BAB 12

Romance Completed 15744

Puan Raina memerhati anak bongsunya yang serius menuang air ke dalam termos dari jauh. Sejak tiga hari lepas, Amna Nampak murung. Susah nak senyum seprti selalu. Puan Raina sengaja tak mahu bertanya. Dia tahu Amna tak suka bila ditanya perkara yang sama banyak kali. Tetapi, kali ini Nampak serius kerana Amna tiba-tiba berubah jadi serius katak. Katak pun tak seserius muka anaknya bila kena lenyek dengan tayar kereta. “Adik…” Tangan Amna dipegang bila Amna sudah berdiri disebelahnya. Amna alih pandang ke muka ibunya. “Ye mak?”

“Mari duduk sini.” Ruang kecil di katilnya ditepuk meminta Amna duduk disebelahnya. Amna menurut. Sempat dia menoleh ke arah mak Dika. Dika tak ada hari ini. Amna tak mahu bertanya lanjut pada mak. Malu. “Adik tak sihat ke? Mak tengok Adik macam susah hati je. Gaduh dengan Bang Lang?”

Amna menggeleng. Bukan BangLang mak, ini dah taraf Bangla ni.

“Mak tahu. Kalau kamu tak stress pasal kerja, mesti kamu gaduh dengan dia. Cuba cerita. Adik tahu mak mesti dengar masalah Adik kan?” Pipi Amna dielus sayang. Amna nampak garang dan kasar pada luaran, namun hakikatnya dia tak setabah yang disangka.

“Tak ada apalah mak.”

“Adik…”

“Mak…” Amna cuba maniskan muka. Susah nak sorok perasaan dari Mak. Dia tahu semua.

“Mak tahu Adik kecewa masa Bang Lang bertunang denga Nayla. Mak tahu Adik suka Soran.” Puan Raina pandang mata anaknya. Amna cuba mengelak dari bertentang mata. Tahu bakal kalah kalau Puan Raina dah mula korek rahsia. “Ceritalah Dik, Mak dengar.” Jari-jari Amna digenggam. Dia lihat mata Amna berkaca. Sah, tekaannya memang tak salah. Dia tahu Amna lari hari itu ada kaitan dengan Soran. Amna di tarik ke dalam pelukan. Ada esak kecil disitu. Amna tahan nangis.

“Orang tak ada benda nak cerita dengan Mak. Orang okay je Mak.” Sebak. Jangan menangis depan Mak, jangan buat Mak susah hati. Itu janji dia pada diri sendiri dulu waktu mak disahkan ada penyakit jantung.

“Cerita Dik. Jangan simpan.” Suara Puan Raina lembut mendesak. Dia perlu tahu juga. Soran sudah datang bercerita. Sekarang dia mahu tahu kebenaran dari pihak anaknya. Amna melepaskan pelukan. Air mata yang menitik dikesat. “Mak ni, orang yang inspektor polis ke Mak. Kalau Mak apply jadi polis dulu, merasa orang nak jadi anak Ketua Polis perempuan yang pertama.” Amna mengusik, menggembirakan hati sendiri. Disorok perasaan sedih sebaik mungkin. Mak tak boleh risau.

“Tengok, dia ubah topik pula. Mak tanya kat Bang Lang nanti.” Ugutnya. Riak Amna berubah.

“Mak ni… Suka ugut. Adik tak ada apa-apa masalah dengan Soran. Adalah hal kecil sedikit. Mak pun tahu adik selalu gaduh dengan dia kan.”

“Tapi Adik tak pernah monyok sampai berhari-hari. Mak tahu mesti ada yang tak kena ni.”

Amna mengeluh kuat. Puan Raina tak akan putus asa selagi tak tahu cerita sebenar.

“Mak ingat kotak kasut yang adik simpan dalam bilik tu?” Puan Raina berkerut memikir yang mana satu. “Kotak yang mak dah buang tapi orang sanggup kutip balik tu.” Puan raina mengangguk. Dia ingat tu. “Kenapa?”

“Soran jumpa kotak tu. Dalam tu banyak benda rahsia orang yang orang simpan. Orang tak pernah beritahu dia. Dia jumpa, jadi dia marah.”

“kenapa dia marah?”

“Sebab orang tak cakap pada dia yang orang suka dia dari dulu.” Puan Raina senyum nipis. Akhirnya Amna buka cerita. Selama ini sengaja didiamkan. “Sekarang pun?”

Amna pandang Maknya. “Orang dah bertunang Mak. Kurang dari sebulan dia nak jadi suami orang. Apa lagi yang adik nak dari dia. Dia ada dengan adik selama adik hidup ni pun adik dah cukup bersyukur. Mak juga kata dulu, jangan minta lebih-lebih. Apa yang Allah bagi kita, kita kena terima dengan senang hati. Adik rasa Allah Cuma bagi Soran jadi kawan baik adik je.”

Senyum Puan Raina melebar. Amna ditarik kedalam pelukan. Belakang anaknya digosok perlahan. Memang Amna tak pernah meluahkan perasaannya pada orang lain. Tetapi Amna takkan pernah boleh menipu maknya sendiri. “Tak apa. Kalau Soran tak ada, Mak ada nak sayang anak Mak ni.” Pipi Amna dicium penuh kasih. Air mata yang bergenang ditubir mata Amna dikesat dengan hujung jari.

“Tapi kalau tiba-tiba Soran kembali pada adik nak adik jadi isteri dia, adik nak buat apa?”

Kening Amna berkerut mendengar kata-kata itu. Mak mulalah nak keluar soalan trivia tahap IQ Eintein. “Taknaklah. Adik bosan tengok muka dia hari-hari.” Amna gelak kelat pada lawak sendiri. Mana mungkin dia jemu melihat muka Soran.

“Eleh, taknak-taknak pun meleleh juga air mata tu.”

“Mak…” Rengek Amna bila Maknya mengusik. Air mata diseka lagi. Biar Soran bina bahagia dia sendiri. Amna tak mahu mengganggu. Takdirnya, Soran memang tidak tertulis di situ sebagai jodoh cintanya. Biar Soran hanya kekal jadi kawan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience