BAB 6

Romance Completed 15744

SALAH. Ternyata salah sama sekali. Dika menarik semula kata-katanya tadi. Mereka berdua sememangnya berjodoh. Itu lebih tepat. Mak Amna dan Puan Halinah bersebelahan katil di dalam wad. Lebih menggemparkan lagi mereka berdua sebenarnya teman baik sewaktu di Maktab, terputus hubungan ketika Mak Amna ditukarkan ke Sarawak.

“Tak sangka sungguh kita terjumpa di sini kan, Kak Lin. Ina dah lama cari contact number Kak Lin. Memang tak sangka sungguhlah.” Lebar senyum Puan Raina bercerita dari tadi. Amna ikut senyum mendengar kata-kata Maknya. Memang tak sangka sangatlah. Seboleh-bolehnya dielakkan bertentangan mata dengan Dika yang tak lekang senyum di bibir. Kalau diikutkan perasaan, mahu sahaja Amna mengoyakkan mulut itu. Benci!

“Besar dah anak kau Ina. Ini yang bongsu ye?”

Puan Raina mengangguk bangga.

“Samalah Dika ni. Dia ajelah yang tinggal nak temankan akak buat semua benda sejak abang kau tak ada. Yang lain-lain dah berkeluarga, susahlah sikit nak menjenguk akak. Dah tua-tua ni, susah nak bergerak.” Puan Halinah membetulkan duduk sambil dibantu oleh anaknya. Dalam diam Amna turut memerhati Dika. Dia nampak baik. Sentiasa membantu ibunya biarpun tak disuarakan.

“Polis. Dah kesitu minatnya. Saya tak boleh nak halang kak.”

“Sudah kahwin?”

“Entahlah. Umur dah meningkat, tak mahu kahwin lagi. Lepas dia ni, lega dah saya.”

Pehh Mak, sempat lagi mengutuk tu. Amna tahu Maknya ambil peluang nak menghentam bila boleh. Selalu sibukkan anak orang yang dah kahwin. Menyampah betul.

“Bolehlah kenal-kenal dengan Dika ni. Dia pun bujang lagi. Mana tahu ada jodoh, berbesanlah kita, Ina. Nak ke Amna?”

Amna buat muka kelat. Gila sporting mak cik ni. Selamba je dia tolong propose untuk anak dia. “Muda lagilah Cik Lin. Amna nak cari duit untuk Mak dulu.”

“Mak banyak duit dah tu. Kahwin sambil cari duit pun boleh. Dika ni pun banyak savings kalau Amna taknak kerja lepas kahwin.”

Dika itu, Cuma tersenyum. Mungkin sudah penat dijodohkan dengan anak-anak kawan ibunya. Muka pasrah sahaja.

“Dika suka anak Acik Ina ni tak?” Puan Halinah pandang Dika yang tersipu menggaru belakang kepala.

Heh, melarat dah ni. Sebelum terkena baik lari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience