BAB 12

Romance Completed 765

“Betul ke awak suka saya?” Tanya Atiqah bagaikan tidak percaya. Zhafir yang memandu itu tersenyum.

“Ye, saya dah lama suka awak. Malam ni keluarga saya datang nak merisik awak, boleh kan?” Tanya Zhafir. Dia harap agar gadis yang dicintainya itu tidak menolak.

Atiqah terkejut. What? Datang merisik? Kenapa tak bagitahu awal-awal. “Datang meminang terus pun takpe sebab keluarga saya dah lama setuju.” Atiqah memang pernah memberitahu ibunya yang dia sukakan Zhafir tetapi dia takut jika dia meluahkan perasaannya terhadap Zhafir, Zhafir akan menolak kerana apalah yang ada padanya dibandingkan dengan Zhafir yang terkenal dan kacak itu.

“Betul ke ni? Ok, saya setuju.” Zhafir gembira apabila Atiqah menerimanya. Yeaa! Aku dah nak kahwin! Atiqah suka dengan lelaki ini. Dia memang serius sukakannya. Itu perkara yang baik. Lagi bagus kalau dicepat-cepatkan.

“Kita nak makan kat mana ni?” Tanya Atiqah. Kali ini dia lebih senang dengan Zhafir kerana Zhafir sudah tahu perasaannya terhadap Zhafir. Dia hanya perlu menjaga batasan antaranya dengan Zhafir.

Zhafir berfikir sebentar. “Kita makan kat rumah saya, nak?” Atiqah akhirnya bersetuju. Dapat jugak dia jumpa dengan keluarga Zhafir.

Setelah bertunang, Zhafir semakin terkenal. Dia akhirnya memilih untuk menjadi pelakon juga penyanyi. “Awak dah makan ke?” Tanya Zhafir kepada Atiqah. Atiqah menelefonnya setiap malam untuk mengucapkan selamat malam, kalau sibuk pun dia akan mesej kepada Zhafir.

“Dah. Awak?” Tanya Atiqah semula. Dia berat hati untuk memberitahu berita yang mungkin menyedihkan Zhafir.

“Saya dah makan tadi. Macam mana kerja awak? Ok tak?” Zhafir bertanya lalu menekan butang loudspeaker kerana dia mahu menaip sesuatu diwall facnya.

Zhafir menaip.

Selamat malam semua.. Dah makan ke?

Zhafir tidak lupa membalas komen-komen para peminatnya.

“Ok cuma saya kena ke Kuala Lumpur dalam masa sebulan oleh kerana artis-artis kebanyakannya di sana.” Kata Atiqah. Sukar untuknya meninggalkan Sarawak tempat asalnya dan juga meninggalkan tunang yang amat disayanginya itu. Dia sekarang bekerja sebagai seorang wartawan dan juga penulis majalah Mangga. Itu memang cita-citanya sejak kecil lagi.

“Nak buat macam mana kan? Mereka lebih memerlukan awak. Takpe, saya dengan rela hati membiarkan awak pergi atas urusan kerja tapi awak jangan nak cari lelaki lain pulak kat sana ye?” Zhafir hanya takut Atiqah jatuh cinta dengan lelaki lain. Lagipun perkahwinan mereka akan berlangsung hujung bulan depan bererti setelah Atiqah selesai kerjanya di sana.

“Yelah. Oklah, saya nak tidur. Assalamualaikum, selamat malam.” Setelah Zhafir menjawab salam, Atiqah memutuskan talian.

Kini sudah hampir sebulan. Zhafir sudah tidak sabar menanti kepulangan tunangnya itu. Dia mempraktis lagunya. Esok dia akan live di kaca tv untuk pelancaran album terbarunya. Lagu yang dia akan nyanyikan nanti bertajuk Langit Menangis. Walaupun dia sibuk berlakon dan menyanyi, Zhafir tidak lupa mengerjakan suruhan-Nya. Usai solat Asar, dia membaca novel Isteriku Romantik keluaran Buku Prima bagi menenangkan fikirannya.

Sementara Atiqah di Kuala Lumpur curang di belakang Zhafir. “Sayang tengah buat apa tu?” Tanya Hafiz Fakhri, kekasih Atiqah. Atiqah sudah lupa yang dia sudah mempunyai tunang dan tanpa Fakhri sedari.

“Tak buat apa-apa pun. Tengah bosan ni.” Kata Atiqah dengan nada manja. Dia tidak sedar yang Fakhri sedang mengambil kesempatan keatasnya. Sudah ramai gadis yang menjadi mangsanya.

“Bosan? Jom kita keluar. Fiz bawa sayang pergi tempat yang sayang mesti suka. Fiz datang ambil sayang kejap lagi.” Fakhri memutuskan talian.

Atiqah sedang bersiap. Tiba-tiba telefonnya berbunyi menandakan ada mesej masuk. Rupa-rupanya ianya dari Zhafir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience