BAB 1

Romance Completed 765

Aqlan Zhafir, pelajar di UNIMAS juga seorang penyanyi muda yang berbakat. Dia berumur 23 tahun dan anak kepada Dato Azfar yang membuka sebuah syarikat terbesar di Sarawak. Zhafir seorang yang terkenal di universiti mahupun di luar.

Zhafir memerhatikan gelagat seorang gadis yang sedang berbincang dengan serius dengan seorang lelaki. Macam pernah tengok je perempuan ni tapi kat mana erk? Lelaki yang berdiri di sebelahnya berbual dengannya. Macam serius je. Apa yang mereka bincangkan. Yang aku ni busybody sangat nak tahu kenapa? Adeeii..

Pakkk!

Gadis itu terduduk di lantai setelah di tampar. Lelaki tadi berlalu pergi dengan muka marahnya. Zhafir segera membantu gadis itu. “Awak ok?” Dia menarik tangan gadis itu untuk memudahkan lagi gadis itu berdiri.

“Jangan sentuh saya! Semua lelaki sama je. Suka ambik kesempatan dekat perempuan yang lemah macam saya.” Gadis itu menepis tangan Zhafir.

Eh, minah ni. Orang dah tolong sekurang-kurangnya ucaplah terimakasih ke. Ni tak, nak marah-marah orang pulak. Zhafir memerhatikan gadis itu berlalu pergi begitu sahaja.

“Zhaf, dah ada awek baru ke?” Tanya Asyraf yang baru sahaja selesai membuang di tandas awam.

“Tak adalah. Jom balik. Aku nak praktis lagu barulah.” Ajak Zhafir. Asyraf hanya mengangguk lalu masuk ke dalam kereta Lamborghini hitam kepunyaan Zhafir.

“Hai awak.” Sapa Zhafir kepada gadis yang dijumpainya tengahari tadi yang sedang beratur di kaunter di hadapannya.

Gadis itu buat-buat tidak tahu sahaja. “Siapa nama awak?” Zhafir masih berusaha untuk berkenalan dengan gadis yang cantik itu. Tidak terniat di hatinya untuk mempermainkan hati gadis-gadis lagi.

Gadis itu sudah selesai membayar, dia segera menuju kearah rakannya yang sedang menantinya di luar kedai itu.

“Berapa cik?” Tanya Zhafir sopan.

“RM10.50 je.”

“Nah. Duit lebih ni simpan.” Kata Zhafir. Dia menghulurkan RM50 kepada pekerja itu.

“Terima kasih.”

Baru sahaja Zhafir mahu melangkah keluar, dia ditarik kembali oleh pekerja tadi. “Aqlan Zhaf, minta autograf boleh?” Ya Allah, aku lupa nak pakai cap, patutlah semua orang pandang aku lain semacam je tapi awek tu tak perasan pun.

“Nah.” Zhafir terus pergi setelah dia memberikan tandatangan kepada pekerja tadi. Dia cepat-cepat melangkah keluar dari kedai itu lalu menuju ke kedai topi lalu membeli cap. Dia segera memakai. Zhafir masuk ke dalam MPH untuk membeli novel. Siapa sangka penyanyi macam Zhafir pun minat baca novel jugak.

Sedang Zhafir kusyuk membaca sinopsis novel, seorang gadis terlanggarnya. “Awak?” Kebetulan pula Zhafir bertembung dengan gadis itu semula. Kuat betul jodoh diaorang ni kan?

“Awak lagi. Awak ikut saya ye?” Gadis itu menuduh.

“Tak adalah. Kebetulan kita berjumpa ni, salam kenalan. Nama saya Zhafir.” Zhafir menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan gadis di hadapannya.

“Saya Ayu.” Rakan gadis itu pula yang bersalaman dengan Zhafir.

“Siapa nama kawan sebelah awak tu, senyap je?” Zhafir berkata. Dia memandang kearah gadis itu. Mukanya macam meluat je tengok Zhafir.

“Nama dia Anaqah Atiqah.” Ayu berkata. Atiqah menyiku Ayu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience