BAB 11

Romance Completed 765

Zhafir sudah pulang ke rumahnya. Dia tersenyum membaca komen-komen para peminat. “Abang!” Sergah Mia dari belakang. Zhafir hanya duduk selamba. Langsung tak terkejut.

“Abang, mama kata esok pagi abang pergilah tanya dekat calon isteri abang yang dia suka abang ke tak sebab malam esok mama nak merisik terus.” Entah dari mana datangnya si Nia tu. Pasal cinta je, cepat je dia muncul.

“Ok. Nia dengan Mia bila nak tidur? Dah nak pukul 10 ni kan?” Tanya Zhafir. Dia merebahkan badannya ke atas katil.

“Cuti sekolah, kita orang tidur akhir. Tengok cerita korea.” Kata Nia lalu keluar dari bilik Zhafir sambil membawa keluar adiknya yang bongsu itu. Zhafir terasa mengantuk. Dia menguap beberapa kali dan akhirnya terlelap.

Keesokan paginya, Zhafir ke universiti dengan menggunakan kereta kesayangannya iaitu kereta Lamborghini hitamnya. Dia berjalan menuju ke bilik kuliah. Dalam perjalanan ke bilik kuliah, Zhafir ditegur oleh semua orang yang melaluinya sehingga sampai ke bilik kuliah. “Mr.Cool kita ni sombong betul lah. Tahulah dia dah popular.” Perli Asyraf. Dia yang berada di belakang Zhafir itu berkata kepada group yang memang nakal itu.

Zhafir tersenyum. “Ala, merajuk pulak si Asyraf ni tapi muka dia merajuk macam baby face kan geng?” Tanya Zhafir kepada tiga lagi sahabat yang rapat dengannya ketika kuliah.

“Betul tu.” Serentak si kembar sahabat Zhafir berkata. Rayyan Afiq Rifqi Ammar dan Rayyan Afifi Rizyan Amer. Dari segi wajah memang tidak ada perbezaan tetapi dari segi sifat ada. Rayyan seorang yang pemalu yang teramat apabila berdekatan dengan gadis-gadis dan dia jenis yang setia manakala Rifzan pula seorang yang nakal dan playboy.

“Okey, oleh kerana Fiq dan Asyraf kalah lumba semalam, aku bagi cabaran untuk korang.” Kata Rizyan. Pagi semalam, mereka berlumba di litar lumba dan nasib Rayyan dan Asyraf memang tidak berapa baik. Motosikal Asyraf buat hal manakala Rayyan pula tercedera tetapi tidak berapa parah. Jika kalah, mereka harus menyahut cabaran pemenangnya.

“Apa cabarannya?” Serentak Asyraf dan Rayyan berkata. Mereka berharap agar cabaran mereka tidaklah sesusah mana tetapi kalau Rizyan yang buat cabaran selalunya mesti ada kelemahan mereka.

“Korang cuba pikat awek yang duduk sorang kat belakang tu.” Rizyan menunjukkan seorang gadis yang bertudung sedang membaca buku. Zhafir pula tidak mahu masuk campur. Dia mengambil buku lalu membaca dengan kusyuknya.

“Ok. Kita tengok siapa yang dapat dulu.” Rizyan memerhatikan gelagat Rayyan dan Asyraf. Sorang pemalu, sorang lagi tak pandai nak romantik sangat. Itu yang menjadi cabaran buat mereka berdua.

“Err, hai awak.” Sapa Asyraf. Dia seperti kenal gadis itu tetapi dia tidak mahu memikirkan hal itu yang penting dia harus berjaya memikat gadis itu.

“Hai.” Gadis itu membalas sapaan Asyraf tanpa memandangnya. Kacau daun betul lah geng nakal ni. Nak jugak aku bagi penumbuk kang.

“Awak free tak malam ni? Kita keluar makan. Saya belanja awak.” Ajak Asyraf. Aku dah kenal dah siapa perempuan ni. Inilah bakal isteri Zhafir.

“Takpelah. Terima kasih.”

Rayyan pula yang mencuba. “Ha.. ha..hai a.. aa..waa..ak..” Rayyan tergagap-gagap.

“Awak ni gagap ke?” Eh minah ni, sukahati je cakap aku gagap. Kuliah sudah bermula.

Selesai kuliah, Zhafir menanti seseorang di kerusi depan kolej. Itu pun dia. “Assalamualaikum awak.” Zhafir memberi salam kepada Atiqah. Dia tahu yang Atiqah kuliah sama dengannya tadi cuma dia mahu tumpukan perhatian. Tak pasal-pasal kena repeat paper.

“Waalaikummussalam. Kenapa awak asyik nak ajak saya makan dengan awak?” Tanya Atiqah. Dia berjalan bersama Zhafir ke tempat parkir kereta. Zhafir yang mempelawanya untuk makan jadi dia ikutlah. Orang dah belanja kan.

“Sebab saya suka awak.” Jujur Zhafir. Dia masuk ke dalam perut kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience