BAB 10

Romance Completed 765

“Aku tak bisa, menidakkan rasa cinta, meski ku tak bisa… Melupakan salahmu.. Resah hatiku..” Nyanyi Zhafir dengan suara yang cukup mantap. Boleh kalah penyanyi asalnya

“Maafkan diriku, melukakan mu.. Cinta jangan engkau pergi.. Jauh dari diriku lagi.. Maafkan diriku, melukakan mu.. Cinta jangan engkau pergi.. Jauh dari diriku lagi.. Sesungguhnya cinta kita.. Setia ke hujung nyawa…” Sambungnya.

“Bila tersedar, betapa tulus cintamu. Biar apa pun yang.. Menghalangnya… Takkan pernah bisa… Dari diriku… Menjaga cintamu… Tuhan tolonglah a.. ku.. Satukan aku dan dirinya selamanya…”

Nana keluar dengan tepukan dari para peminat. “Maafkan diriku, melukakan mu.. Cinta jangan engkau pergi.. Jauh dari diriku lagi..”

Mereka berdua menyanyi serentak. “Sesungguhnya cinta kita.. Setia ke hujung nyawa…”

“Cintaku tetap di sini. Takkan pernah jauh darimu..” Selesai menyanyi, Nana dan Zhafir menanti soalan daripada pengacara.

“Sesungguhnya cinta kita.. Setia ke hujung nyawa..”

“Soalan untuk Nana, lagu ini Nana tujukan kepada siapa?” Tanya si pengacara, Zizan Razak.

“Saya tujukan lagu ini untuk suami saya yang tercinta, Farhan dan terima kasih Zhaf sebab nak berkerjasama dengan saya.” Pujian buat Zhafir daripada Nana mendapat tepukan daripada penonton. Nana pergi ke belakang pentas kembali.

“Zhaf pulak, sudah berpunya ke?” Tanya Zizan.

“Syukur alhamdulillah. Saya dah jumpa calon isteri yang terbaik buat saya cuma saya belum merancang nak bertunang atau berkahwin lagi dan berharap dia akan terima saya seadanya sekiranya saya dah bersedia untuk meluahkan perasaan saya terhadap dia.” Jawapan terus terang dari Zhafir itu membuatkan hati Atiqah sakit.

Apasal kau cemburu ni Atiqah? Kau kan tak suka dia? Dia punya pasal lah nak kahwin ke tunang ke? Atiqah ego. “Tak lama lagi kan final exam jadi nanti nak kerja kat mana?” Tanya Zizan. Soalan itu sebenarnya dari majalah hiburan.

“Saya merancang nak bekerja dengan papa saya tetapi setelah dapat surat tawaran berlakon, saya akan berbincang dengan mama dan papa saya dan saya rasa ibubapa saya lebih berhak membuat keputusan.” Setelah sesi soal jawab selesai, Zhafir kembali masuk ke belakang pentas dan kelihatan kumpulan Forteen berada di situ.

“Hai abang Izzue, abang Ariz, abang One dan abang Ameer.” Ramah Zhafir. Semua ahli kumpulan Forteen membalas sapaan Zhafir.

“Abang Izzue, saya suka tengok abang berlakon dalam Drama Sebenarnya Saya Isteri Dia. Abang memang lawaklah.” Jujur Zhafir dengan memberikan pujian kepada Izzue. Dia tidak menyangka yang Izzue seorang peramah.

“Terima kasih. Boleh kami bergambar dengan Zhaf?” Tanya Izzue. Dia tahu yang Zhafir memang ada bakat dalam nyanyian dan tidak mustahil jika Zhafir akan berjaya seperti mereka pada suatu ketika nanti.

“Boleh.” Selesai sesi bergambar, Izzue menguploadgambar mereka di dalam Fac. Baru post sekejap dah beratus-ratus komen dah.

Antara komen-komennya:

Abang-abang kumpulan Forteen dah rapat dengan abang Aqlan ke? Untung abang Aqlan. – Mirza Syaza

Ni semua abang-abang hensem kita ni. Abang Zhaf terbaiklah menyanyi tadi. Forteen pun sama tapi kalau Abang Zhaf masuk kumpulan Forteen mesti lagi best kan. – Haikal Imran

Mr.Cool kita dah mengaku yang dia dah berpunya. Apa-apa pun, tahniah Mr.Cool sebab walaupun konsert pertama tapi terbaik sangat. – Aisyah Ismail

Abang Forteen terbaik sangat-sangat lah tadi. Kami sekeluarga tengok dekat tv 3 je. – Bukan Team Biasa

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience