BAB 13

Romance Completed 765

Assalamualaikum awak. Awak dah makan ke? Jangan lupa makan tau, nanti sakit. – Zhaf

Atiqah tidak mempedulikan mesej dari Zhafir. Dia turun anak tangga ke bawah rumah. Kelihatan Fakhri sedang menantinya. “Kita nak pergi mana ni?” Tanya Atiqah. Dia sukakan wajah Fakhri yang hensem itu walaupun tidaklah sekacak mana tetapi cukup menggoda Atiqah.

Rupa-rupanya Fakhri membawanya ke kelab malam. Atiqah dahulunya memang tidak berapa selesa tetapi sekarang dia sudah biasa. Fakhri memeluk pinggang Atiqah. “Sayang cantik malam ni.” Di hadapan awam, Fakhri cuba mencium Atiqah tetapi Atiqah memandang kearah kiri membuatkan kerjanya tidak berjaya.

Hampir setiap hari Atiqah dan Fakhri terlanjur. Zhafir pula sedih. Setiap kali dia dia menghantar mesej dan menelefon Atiqah, Atiqah langsung tidak melayan. Dia bagaikan lupa yang dia sudah menjadi tunang orang.

Suatu malam, Zhafir menelefon Atiqah. Atiqah dan Fakhri yang baru sahaja mahu bermesraan terhenti seketika. Atiqah memandang skrin telefon bimbitnya. Zhaf? Ish, kacau daun betul lah mamat ni.

“Assalamualaikum.” Lemah suara Zhafir memberi salam. Sudah berhari-hari dia demam akibat rindukan Atiqah yang tiada khabar berita.

“Waalaikummussalam. Ada apa awak telefon saya?” Kedengaran kasar suara Atiqah. Fakhri yang menantinya itu melingkari pinggangnya dari belakang.

“Sayang, siapa telefon tu?” Tanya Fakhri. Zhafir yang terdengar suara seorang lelaki membuatkannya melepaskan telefonnya. Telefon Zhafir pecah. Zhafir terasa pening dan terus pengsan.

“Tak tahulah. Salah nombor kot.” Atiqah buat-buat tidak tahu. Dia mematikan talian.

Sungguh cepat masa berlalu. Atiqah menyesal kerana mempercayakan Fakhri yang berkata akan bertanggungjawab jika dia mengandung. Dia takut jika dia benar-benar mengandung. Dia selamat sampai di Sarawak. Kelihatan semua keluarganya ada di sana. Zhafir pula hanya tersenyum memandangnya. Esok adalah hari perkahwinan mereka. Zhafir seperti buat derk sahaja kepadanya. Atiqah tidak berkecil hati kerana dia tahu dia yang bersalah kerana selama dia di Kuala Lumpur, dia langsung tidak memberitahu khabar beritanya kepada Zhafir dan tiada ucapan selamat malam buatnya.

Keesokan paginya, Zhafir menanti tok kadi. Setelah tok kadi sampai, upacara akad nikah berlangsung.“Saya.. te..te..” Zhafir tergagap-gagap. Dia berdebar-debar kerana dia akan berkahwin dengan perempuan yang namanya juga dia tidak tahu.

“Saya terima nikahnya dengan mas kahwin yang tersebut.” Akhirnya dia dan Atiqah sudah sah menjadi suami isteri. Cepat sungguh Zhafir melafazkannya tetapi masih jelas.

Selesai majlis perkahwinan, Atiqah dan Zhafir berehat di dalam bilik. Atiqah tiba-tiba memeluk Zhafir. “Awak, saya minta maaf sebab saya tak layan mesej awak dulu.” Atiqah menangis teresak-esak.

“Siapa nama kau?” Tanya Zhafir. Atiqah terkejut. Zhafir tak tahu namanya? Kenapa ni? Kenapa dia tak ingat nama aku? “Awak tak ingat saya ke? Saya Atiqah.” Atiqah memeluk Zhafir erat. Zhafir dapat merasakan Atiqah ini seorang yang baik. Dia membalas pelukan Atiqah tetapi masih dengan teragak-agak.

Ketika Atiqah berada di Kuala Lumpur, Zhafir demam panas dan doktor mengatakan bahawa Zhafir mengalami penyakit amnesia. “Ma, kenapa Zhaf tak ingat Tiqah ma?” Tanya Atiqah kepada ibu mertuanya, Puan Fatin ketika sedang menolong ibu mertuanya memasak di dapur.

“Mama lupa nak bagitahu Tiqah yang Zhaf ni ada penyakit amnesia. Dia akan lupa semula bila dia bangun nanti. Dia cuma ingat orang yang dekat dengannya ketika dia demam sahaja.” Kata Puan Fatin sambil tangannya memegang pisau untuk memotong sayur.

“Mama!” Jerit Zhafir.

“Mama, siapa punya ni?” Tanya Zhafir sambil memegang barang peribadi milik isterinya.

“Barang saya.” Atiqah merampas barang peribadinya dari tangan Zhafir lalu berlari masuk ke dalam bilik. Mukanya merona merah. Dia terkejut melihat biliknya dengan Zhafir berserabut. Dia mengemas kesemua barang-barang mereka lalu duduk keletihan di atas katil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience