BAB 8

Romance Completed 765

“Abang pun rindu Mia. Danish mana Mia?” Tanya Zhafir.

“Dia tengah menyusu dekat sebelah.” Kata Damia. Bilik nombor 1 adalah tempat kucing bermain. Bilik nombor dua pula adalah bilik kucing dikurung, manakala bilik nombor tiga tempat ikan-ikan kepunyaan Zhafir disimpan. Semuanya diuruskan oleh adik-adik Zhafir.

Arnab-arnab kepunyaan mereka pula tinggal di belakang rumah. Arnab itu tinggal di dalam lubang yang dibuat oleh mereka sendiri. “Abang, Mia nak beli mainan banyak-banyak dengan abang boleh? Mia dah lama tak jalan-jalan dengan abang.” Kata Damia. Damia memang seorang yang manja dengan abangnya, begitu juga dengan adik-adiknya yang lain tetapi adik bongsunya lebih manja.

“Oklah. Cepat tukar baju. Jangan lupa cakap dengan kakak-kakak sekali. Abang tunggu kat bawah ” Kata Zhafir. Dia menuruni anak tangga lalu duduk seketika di sofa ruang tamu. Mana tak penatnya naik turun tangga. Walaupun sudah ada lif di rumah itu, Zhafir tetap mahu menggunakan tangga. Baginya menggunakan tangga lebih bagus lagipun boleh keluar peluh walaupun sikit.

“Ir, kenapa tak rehat dalam bilik je? Baru sampai kan.” Kata Puan Alia yang baru sahaja selesai membersihkan bilik adik-adik Zhafir yang berterabur itu.

“Takpelah ma lagipun Mia ajak Ir pergi shopping dengan diaorang. Ir pergi dulu ma.” Kata Zhafir apabila melihat adik-adiknya sudah keluar dari lif.

“Hati-hati bawa kereta tu.” Pesan Puan Alia. Zhafir mengangguk lalu memasang kasutnya. Adik-adiknya sudah berebut-rebut masuk dalam kereta.

“Kakak duduk depan.” Kata Sofara tidak mahu mengalah dengan Damia.

“Mia nak duduk depan. Mia nak duduk dengan abang.” Damia juga tidak mahu mengalah. Mereka saling berbalas pandangan.

“Dah-dah. Tak payah nak gaduh-gaduh. Nia duduk depan.” Zhafir yang baru sahaja sampai di keretanya yang sudah lama tidak digunakan itu membuat keputusan.

Dania tersenyum. “Terima kasih abang.” Kata Dania dengan senyuman. Sempat lagi dia menjelir lidah kepada Sofara sebelum menutup pintu kereta.

“Kak Nia, Mia nak duduk dengan akak.” Kata Damia. Dania mengangguk lalu mengangkat Damia ke atas pangkuannya.

Zhafir menghidupkan enjin kereta yang terdapat lapan tempat duduk itu. Siap ada tandas lagi. Keluaran syarikat Dato Azfar.

Ariana yang bosan di dalam kereta mendengar Danisha dan Aqira bergaduh tidak terhenti itu menyumbatkan earphone di telinganya. Dia seorang yang pendiam tetapi kalau dah marah tu, boleh pecah satu rumah.

“Nisha, Ira, boleh tolong senyap tak? Kalau tak senyap jugak, abang hantar korang balik sekarang jugak.” Mendengar ugutan dari Zhafir membuatkan dua orang adiknya itu mendiamkan diri.

“Dah, jom turun.” Ajak Zhafir. Semua adiknya turun dengan gelagat masing-masing.

“Ara, kamu berjalan dengan Nisha. Ira dengan Riana, Nia dengan Mia. Jaga adik. Ikut bang dari belakang. Jangan terlepas abang tau.” Pesan Zhafir. Adik-adiknya mengangguk.

Mereka berjalan ke bahagian kedai buku dahulu. Adik-adiknya memilih buku-buku yang menarik minat mereka lalu membayar dengan duit yang diberikan oleh Zhafir.

Setelah mereka memasuki kawasan alat tulis... “Abang, Mia hilang.” Kata Nia. Mesti abang marah ni. Matilah aku! Mati! Mati!

“Nia ambil kunci kereta ni. Bawa semua adik-adik masuk dalam kereta. Tunggu abang dan jangan sesekali keluar dari kereta.” Dalam keadaan panik macam mana sekali pun, Zhafir tidak menyalahkan adik keduanya itu. Baginya, sebagai abang sulung, dia yang bersalah kerana tidak menjaga adik-adiknya dengan baik.

Dania hanya mengangguk. Zhafir terus cuba mencari adiknya yang bongsu itu tanpa berputus asa. Tiba-tiba dia ternampak Atiqah mendukung adiknya. “Mia.” Panggil Zhafir.

“Abang Ir!” Damia mendapatkan abangnya lalu memeluk abangnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience