BAB 9

Romance Completed 765

“Mia pergi mana tadi? Kenapa tak ikut Kak Nia?” Tanya Zhafir risau. Atiqah yang sedang melihat hanya mampu tersenyum.

“Kak Nia marah Mia. Mia taknak dengan Kak Nia. Mia benci Kak Nia.” Jawab Damia. Dia masih menangis. Mungkin kerana ditengking oleh Dania tetapi Zhafir tahu hati Dania dapat dilembutkan dengan berbicara dengan sopan dengannya dan berdiam diri sahaja jika dimarahi.

“Apa pulak cakap macam tu dekat Kak Nia. Tak baik tau. Jom, kita pergi balik rumah ye.” Sebelum berlalu pergi, Zhafir tidak lupa mengucapkan terimakasih kepada Atiqah. Atiqah pula hanya terkaku. Nak kata marah, tak macam marah. Nak kata serius pun tak serius.

Zhafir memimpin adiknya ke tempat parkir kereta. Terdengar riuh di dalam kereta yang mewah juga besar itu. “Semua yang Ira buat, semuanya salah. Semuanya Kak Isha je yang betul.” Aqira akhirnya mengalirkan air mata membuatkan Danisha seperti menyesal kerana telah bergaduh dengannya.

“Adik abang ni semua budak baik kan jadi tak payah nak gaduh-gaduh. Ira dan Danisha, kalau kamu berdua tak bergaduh lagi, abang akan bagi hadiah nanti. Nak tak?” Danisha mengangguk manakala Aqira tidak memberikan sebarang respons.

“Semua adik-adik abang salam. Minta maaf kalau selalu gaduh dengan kakak, adik.” Zhafir memerhatikan gelagat adik-adiknya memohon maaf. Sesi maaf-bermaafan berakhir. Semua adik-adik Zhafir duduk tanpa bergaduh. Seperti biasa, Dania dan Damia yang akan duduk di hadapan.

“Kan bagus macam ni.” Kata Zhafir sambil fokus kepada pemanduannya.

“Abang, kita nak pergi mana?” Tanya Damia. Hilang sudah rasa marahnya terhadap Dania.

“Kita pergi balik rumah. Esok baru kita pergi jalan-jalan lagi ye lagipun dah petang dah ni. Abang kan nak buat show malam ni.” Kata Zhafir. Adik-adiknya hanya mengangguk. Mereka tahu abang mereka bekerja demi mencari wang untuk perbelanjaan mereka.

Sampai di rumah, Zhafir terus ke biliknya di tingkat dua. Dia mempraktis lagu yang akan dipersembahkan nanti. Setelah berpuas hati, dia masuk ke dalam tandas lalu mandi. Setelah siap mengenakan baju t-shirt hitam bergaris putih, Zhafir menunaikan solat Maghrib sebelum berangkat ke UNIMAS, tempat konsertnya. Dia dikhabarkan akan ada artis jemputan yang hadir seperti Black, KRU, Forteen, Najwa Latif, Sleeq dan Syam Kamarul.

Selesai solat, Zhafir berdoa agar dipermudahkan urusan. Pintu bilik Zhafir dikuak dari luar. “Hensem anak mama hari ni. Taknak makan dulu ke?” Tanya Puan Alia kepada Zhafir yang sedang melipat sejadah.

“Takpelah ma. Takut lambat pulak nanti. Mama datang tengok Ir tak nanti?” Tanya Zhafir kepada Puan Alia lalu mengambil songkok di kepalanya. Dia meletakkan songkok itu di atas katil.

“Mestilah mama pergi. Tengah tunggu adik-adik kamu bersiaplah ni.” Kata Puan Alia sambil berjalan bersama Zhafir ke ruang tamu.

“Ma, Ir pergi dulu ye. Assalamualaikum.” Kata Zhafir. Walaupun baju yang dipakainya sangat simple tetapi dia tetap nampak kacak dan bergaya. Setelah Puan Alia menjawab salam, Zhafir masuk ke dalam perut kereta Lamborghini hitamnya. Kereta itu menuju ke UNIMAS. Sampai di UNIMAS, Zhafir berlatih di belakang pentas sementara menanti gilirannya.

“Nana, awak dah bersedia ke?” Tanya Zhafir. Dia akan berduet dengan Nana jadi agak sukar baginya kerana ini kali pertama dia berduet.

“Dah. Zhaf, awak nampak hensem hari ni.” Puji Nana. Nana memang seorang yang baik dari pandangan Zhafir. Dia tidak risau jika dekat dengan Nana kerana Nana sudah berkahwin dan suaminya juga faham akan kerjanya sebagai penyanyi.

Pengacara di pentas mula bersuara setelah selesai lagu bertajuk Kita nyanyian Forteen. “Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan. Dipersilakan Aqlan Zhaf dan Nana Dyana!” Mendengar nama mereka disebut, tepukan yang kuat diberikan.

Zhafir keluar dari belakang pentas. Orang pertama yang dia pandang adalah Atiqah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience