BAB 5

Romance Completed 765

“Nama dia Atiqah. Dia perempuan yang kau cakap awek aku tulah. Takkan dah lupa kot?” Tanya Zhafir.

“Aku dah ingat. Cantik jugak perempuan tu tapi sayangnya aku dah berpunya.” Asyraf berkata sambil berjalan bersama Zhafir menuju ke tempat parkir motosikal mereka.

“Kau bermalam kat rumah aku malam ni nak? Aku tak ada kawanlah nak ajak berbual.” Ajak Zhafir seraya menghidupkan motosikalnya.

“Baiklah tuanku. Akan hamba turuti perintah tuanku.” Kata-kata Asyraf membuatkan Zhafir tergelak kecil. “Sahabat adalah orang yang selalu ada di sisi kita di kala kita sedih, menangis dan bingung. Sahabat bukan hanya menemani tawa kita tetapi juga menghapus air mata kita.” Itulah kata-kata Aiman, sahabat lama mereka yang sudah meninggal dunia 2 tahun yang lepas yang sentiasa diingati Asyraf dan Zhafir dan perkara itulah yang dilakukan oleh mereka.

Mereka meneruskan perjalanan ke rumah dua tingkat milik Zhafir. Dia membeli rumah itu dengan hasil titik peluhnya sendiri. Rezekinya bertambah banyak setelah dia menceburi bidang nyanyian. “Aku nak mandi kejap. Kau rehatlah dulu.” Kata Zhafir setelah sampai di rumahnya. Dia terus menuju ke biliknya manakala Asyraf termenung seketika memandang ruang tamu rumah Zhafir.

“Ish, budak sorang ni memang tak reti nak kemas rumah betul lah.” Asyraf mengutip kertas-kertas yang bersepah di ruang tamu itu. Dia terpegun melihat lirik lagu yang akan dinyanyikan oleh Zhafir nanti. Selesai mengemas, dia terus ke biliknya yang memang telah lama Zhafir sediakan dan jika dia menginap di rumah Zhafir, dia akan menggunakan bilik itu.

Zhafir yang baru sahaja selesai mandi sedang menonton televisyen di ruang tamu. Asyraf yang baru sahaja turun dari biliknya berasa pelik dengan pakaian Zhafir. “Eh, kenapa pakai simple sangat? Kau kan nak menyanyi, takkan guna baju ni?” Tanya Asyraf ingin keterangan.

Sebelum Asyraf membebel, Zhafir menerangkan. “Farid cakap konsert tu ditangguhkan esok sebab ada sedikit masalah. Aku bersiap ni pun nak ajak kau jalan-jalan.” Kata Zhafir lalu menutup televisyen.

“Jalan-jalan? Hmm.. Boleh jugak tu tapi kita guna kereta siapa?” Asyraf bertanya sambil mengatur rambut palsunya itu. Bak kata Zhafir, rambut Mr.Bean. Dia memang seorang yang suka menyorok identiti sebagai seorang pelakon. Begitu juga dengan Zhafir.

“Ni mesti kes minyak kereta lah ni kan? Guna kereta aku jelah. Aku tahu kau guna duit kau tu kau cukup-cukup guna untuk mama kau.” Ibu Asyraf dan sudah meninggal dunia manakala ibu tirinya pula mata duitan. Setiap hari, ibu tirinya itu akan meminta wang dengan jumlah yang banyak kepada Asyraf tetapi dengan sokongan dari Zhafir dan adik tirinya, dia mampu bertahan.

“Terima kasih sebab faham aku. Kenapa kau tak pakai cap?” Asyraf tersenyum. Sungguh baik sahabatnya itu walaupun kadang-kadang nakal. Nakal ke? Mungkin.

“Aku dah taknak sorok identiti lagi dah. Lambat laun orang akan tahu jugak.” Zhafir sudah membuat keputusan untuk tidak menyorok identitinya lagi. Dia mengatur jaket hitamnya lalu mengambil kunci kereta Lamborghininya.

“Kalau macam tu, aku pun samalah.” Ada betul jugak cakap Zhafir tu. Tak guna jugak nak sorok-sorok. Asyraf membuka rambut palsunya. Rambut pacaknya itu diatur sedikit.

“Macam ni barulah hensem.” Puji Zhafir lalu masuk ke dalam perut kereta. Begitu juga dengan Asyraf. Kereta Lamborghini itu meluncur laju menuju ke Summer Mall.

Sampai sahaja di Summer Mall di Kota Samarahan, Sarawak, Zhafir dan Asyraf masuk ke dalam kedai itu lalu menuju ke mana lagi kalau bukan kedai buku. Zhafir dan Asyraf menuju ke bahagian majalah hiburan. Dah keluar pun majalah ni. Majalah yang terdapat gambar Zhafir dan Asyraf pada muka hadapan diambil oleh Zhafir. “Eh, abang ni abang Aqlan yang dalam majalah ni kan?” Tanya seorang perempuan. Seperti budak tingkatan sahaja.

“Ye.” Jawab Zhafir jujur. Dia tersenyum kepada perempuan itu. Dia tahu itu budak tingkatan kerana dia membeli buku ulangkaji tingkatan 3.

“Wah, abang, saya minat abang. Esok saya pergi konsert tu. Boleh ambil gambar tak bang?” Tanya perempuan bertudung itu kepada Zhafir. Zhafir mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience