BAB 6

Romance Completed 765

Selesai mengambil gambar, Zhafir memberikan tandatangannya apabila perempuan itu meminta. “Terima kasih abang Aqlan. Nama saya Wani. Boleh saya minta nama abang dalam Fac, Twitter dan abang punya blog?” Tanya perempuan bernama Wani itu. Dia minat akan Zhafir. Tidak menyangka yang dia akan berjumpa dengan Zhafir. Zhafir rupa-rupanya peramah orangnya.

“Nama fac abang Aqlan Zhaf, fans page abang Peminat Mr.Cool, twitter abang @aqlanzhaf dan blog abang myblogaqlanzhaf.blogspot.com.” Kata Zhafir. Dia senang dengan peminatnya itu. Walaupun rata-ratanya adalah perempuan. Dia kan kasanova, pastinya suka tetapi dia memang tidak mahu pelajar sekolah menengah yang menjadi mangsa.

“Adik! Adik!” Terdengar suara seseorang dari belakang Zhafir. Zhafir menoleh. Atiqah?

“Akak, sini.” Lambai Wani.

“Aqlan Zhaf?” Tanya Atiqah. Takkanlah pelanduk dua serupa kot. Sama sangat ni.

“Aqlan Zhaf atau Zhafir mamat skema yang awak cakap tu.” Kali ini Zhafir berkata benar.

“Awak.. Awak..” Atiqah sudah tergagap-gagap.

“Penipu.” Marah Atiqah lalu menarik tangan adiknya. Adiknya melambai tangan kearah Zhafir manakala Zhafir hanya membiarkan sahaja Atiqah berlalu pergi lalu mengambil majalah menuju kearah kaunter bayaran.

“Lima ringgit je.” Kata pekerja di kaunter itu. Zhafir memberikan duitnya.

“Minta tandatangan boleh?” Tanya pekerja itu. Zhafir mengambil kertas di tangan gadis itu lalu memberikan tandatangannya. Asyraf yang sedang menanti di luar kedai buku itu tersenyum sahaja. Lima orang perempuan yang mengelilinginya dilayannya tetapi tidak menarik minat untuk mengenali gadis-gadis itu.

“Oklah korang semua. Saya kena gerak dulu ni.” Kata Asyraf. Gadis-gadis itu memberikan flying kiss kepada Asyraf. Asyraf hanya tersenyum plastik.

“Berapa ramai yang jumpa kau?” Tanya Zhafir setelah masuk ke dalam perut kereta.

“Dekat nak tiga puluh macam tu lah. Baru langkah satu kaki dah ada yang tegur.” Zhafir tergelak kecil. Dia belum berapa nak popular lagi, tu yang tak ramai. 3 orang je.

“Kau takpe lah tapi kan aku rasa nanti lepas kau buat konsert mesti kau jadi popular macam aku. Aku baru je jadi pelakon utama dalam filem arahan abang Rosyam dah ramai peminat. Kau pun tak mustahil tau jadi macam aku.”

Sampai sahaja di rumah Zhafir, Zhafir berkata. “Aku mengantuklah. Aku masuk bilik dulu ye.” Kata Zhafir lalu naik ke atas. Matanya memang sudah mahu terpejam. Tidak dapat ditahan lagi. Selalunya dia tidur akhir tetapi hari ini dia tidur awal.

Pagi itu, Zhafir menaip lirik lagu barunya di balkoni biliknya. Dia mengambil gitarnya lalu mempraktis lagu itu.

“Menarik jugak lagu aku ni tapi macam tergantung je hujung lagu ni.” Kata Zhafir sendirian. Dia mempraktis beberapa kali sehingga dia berpuas hati tetapi fokusnya hilang apabila telefonnya berdering.

“Assalamualaikum. Ir kat mana tu?” Tanya seorang pemanggil di talian.

“Ir kat rumah ma. Kenapa ma?” Tanya Zhafir sambil membelek novelnya yang masih berbalut itu. Bila aku nak baca buku ni ye?

“Adik-adik kamu ni rindukan kamu. Kamu datang tengahari ni ye, kita makan sama-sama.” Kata Puan Yani.

“Ok ma. Nanti Ir datang. Kirim salam dekat adik-adik. Assalamualaikum.” Setelah Puan Yani membalas salam Zhafir, Zhafir memutuskan talian. Bagus jugak mama suruh aku balik, dah lama aku tak jumpa Danish. Aku nak bawa Danish balik rumah akulah nanti.

Tok! Tok! Tok!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience