BAB 3

Romance Completed 765

Atiqah segera mengemas buku-bukunya. Sudah tidak mahu berlawan kata dengan Zhafir. Nanti dia juga jadi bahan ketawa Zhafir. “Eh, awak nak pergi mana? Duduk lah sini.” Ajak Zhafir. Dah nak balik dah ke? Aku baru je nak start borak dengan dia.

“Saya nak balik.” Kata Atiqah. Dia mahu mencapai kunci keretanya tetapi lebih pantas Zhafir mengambil.

“Kalau nak, awak mesti keluar makan dengan saya dulu.” Kata Zhafir sambil mengangkat tangannya yang memegang kunci kereta Atiqah. Tahulah kau tu tinggi. Tak payahlah nak buli orang rendah macam aku ni.

Atiqah melompat-lompat cuba mencapai kunci keretanya tetapi semakin dia cuba merampas, semakin pantas Zhafir mengelakkan kunci di tangannya dari dirampas oleh Atiqah. “Yelah tapi bagi dulu kunci kereta saya ye mamat skema.” Kata Atiqah menyerah kalah. Zhafir tersenyum kemenangan. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja Atiqah membuka silatnya kerana geram tetapi dia takut jika dia berbuat begitu boleh kecoh satu dunia dengan berita seorang gadis berani belasah penyanyi. Tak ke naya? Zhafir menyerahkan kunci kereta Atiqah sambil tersenyum meleret.

“Guna kereta saya.” Kata Zhafir. Atiqah hanya mengangguk. Malas bertengkar, kang kena buli lagi susah jugak. Atiqah mengekori Zhafir ke kereta Lamborghini hitamnya. Inilah kali pertama dia naik kereta Zhafir. Selama ini, dia menolak dengan cara kasar tetapi sekarang dia rasa seperti tidak berdaya mahu melawan lagi.

“Masuklah.” Tegur Zhafir apabila Atiqah hanya membeku di luar pintu kereta.

“Hah? Ok.” Atiqah terus masuk ke dalam perut kereta Lamborghini itu. Sepanjang perjalanan, mereka hanya mendiamkan diri sahaja.

“Kalau awak kena kahwin paksa, awak nak tak?” Tanya Zhafir memecah kesunyian. Atiqah yang mengelamun itu baru tersedar.

“Kalau jodoh dah sampai, saya terima je.” Jawab Atiqah. Memang dia sendiri yang mahukan ibubapanya yang menentukan siapakah suaminya. Moga pilihan ibubapanya adalah yang terbaik buatnya.

“Awak nak bawa saya pergi mana?” Tanya Atiqah kerana dari tadi kereta itu tidak berhenti. Kata ajak pergi makan. Takkan makan kat tempat yang jauh-jauh kot.

“Pergi makanlah. You just wait and see.” Kata Zhafir sambil cuba fokus kepada pemanduannya. Sepanjang perjalanan, senyuman tidak lekang dari bibir Zhafir. Atiqah pula tertanya-tanya ke manakah mereka akan pergi.

Sampai di suatu tempat, Zhafir menarik tangan Atiqah supaya Atiqah berjalan seiring dengannya. Atiqah segera menepis tangan Zhafir. Dia tidak akan sesekali memberi kesempatan kepada Zhafir untuk menyentuhnya. Itulah prinsipnya. Dia tidak akan sesekali membenarkan lelaki yang bukan mahramnya menyentuhnya walaupun berlapik.

“Ni lah tempat yang saya nak bawa awak pergi.” Kata Zhafir. Atiqah tahu, itulah hotel yang di uruskan sendiri oleh Zhafir.

“Kita makan kat hotel?” Tanya Atiqah terpegun. Tidak menyangka yang Zhafir akan membawanya ke tempat yang mewah seperti ini. Zhafir hanya mengangguk dan tersenyum lalu mereka masuk ke dalam hotel yang besar itu.

Mereka menuju ke suatu tempat yang dipenuhi dengan makanan. Atiqah hanya mengikut Zhafir dari belakang. Zhafir membawanya ke tempat duduk yang telah ditempahnya. “Awak nak pergi mana?” Tanya Atiqah kepada Zhafir yang baru sahaja bangun dari kerusinya.

“Saya nak ambil makanan.” Kata Zhafir berkata lalu terus menuju ke tempat makanan dihidangkan. Di situ agak ramai orang jadi Atiqah tidak dapat melihat Zhafir.

“Awek baru kau ke?” Tanya Asyraf yang sedang mengambil lauk-pauk yang terhidang. Zhafir yang menjemputnya. Katanya, ada majlis. Entah majlis apa, dia pun tidak tahu.

“Bukan. Bakal isteri.” Jawapan Zhafir membuat Asyraf yang sedang minum itu terkejut. Dia terbatuk-batuk.

“Serius?” Tanya Asyraf. Belum pernah Zhafir serius dalam percintaan. Selalunya, setiap hari bertukar-tukar sahaja perempuan yang bersamanya. Ini tiba-tiba sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience