BAB 2

Romance Completed 15744

“Ran.” Bahu lelaki itu ditepuk, siap dengan senyuman terlebih gula lagi. Manis yang bukan dibuat-buat untuk sahabat baiknya itu. Limited edition.

“Hmm…” Cuma itu yang terbit dari mulut Soran membalas sapaan Amna. Itupun tanpa senyuman. “Duduklah,” tambahnya lagi tanpa angkat muka dari skrin telefon bimbitnya. Jari-jemari rancak meniti di atas keypad telefon bimbit.

“Lama tunggu?” Amna ambil tempat setentang sahabatnya itu. Serabut semacam air muka Soran. Dia tahu ada yang tak kena, tetapi tak kuasa bertanya.

“Order dulu. Di, ambil order Anna ni.” Soran melambai pada budak lelaki yang mungkin muda 2 atau 3 tahun darinya itu. Setakat kenal nama, kenal rupa atas tujuan mudah berkomunikasi dan mempermudahkan proses pembayaran dan mempercepatkan penerimaan menu. Lain-lain tak penting sangat.

“Minum apa, kak?” Soal Adi, bersedia dengan pen dan kertas ditangan. Lorat Kelantan kuat menyapa Amna.

“Jus carrot. Taknak ais.”

“Makan?”

“Nantilah. Minum dulu.”

“Kau ajak aku lepak cuma nak suruh aku jadi penonton kau layan BB kau ke?” Pandangannya beralih ke arah Soran yang tak berhenti berkerut dahi dari tadi. Sejak bila tanggung masalah dunia pun Amna tak tahu, hinggakan tak larat nak ukir senyum.

“Hah?” Soran pandang Amna yang berpeluk tubuh pamer muka bosan. Kening sebelahnya terangkat seakan-akan bertanya ‘Kau kenapa?’ pada Soran.

“Kau sewang kenapa?”

“Nayla.” Patut tak payah tanya tadi. Dah boleh agak kalau reaksi seperti tertelan tulang ikan masin itu, Nayla lah puncanya. Lembab otak kau ni. Bahana kurang waktu tidur. Kena isu pada orang atasan minta cuti lepas ni.

“Dia buat hal lagi?” Amna buat gaya kerek. Tak larat nak wakaf bahu pada Soran. Bernanah telinga asyik dengar kisah Nayla yang tak berpenghujung. Nayla itu, Nayla ini. Nayla ajak itu, Nayla buat ini, Nayla merajuk.

“Dia ajak aku kahwin.” Serius muka Soran. Suasana hening seketika sementara Amna mencerna bait-bait patah perkataan yang baru meniti di bibir Soran. Ketawa Amna bersembur mengejutkan Soran dan pelanggan lain. “Aku serius, Na. Kau gelak apahal?” Ujarnya lagi tak puas hati melihat Amna mempersenda kenyataannya. Apa yang lawak sangat pasal kahwin? Bukan Amna yang tak nak kahwin langsung lebih lawak ke?

“Kau biar benar, Ran. Betul nak kahwin?” Amna sambung gelak lagi. Geli hati bagai digeletek dengan beribu tangan. Tak masuk akal sungguh kenyataan itu. Tak ada salahnya pada isu perkahwinan yang dibangkitkan Soran, yang menjadi punca dia tertawa bila orang yang ada hati mahu berkahwin itu adalah Soran. Jaga diri sendiri pun tak lepas, ada hati nak bela anak dara orang.

“Aku tak cakap aku NAK KAHWIN. Nayla yang ajak aku kahwin.” Soran menekan suara pada perkataan kahwin yang pertama membetulkan semula andaian Amna biarpun tak bawa banyak beza.

“Kau putar belit ayat pun tetap bawa maksud yang sama. Macam kau tak mahu kahwin dengan buah hati kau tu.” Amna mengejek lagi.

Soran buat muka bosan. Bahu dijungkit tinggi. Dia belum bersedia sejujurnya, tak punya jawapan pasti lagi. Kerana itu Amna dipanggil ke sini kerana Amna lebih kenal dirinya berbanding Soran sendiri. Itu hanya hypothesis menyedapkan hati.

“Kau pun gelak sakan bila aku beritahu Nayla ajak aku kahwin. Aku ni jalan pun senget lagi, Na. Macam mana nak pimpin anak gadis orang. Aku serabut bila dia desak aku masuk meminang. Aku tak tahu apa nak buat.” Soran bersandar pada kerusi. Dia memicit kepala yang terasa berat. Nayla mengugut akan terima lamaran anak teman ibunya jika Soran tak bersungguh mahukannya. Itu yang membimbangkan Soran. Dia belum bersedia berumah tangga namun dia tak rela kehilangan Nayla.

“Tahu pulak yang kau jalan senget?”

Tajam mata Soran memandangnya buat Amna tak jadi nak sambung menyakat.

“Jadi kau nak buat apa?”

Soran ketap bibir. “Kalau aku tahu nak buat apa, tak adalah aku susah payah panggil kau lepak dengan aku. Kau jangan tambah kusut aku boleh tak, Na?” Geram pada Amna yang tak cuba memikirkan solusi masalah ini melainkan bertanya apa yang patut dilakukannya. Sungguh kalau dia tahu apa yang nak dilakukan, Amna tak diperlukan untuk berkongsi masalah.

“Kau nak melenting tiba-tiba ni kenapa? Aku balik karang,” Amna pura-pura bangun mahu beredar. Laju Soran bangkit dari kerusi menekan bahu Amna memintanya duduk kembali.

“Sorry, aku serabut.”

Amna senyum. Ingat tak laku dah ugutannya. “Bro, pertama kali aku tengok orang terima berita nak kahwin macam baru dapat berita taufan Andrew langgar Kuala Kangsar. Chill, beb. Kira okay apa dia ajak kau kahwin, dibuatnya dia tiba-tiba hilang kahwin lari dengan lelaki lain siapa yang nak tengokkan kau kalau bukan aku. Sekurang-kurangnya, bila kau kahwin dapatlah aku bersenang-lenang dari dengar masalah kau yang bertimbun-timbun macam fail jenayah kat pejabat aku.” Siapa kata dia tak boleh selit sindir dalam tutur katanya. Orang macam Soran, berkias begini pun tak guna, dia bukan faham. Banyak minum air 3 in 1, bingai.

“Kau ni sahabat aku ke musuh aku? Siapa yang janji dulu takkan tinggalkan aku even muka aku dah tak handsome macam Jonhy Depp lagi,” dia mencebik bibir minta simpati. Itu sahaja modal yang tinggal untuk lembutkan hati Amna.

“Heh, aku tahulah aku yang berjanji. Ni yang aku malas ni…” Amna lempar jelingan tajam tanda dia tak puas hati bila Soran tersengih tahu dia sudah menang.

“Kau tahu aku sayang kau kan? Aku tak ada kawan lain yang sekeh kepala aku, baring kat katil aku macam katil dia, yang tumpang jamban rumah aku bila kakak dengan abang dia occupied semua jamban kat rumah dia. Jadi Na, apa kata kau tolong beri pendapat mengenai masalah aku ni.” Gelas Nescafe di bawa ke mulut. Dia sudah berhenti berbalas pesanan ringkas dengan Nayla. Gadis itu buat otaknya meletup, bukan tolong ringankan beban.

“Semua kau nak ungkit. Tak serik kena sekeh kau ni.” Amna membesarkan matanya. Cakap tak bertapis. “Sekarang kau cuba fikir rasional. Kau betul-betul sayang Nayla?” Amna memandang tepat ke anak mata Soran. Lelaki itu mengangguk, mendiamkan Amna seketika.

“Jadi kau rasa tepat ke kalau aku buat pilihan untuk ambil dia jadi isteri aku?” Giliran Soran membuka teka-teki pada Amna gaya Amna pula yang hendak ambil Nayla jadi isteri.

“Mungkin. Kau cuba bincang dengan Ibu dan Abah. Aku yakin diorang boleh tolong kau buat keputusan.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience