BAB 7

Romance Completed 15744

Amna buat tak layan pada muka jeruk maman Soran. Tak kuasa nak bertanya. Biar dia buka mulut sendiri. Tak mungkin Soran suka-suka hati datang ke rumahnya semata-mata nak join sama tengok Amageddon. Rumah dia pun ada Astro.

Soran memandang Amna yang berbaring di couch panjang bersama anak buahnya, Aqmal. Malam ini giliran abang Amna menjaga mak di hospital. Sudah tiga hari mak menginap di sana. Entah bila boleh pulang ke rumah. Paras gula dalam darah Mak terlalu tinggi. Kasihan Ayah yang tidur tak berteman. “Anna.” Nama panggilan sejak kecil. Tak terasa pun nak tukar.

“Hmm…”

“Aku ada sesuatu nak cakap ni.”

“Hmm…”

“Aku harap kau tak terkejut.”

“Apa?” Mata masih tak beralih dari televisyen. Jangan kata kau nak kahwin esok. Mana sempat nak tempah baju kurung baru.

“Aku rasa nak putus tunang dengan Nayla la.”

Zapp! Sepantas angin Amna mengalih pandangannya pada Soran. Apa benda orang tua ni merepek. “Ulang sekali lagi.”

“You heard me.”

“Kau gila, Ran. Tak lama je lagi kau orang nak kahwin tahu. Jangan buat hal. Malu Ibu dan Abah nanti. Kau fikir siket.” Soran kalau cakap tak berfikir-fikir. Ikut lepas mana dan aje. Hari itu kemain fitting baju segala, tiba-tiba tak ada ribut nak putus tunang. Suka buat orang putus nafas.

“Aku tak tahan lah. Habis dah duit aku beli segala benda. Dah tu, tak campur gaduh lagi. Asyik-asyik ungkit nak putus tunang, nak terima lamaran kawan mak dia. Apa dia ingat aku ni tunggul ke apa? Pak sanggup untuk dia larikan diri dari keadaan.” Keruh air muka Soran buat Amna terasa tempiasnya. Dia akui, Soran nampak serabut sejak kebelakangan ini. Selalu tak ada masa nak melepak bersama, datang rumah pun dah boleh kira berapa kali dalam 2 bulan ini.

“sabarlah. Allah tengah nak menguji tu. Darah manis kan. Tinggal sebulan aje lagi nak nikah, takkan nak putus kot. Kau kata dia cinta mati kau.” Amna cuba membakar semangat. Dia kenal Soran orang yang bagaimana. Dia mudah meluahkan sesuatu yang tak sepatutnya dilakukan jika dia susah hati. Main ikut sedap mulut nak keluar apa.

“Kan mudah aku kahwin dengan kau. Tak ada aku serabut macam ni.”

Berderau darah Amna mendengarnya. Naik bulu roma. Mula nak mengarut lah tu. “Tak payah nak merepeklah.” Tergagap-gagap Amna membantah. Tak mahu Soran tahu yang hatinya terusik bila kata-kata itu diluahkan oleh Soran.

“Aku cakap betullah. Barang semua dah ada. Kau tinggal kahwin je dengan aku. Bukan nak buat majlis besar-besaran pun.” Serius Soran menutur. Amna cuba mencari senyum menyakat Soran, tak ada. Matilah. “Kau tak suka ke bestfriend kau jadi husband kau? Kita pun sayang each other apa.”

Tak boleh jadi ni. Sebelum si mereng ni melalut entah apa lagi baik keluar idea bernas sekarang. “Siapa nak kahwin dengan kau? Aku dah ada boyfriendlah.” Itu sahaja cara Amna untuk melepaskan diri. Biar bohong makan diri asalkan Soran tak buat kerja gila memutuskan tali pertunangannya dengan Nayla. Biarpun dia pernah terfikir perkara yang sama, tetapi tak ada langsung niat untuk minta perkara itu terjadi.

“Kau ada boyfriend, Na? Biar betul. Tak beritahu aku pun. Dah pandai berahsia sekarang.” Dari mood orang mati bini, terus bertukar kepada mood pencahayaan agung. Memang sah dia cuma cakap kosong. Dan mujur sahaja Amna tak terus melayan.

“Jangan pandang aku sebelah mata. Si Leper yang kau ejek ni pun ada secret admirer la.” Riak muka dibuat bersungguh-sungguh supaya Soran percaya. Bernas sangatlah idea kau, Amna. Sekarang idea makan tuan.

“Taknak bawa jumpa aku ke? Atau kau saje tipu sebab taknak kahwin dengan aku…”

Amna menjulingkan mata. Beraninya dia cuba underestimate orang. “Kalau kau nak esok aku boleh bawa jumpa kau. Tempat biasa. Amacam?” Haha… gelaklah dalam hati kuat-kuat sebab keluar idea bunuh diri. Agak-agak, Adli nak tak tolong jadi boyfriend kontrak puannya ini?

“Cantik juga tu. Aku ajak Nayla.”

“Okay. Set.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience