BAB 1

Romance Completed 15744

Dua tumbukan padu dituju keras pada punch bag yang tergantung utuh. Kemudian dihentam lagi benda berat itu dengan sepakan paras pinggang disertakan dengan satu tumbukan dari tangan kiri pula. Kuat dan tepat. Mengah nafas kurang oksigen dalam paru-paru tidak dihiraukan.

Sekurang-kurangnya 10 minit lagi baru dia akan berhenti melepas geram pada punch bag lusuh itu. Peluh yang merinik menuruni pipi dilap dengan tuala birunya. Lengan baju dilipat hingga ke bahu. Silapnya juga cuma sempat mencapai t-shirt yang tak menyerap peluh itu. Wife beater entah kemana tercampak dalam bilik. Entahkan bertimbun dalam bakul baju kotor, entahkan terselit di tepi katil yang tak pernah dikemas sendiri.

Bip!

Signal pada Blackberry hitam yang tersadai di atas beg berkelip laju. Pasti Soran.

‘Where are you?’

Heh. 1 markah buat tekaan yang tak pernah salah. Tak ada orang lain yang akan mencarinya selepas watu premier melainkan lelaki itu. Kembar aku tak serahim kata mak.

‘Gym.’

Taipnya ringkas. Soran boleh faham perkataan seringkas itu. Tak perlu dia menerangkan panjang lebar. Amna menyangkut tali beg sukan ke bahu. Tuala yang separuh lencun dek peluh dilingkar ke leher. Cukup-cukuplah untuk hari ini. Bak kata Soran, silap-silap six-pack diperutnya boleh bertambah jadi eight-pack jika dia tak berhenti work out. Dia bangkit menuju ke changing room. Sempat dia mengukir senyum protokol kepada beberapa orang pengujung setia gymnasium itu. Sekadar tanda dia tak sombong.

‘Jom lepak. Aku tunggu tempat biasa.’

Amna mendecit tidak puas hati. Baru terfikir hendak pulang ke rumah. Sudah beberapa hari tidurnya terganggu oleh operasi malam yang giat dijalankan oleh jabatannya. Sekarang, Soran pula mengganggu waktu privasinya. Tak membalas kiriman itu, langsung Blackberry hitamnya disimpan ke poket seluar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience