BAB 7

Romance Completed 765

Pintu bilik Zhafir diketuk dari luar. “Masuk.” Kata Zhafir menjemput rakannya masuk.

“Hai Mr.Cool. Sihat hari ni?” Tanya Asyraf seraya membawa sepucuk surat lalu diberikan kepada Zhafir.

“Ok je. Surat dari siapa ni?” Tanya Zhafir dengan dahi yang berkerut. Siapa tahu alamat rumah aku? Aku selalu bagi alamat rumah Papa je.

“Peminat kau. Kau dah mandi ke belum ni? Busuk semacam je.” Kata Asyraf.

“Amboi, sedap mulut je cakap aku busuk. Aku dah mandilah. Kau tu yang busuk kot.” Gurau Zhafir.

“Dahlah, aku nak pergi sarapan. Kau dah buatkan kan?” Tanya Asyraf. Dia tahu yang Zhafir sudah menyiapkan sarapan tapi mana tahu ada tetamu ke. Zhafir mengangguk.

Asyraf segera ke bawah. Perutnya sudah meragam dari tadi. Peminat? Pakai surat pulak tu. Siapalah peminat aku yang sampai pakai surat bagai ni? Zhafir membuka surat itu. La, tawaran bekerja je. Hesy, dia ni memang nak kena betul. Dia membaca surat tawaran berlakon itu. Nanti bincang dengan mama lah.

Zhafir membuka plastik yang membaluti novelnya lalu dibaca novel itu. Beberapa jam kemudian, Zhafir selesai membaca. Dia melihat jam G-Shock berwarna biru terang di pergelangan tangannya. Sudah tengahari. Dia segera mencapai kunci keretanya lalu menuju ke garaj kereta. Dia masuk ke dalam perut kereta lalu kereta itu berlalu pergi ke rumah Dato Azfar. Dia memparkirkan keretanya di tempat letak kereta yang disediakan di rumah banglo empat tingkat milik Dato Azfar.

Zhafir keluar dari perut keretanya. Puan Alia Haziqah sudah menunggunya di hadapan pintu. “Assalamualaikum ma.” Ucap Zhafir lalu menyalam tangan mamanya.

“Waalaikummussalam. Ir, adik-adik kamu semua tengah kemas bilik kamu. Diorang nak suruh kamu tidur kat sini malam ni. Kamu tidur sini kan?” Tanya Puan Alia sambil berjalan bersama Zhafir ke ruang tamu.

Selepas punggung Zhafir mendarat di atas sofa barulah Zhafir menjawab. “Ye ma lagipun Ir rindu dengan mama.” Kata Zhafir lalu membaringkan kepalanya di riba mamanya. Anak manjalah katakan walaupun dah ada adik.

“Ir kahwinlah cepat-cepat, ada orang yang jaga Ir nanti tapi mama tak paksa pun sebab Ir kan masih muda.” Kata Puan Alia.

“Muda apanya? Dah tua dah pun. Ir, papa nak cucu lah. Cepat-cepatlah kahwin ye.” Kata-kata Dato Azhar itu membuatkan Zhafir tersenyum.

“Calon dah ada dah ma, pa. Tinggal nak tanya dia je. Ir tak bagitahu lagi yang Ir serius dengan dia.” Kata Zhafir. Puan Alia dan Dato Azfar tersenyum lalu mengangguk menyokong kata-kata Zhafir.

“Kalau macam tu, minggu depan kamu tunang ye?” Cadang Dato Azfar.

“Setuju.” Tiba-tiba enam orang adik Zhafir turun dari bilik Zhafir.

“Cakap pasal tunang terus keluar adik-adik abang ni. Mia mana?” Tanya Zhafir. Selalu adiknya yang bongsu itu yang akan berjumpa dengannya dahulu.

“Tengah main dengan Danish.” Jawab adik keduanya, Nurul Dania yang berumur 21 tahun itu. Zhafir mempunyai lapan orang adik beradik. Dia anak sulung. Adik ketiganya, Sofara Asyfia berumur 20, adik keempatnya Nurul Danisha Asmira berumur 18 tahun. Adik kelimanya bernama Nur Ariana berumur 17 tahun manakala adik sebelum bongsunya adalah Nurul Aqira Natasha yang berumur 14 tahun. Adik bongsunya pula Nur Damia yang berumur 5 tahun. Ramai kan adik beradik dia?

“Abang nak pergi jumpa Mia dengan Danish dulu ye.” Kata Zhafir lalu menuju ke tingkat tiga. Di situlah tempat Zhafir dan adik-adiknya membela haiwan-haiwan peliharaan. Zhafir menuju ke bilik nombor satu iaitu tempat anak kucing peliharaan mereka bermain. Zhafir masuk ke dalam bilik yang terdapat beberapa ekor anak kucing bermain di lantai bersama adiknya, Damia. Semua ibu-ibu dan bapa-bapa kucing diletakkan di dalam bilik sebelah.

“Abang Ir! Mia rindu abang.” Damia mendapatkan abangnya lalu memeluk Zhafir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience