BAB 13

Romance Completed 15744

“Tahniah, Ran.” Senyum Amna sama kelatnya dengan perisa senyum Soran. Huluran tangannya disambut oleh Soran. Lama.

“Terima kasih. Itu yang patut aku cakap kan?” Balas Soran. Genggaman tangan dilepaskan. “Cantik kau pakai baju kurung.” Amna senyum lagi pada usikan Soran. Sejak dulu dia memang payah nak berbaju kurung. Apa lagi warna merah jambu ini. Mak dah beriya-iya suruh, dia hanya menurut. “Wife kau mana?” Mata Amna meliar mencari Nayla yang berbaju warna sedondon dengan Soran. Putih. Itu juga warna yang dia suka. Soran tahu itu.

“Jumpa tetamu lain.” Ringkas Soran menjawab.

“Jaga dia elok-elok. Lepas ni kita tak boleh main gusti-gusti lagi. Kau dah ada sparing partner.” Amna buat biasa biar dalam hati bergolak melihat Soran yang memandangnya tak kelip. “Maaf jugak sebab aku tak tolong kau buat persediaan untuk perkahwinan kau. Kau tahu aku sibuk kan?”

Soran angguk. Amna bungkam. Terlalu janggal berborak dengan Soran. Muka bersih Soran dipandang sekali-sekala. Lepas ini mungkin dia tak berpeluang jumpa Soran lagi.

“Kau tak apa-apa ke, Na?”

Dalam banyak-banyak soalan, mengapa soalan itu yang dipilih untuk didebatkan? Betapa tak sesuai keadaan ini jika mahu bertanya soalan itu. “Aku rasa kau patut jumpa tetamu lain, Ran. Tak apa. Aku nak cari Mak dan Ayah ni. Ibu dan Abah pun aku tak jumpa lagi.” Cepat sahaja Aman mahu mengelak. Dia dah berjanji dengan diri sendiri untuk tak menangis fasal Soran. Itu kali pertama dan terakhir dia menitik air mata didepan Mak kerana Soran.

“Amna, aku nak kau tahu satu benda yang aku tak pernah nak berpeluang beritahu kau lama dulu. Aku sayang kau lebih dari sekadar kawan baik, lebih dari abang, lebih dari orang lain yang kau sayang. Aku nak kau tahu itu. Aku minta maaf sebab ceroboh privasi kau hari tu. Aku tahu aku tak patut buat macam tu. Aku akan anggap hari itu tak pernah berlaku. Boleh kita lupakan perkara itu dan mula jadi kawan aku semula? Aku rasa pelik bila kau merajuk lama-lama. Dahlah aku kena buat semua benda ni sendiri. Kau jangan hilangkan diri macam tu lagi okay?”

Amna ketawa perlahan menggeleng. Suami orang ni, entah bila nak berdikari. Amna angguk setuju. Berpuluh tahun dia sembunyi perasaan sendiri, tak mungkin bila diminta buat perkara yang serupa dia mahu mengalah.

“Aku kena pergi ni. Ingat Na, aku sayang kau lepas aku sayang Ibu, Mak, Nayla. Diorang ada dalam hati aku. Kau jantung aku.”

Amna angguk lagi. Tahan sebak yang memungkinkan hamburan air mata pada bila-bila masa jika Soran masih tak berhenti bercakap.

“Aku pergi dulu. Kita jumpa nanti.” Soran membetulkan tanjak sebelum berpaling dan menjauhi Amna. Amna memerhati dari jauh senyuman manis Nayla bila Soran menghampirinya. Sejak dulu senyum itu tak pernah jadi miliknya. Tiada beza dengan sekarang.

“Amna.”

Dika. Amna berpaling ke kanan. “Hai.”

“Girlfriend kontrak saya ni sedih ke jiran dia kahwin?”

Amna angkat kening double-jerk. Kejam statement itu. “Apa ni boyfriend kontrak. Lame tu… Saya gembiralah kalau jiran saya kahwin. Tak adalah hari-hari dia ketuk pintu rumah saya minta nasi lagi.” Amna pamer riak ceria. Buku baru harus dibuka. Cinta pada Soran hanya kisah semalam.

“Senang hati saya tengok jiran awak jadi kahwin dengan tunang dia. Ini bermakna, saya tak perlu jadi boyfriend kontrak awak lagi.” Dika masih tak puas mengusik. Dia suka bila Amna buat kerek menutup perasaannya yang terang-terang terlukis pada riak wajahnya.

“Sengaja nak cari fasal ke?”

Dika ketawa. “Taklah. Saya gembira sebab tak perlu pura-pura jadi boyfriend kontrak awak. Apa kata awak update status saya jadi boyfriend sah.” Dika keluar aura gatal.

“Melalut. Saya nak pergi jumpa Mak. Awak pergi main jauh-jauh kalau nak cakap benda mengarut itu dengan saya.” Selamba Amna meninggalkan Dika terpinga-pinga. Namun tak lama Dika senyum semula. Keras Amna, comel padanya. Kasar Amna, melindungi diri pada Dika. Dia tahu dia punya peluang. Oleh itu, Dika berterima kasih pada Soran walaupun tak terucap secara zahir kerana melepaskan Amna dan terus memilih Nayla. Kecewa hati Amna biar dia sahaja yang ubatinya.

Share this novel

Mermaid_
2023-09-08 18:40:49 

moreee pleaseee!


NovelPlus Premium

The best ads free experience