BAB 10

Romance Completed 15744

Mahu tak terkejut. Ini tak lain mesti kerja Mak. Amna yakin sangat. “Saya ada di office. Ada apa-apa berlaku pada mak saya ke?”

Gelak Dika memecah dari sebelah sana. Entah apa yang kelakar pada soalan itu.

“Tak ada apa-apa yang tak baik berlaku pada Mak awak. Saya cuma nak berbual dengan awak. Tak salah kan?”

Amna menjauhkan telefon bimbit dari telinga, merenung ke arahnya seolah-olah dia merenung Dika sekarang ini. Gila apa tak salah. Sudah pasti, yakin dan tentunya Dika salah kerana menelefon sewaktu dia bertugas. “Saya tengah bekerja ni, awak.”

“Nak bercakap sekejap dengan girlfriend sendiri pun tak boleh ke?” Amna telan liur mendengar soalan itu. Soalan memancing rasa serba salah namanya tu. “Err.. Dika. Pasal itu, saya betul-betul minta maaf. Saya tak ada pilihan lain waktu tu. Saya…”

“Saya faham. Pasti dia ada kena-mengena dengan sebab Amna ikut Pak Tak Nizam dulukan?” Amna diam. Tidak mengiyakan apalagi menidakkan. Membiarkan Dika membuat kesimpulannya sendiri. “Apapun, saya memang rela jadi boyfriend kontrak Amna kalau itu buat awak tak bersedih lagi.”

Amna senyum kelat biarpun amat mustahil utuk dilihat Dika. Ketara sangatkan perasaannya pada Soran sehingga Dika yang langsung tak tahu hujung pangkal cerita boleh menduga. Semudah itukah dia menunjukkan perasaan yang disimpan selama berabad?

“Amna…”

“Dika, saya perlu tamatkan panggilan ni. Kalau ada apa-apa yang awak nak beritahu pada saya. Kita boleh jumpa nanti. Saya letak dulu.” Amna memutuskan panggilan sebelum sempat Dika berkata apa-apa. Bodoh. Sumpah rasa bodoh. Tak sepatutnya dia tarik Dika dalam cerita ini.

Telefon berdering lagi. Amna tak melihat pemanggilnya. Dika barangkali. Mungkin dia tak faham bahasa halus Amna tak mahu diganggu. Telefon itu berhenti berdering seketika, namun tak lama selepas itu dia berdering semula. Dasar keras kepala. “Saya tengah kerja ni Dika. Kan saya dah cakap kita jumpa nanti.”

Sunyi tak bersambut. Alamak, tinggi sangat ke suara tadi? Adli yang berada di mesin fotostat senyum dengan kening terangkat. Amna buat tak faham yang Adli sedang cuba menyindirnya.

“Hai, bergaduh dengan buah hati ke?”

Soran.

“Ada apa ni?” Amna menukar hala tuju perbualan. Tak mahu sambung cerita tentang Dika lagi. Dia sudah cukup malu dengan lelaki itu gara-gara Soran.

“Hah, hari tu masa aku tumpang kereta kau waktu pulang dari Putrajaya aku ada tertinggal fail biru. Kau ada Nampak tak fail tu?”

Ah, fail biru tu. “Ada kat rumah. Aku simpan dekat atas rak buku. Dalam bilik. Aku lupa nak hantar kat rumah kau. Kenapa?”

Soran melepas nafas lega. Mati-mati dia ingat fail itu tecicir di mana-mana. “Aku nak fail tu. Siapa ada kat rumah? Ayah ada?”

“Ada. Kau bagi salam kuat sikit. Ayah selalu ada dalam bilik. Dia kurang dengar kalau kau tak jerit.”

“Okay. By the way, jangan gaduh lama-lama. Kasihan pada cik abang tu.”

“Jangan nak menyibuklah.” Kata-kata itu disambut gelak Soran yang meyakitkan hati. Marah konon. Piraahh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience