BAB 5

Romance Completed 15744

“Aku kat hospital ni. Kau bila nak jenguk Mak?” Telefon bimbit ditahan dengan bahu dari jatuh. Wallet ditarik keluar dari poket membayar jumlah barang yang baru dibeli.

“Iyelah. Aku tunggu. Jangan lupa bawa Ibu. Ha, bye.” Not 50 diserahkan pada cashier wanita yang sudah siap membungkus roti dan susunya. Bila baki sudah dikembalikan, Amna berjalan menuju ke wad maknya.

“Amna?” Terkejut Amna menoleh pada pemilik suara itu. Takkan pula doktor praktikal nak mengorat kot. Eh?

“Saya. Dika.”

Refleks Amna berkerut mengingatkan dimana mereka pernah berjumpa.

“Dika Azahari.” Jelas lelaki tinggi lampai itu bila Amna mengambil masa lebih lama dari yang sepatutnya.

“Dika.” Ulang Amna. Dia tahu Dika. Dia kenal Dika. Si Pengganggu Ketenteraman.

“Bingo. Awak sebut juga nama saya akhirnya.” Dika tayang gigi yang tersusun cantik. Gembira Amna mengulang panggil namanya.

“Apa awak buat di sini?” Soal Amna. Dika tak berjubah putih, bermakna dia bukan seorang doktor apalagi doktor praktikal. Tak juga beruniform biru, bermakna dia bukan juga seorang nurse di sini. Sempoi berseluar khakhis dengan t-shirt putih menjinjit plastik merah berisi biskut lemak Hup Seng yang popular itu.

“Awak buat apa di sini?” Ini yang dipanggil kepelbagaian ayat kepada maksud yang serupa.

“Mak saya sakit.” Malas nak bersoal jawab panjang lebar. Cukup di bilik siasatan dia menghentam penjenayah.

“Err… Saya pergi dulu. Jumpa lagi nanti.” Amna menghentikan perbualan serta-merta tanpa amaran bahaya. Dia tak mahu panjang bicara. Tambahan pula bila teringatkan waktu dia menolak utnuk berbual dia atas bot dulu. Rasa tak kena jika dia buat-buat lupa seperti tiada apa.

Tangan Dika terhenti dari menahan Amna yang terlebih dahulu melangkah laju daripadanya. Agaknya mereka tak berjodoh dan Amna langsung tak menoleh selepas itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience