Tiqah.” Sekali lagi Atiqah menyiku Ayu tetapi kali ini lebih kuat.

“Sakitlah Tiqah.” Ayu geram dengan Atiqah. Takkan bagitahu nama pun tak boleh?

“Ayu, boleh awak tinggalkan kami berdua kejap? Saya nak bercakap dengan Atiqah.” Zhafir akhirnya bersuara setelah dua sekawan itu berhenti bertengkar.

“Ok.” Ayu menuju ke bahagian majalah hiburan.

“Boleh kita berkawan? Awak macam tak sudi je nak berkawan dengan saya.” Zhafir memulakan perbualan.

“Memang saya tak sudi nak berkawan dengan awak. Kalau ikutkan, saya memang taknak bercakap dengan awak walau sepatah pun tapi oleh kerana nama awak hampir sama dengan artis yang saya minat jadi saya sudi kawan dengan awak.” Panjang lebar keterangan yang diberikan oleh Atiqah. Wah, pandai jugak aku bagi alasan ye padahal aku memang nak sangat kawan dengan dia ni cuma aku ego. Eh, mengaku jugak yang aku ego.

“Boleh saya tahu siapa artis tu?” Tanya Zhafir seraya tangannya mengambil sebuah novel.

“Aqlan Zhaf, anak Dato Zaidi. Berumur 23 tahun, menetap di Sarawak dan belajar di UNIMAS. Bekerja sebagai seorang penyanyi dan penulis lirik. Pernah putus cinta dengan Shasha dan akan buat konsert 12 Mei ini. Saya akan datang pergi konsert tu nanti dan nama facnya Aqlan Zhaf.” Yang aku ni beria sangat bagitahu dia maklumat si Aqlan ni kenapa pulak. Siap bagitahu nak datang konsert tu pulak. Mesti dia ingat aku nak ajak dia pergi sekali.

Wah, semua maklumat aku dia tahu. Pergi konsert aku? Tak sangka ada jugak yang minat aku macam ni sekali.

“Awak kenal dia?” Tanya Atiqah.

Zhafir mengangguk. “Mestilah kenal. Pernah minta tandatangan dan gambar sekali.”

Hebatnya dia. Aku setakat tengok dalam majalah dengan dengar lagu dia dalam Youtube je. Dia siap ada tandatangan dengan gambar sekali tapi rasanya dia tipu ni. “Tipulah.” Atiqah berkata tapi sebenarnya dia mahu melihat bukti sahaja.

“Nak bukti? Nah, tengok ni.” Beberapa gambarnya yang berada di dalam dompet dikeluarkan dan tandatangannya juga kebetulan ada di simpan. Dia menunjukkan kepaada Atiqah.

Nak jugak! Nak jugak! Jerit Atiqah di dalam hati. “Kalau nak, ambiklah.” Zhafir memberikan kesemua gambarnya di dalam dompet berserta tandatangan sekali.

Atiqah segera mengambil lalu menyimpan. Tiada terimakasih bagimu. Ha ha ha..

“Oklah, saya balik dulu. Assalamualaikum. Jumpa masa konsert nanti.” Zhafir terus berlalu pergi. Perempuan tu langsung tak cam muka aku masa kat kedai tadi tu. Nasib baik aku sempat beli cap tadi.

Setelah Zhafir selesai membayar buku yang dibelinya, dia singgah ke masjid untuk solat Maghrib.

Zhafir sedang duduk di perpustakaan awam itu sambil kusyuk menghayati novel Suamiku Vampire. Tajuk novel itu tadi membuatkan dia tertarik sampaikan hari sudah hampir petang pun dia sudah tidak sedar. Eh, tu bukan ke Atiqah ke? Atiqah yang memandangnya terus memandang kearah rak buku setelah sedar yang Zhafir sudah tahu yang dia memerhatikan Zhafir.

Zhafir tersenyum seketika. Dia menuju ke kaunter buku pinjaman lalu meminjam novel yang baru sahaja separuh dibacanya itu lalu menuju kearah Atiqah yang menghalang wajahnya dari dilihat Zhafir menggunakan buku. Malu lah tu. Zhafir menyapa Atiqah. “Hai Atiqah.”

Wah, artis tegur aku. Eh, kau jangan nak perasan Tiqah. Ni mesti ada udang di sebalik batu ni. “Nak apa?” Tanya Atiqah kasar sambil cuba berpura-pura fokus kepada buku yang dibacanya.

“Tak payah nak pura-pura bacalah. Mana ada orang baca buku terbalik.” Zhafir tergelak kecil. Comelnya dia senyum. Ahh, kau ni. Dia ejek kau tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience