BAB 4

Romance Completed 765

“Serius lah. Aku taknak main-main lagi. Aku nak tamatkan zaman bujang aku umur ni jugak lagipun mama dengan papa aku ok je.” Zhafir berkata. Ibubapanya memang tidak kisah dia berkahwin awal. Lagi cepat lagi bagus. Itulah kata-kata bapanya. Kang bakal isteri kena rampas orang kan susah.

“23 tahun? Hmm.. Sukahati kau lah Zhaf tapi hati-hati, bakal isteri kau tu dah ada ramai peminat. Cuba kau tengok tu.” Asyraf menunjukkan Atiqah yang sedang berbual mesra dengan seorang lelaki.

“Aku pergi dulu.” Zhafir berlalu pergi sambil membawa sepinggan nasi berlauk. Dia ni memang jenis cemburu yang amat sangat tetapi dia tidak ego seperti abangnya. Abangnya memang seorang yang tidak dapat mengawal emosi.

“Ehem, ehem..” Zhafir berdehem apabila melihat Atiqah dan lelaki berkaca mata itu tidak menyedari kehadirannya. Atiqah menoleh manakala lelaki tadi terus meminta izin untuk pergi.

“Siapa tu?” Tanya Zhafir. Dia memang pantang kalau melihat Atiqah dengan lelaki lain.

“Kawan.” Kata Atiqah selamba lalu makan nasi berlauk di pinggannya. Bila masa pulak dia ambil makanan? Zhafir tertanya-tanya tetapi soalan itu dibiarkan sahaja.

“Kawan ke kekasih?” Tanya Zhafir dengan nada cemburunya. Atiqah tersenyum sahaja. Tahu sangat kau tu cemburu.

“Kawan jelah. Dahlah, makan.” Ni aku tak suka ni. Mula lah takkan makan. Hish, macam budak-budak. Zhafir menolak pinggannya lalu menuju ke tandas.

Kau tak faham lagi ke? Aku taknak kau dengan lelaki lain. Zhafir geram sampaikan dinding di tandas menjadi mangsa. Rileks Zhaf. Zhafir cuba bertenang. Kau tak boleh marah macam ni sekali. Aku tahu macam mana nak buat. Zhafir mencuci mukanya lalu keluar dari tandas untuk ke meja makannya dengan Atiqah. Atiqah yang sedar akan kehadirannya hanya makan dengan berselera sekali. Langsung tidak mempedulikan Zhafir. Mana tidaknya, dapat makan free.

Zhafir pula hanya memandang Atiqah tanpa berkelip. Dia berasa seperti ada kelainan kepada gadis di hadapannya daripada gadis-gadis yang dikenalinya dulu.

Zhafir sedang bersandar di pokok yang dapat melindung Zhafir dari terkena cahaya matahari. Zhafir menarik nafas lega selepas berjoging pusing taman. “Leganya.” Serentak Zhafir dengan seorang gadis di sebalik pokok berkata.

Zhafir segera menoleh belakang pokok. “La, awak rupanya.” Kata Zhafir sambil memandang Atiqah yang berbaju sukan berwarna merah darah dengan seluar sukan.

“Kenapalah setiap hari kena jumpa dengan awak?” Tanya gadis itu geram. Dia berdiri untuk memandang Zhafir yang sedang memandangnya sambil berdiri itu tetapi ketinggian Zhafir membuatkan dia harus mendongak ke atas. Ish, kenapalah dia ni tinggi sangat.

“Sebab pertemuan kita telah dirancang oleh Allah. Allah yang menentukan segala-galanya jadi kita hanya perlu reda atas segala yang telah dirancang olehnya.” Kata-kata Zhafir membuatkan muka Atiqah merah. Erk? Terkena batang hidung sendiri pulak.

“Geramnya dengan awak ni. Mamat skema!” Atiqah ingin melangkah pergi tetapi nasibnya tidak baik. Dia terpijak tali kasut sendiri. Dia hampir terjatuh tetapi Zhafir yang menyedari kejadian itu cepat-cepat menarik lengan baju Atiqah lalu mencempung Atiqah. Atiqah dengan tidak sengaja memeluk leher Zhafir kerana takut terjatuh. Mata mereka bertembung lama tetapi agak sukar bagi Atiqah memandang Zhafir kerana Zhafir menggunakan cap.

“Ehem, ehem.. Baru tinggal sekejap dah berdrama dah orang kat sini.” Sindir Asyraf sambil tersenyum memandang rakannya.

Atiqah dan Zhafir mula sedar di alam nyata. Zhafir segera melepaskan Atiqah. Atiqah memandang tajam kearah Zhafir. Zhafir hanya membuat muka selamba sahaja. Asyraf menjongketkan keningnya tanda ingin tahu. Atiqah berlalu pergi setelah sedar yang rakannya, Ayu sedang menantinya di kereta.

“Siapa perempuan tadi tu?” Tanya Asyraf ingin tahu. Dia tidak tahu pula yang Zhafir ada rakan perempuan. Setahunya jika Zhafir kenal rakan baru sahaja pasti akan memberitahu kepadanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience