BAB 11

Romance Completed 15744

Sunyi. Amna tak berani pandang mata Soran yang menyala. Merah. Marah mungkin. Jarang-jarang boleh lihat situasi seperti ini. Jarang-jarang sekali Amna yang takut pada Soran. Tetapi kali ini dia betul-betul tak boleh nak mengelak.

“Aku tengah tunggu ni, Na. Aku yakin kau ada penjelasan yang terang tentang benda ni.” Kotak kasut itu disua lagi pada Amna. Soran berpeluk tubuh, memerhati Amna dengan pandangan yang sukar ditafsir maknanya. Marah, tidak. Kecewa, ya. Kenapa Amna tak pernah berterus-terang kalau itu yang dia rasa selama ini.

“Tak ada apa yang aku nak jelaskan pada kau. Kau tak sepatutnya selongkar barang aku. Barang-barang dalam bilik itu, privasi aku.”

“Kalau aku tak selongkar, sampai hari ini aku tak tahu yang kau ada rasa ni Amna.” Nama penuh Amna diguna. Bukan lagi Anna macam selalunya.

Amna senyum senget. Kelakar pada ayat terakhir Soran. “Kalau kau tahu, kau nak buat apa?” mata Soran ditenung tajam. “Kau tak pernah ambil tahu.”

Kotak kasut dipandang pula. Kasut sukan pemberian Soran waktu hari lahirnya yang ke 15. Setiap kali dia lalu di depan kedai kasut apek tua itu, setiap kali itu jugalah dia memuji kasut itu. Sengaja, mahu Soran tahu yang dia memang nak sangat kasut sukan itu. Dan ternyata strateginya berjaya bila Soran menghadiahkan kasut itu padanya. Kasut dah lama lebur, tinggal kotak sahaja. Isi-isi di dalam itu, semuanya berkaitan Soran.

“Kenapa kau tak pernah beritahu aku Amna?”

“Kau masih tak jawab soalan aku. Apa kau nak buat kalau aku beritahu pada kau? Sanggup kau tinggalkan semua girlfriend kau yang macam baju tu demi aku?” Amna menguji lagi. Biarpun hal ini sudah lama, jika ini adalah masa yang paling sesuai untuk semua perkara ini terungkai dia rela buka telinga untuk tahu perasaan Soran yang sebenarnya.

“Masalahnya kau tak pernah beritahu. Aku tak mungkin tahu apa yang kau rasa kalau aku tak jumpa kotak ni, kan?” Suara Soran meninggi. Dia bangun dari duduk. Panas hati menghadap muka Amna yang buat tak faham. Dia bersandar pada dinding menghadap halaman rumah Amna.

“Kau tak pernah beritahu aku yang kau tak suka aku kawan dengan Amelia dulu. Kau tak pernah beritahu aku kau tunggu untuk balik sekolah dengan aku waktu aku dengan Nina dulu. Kalau aku tak baca semua ni, aku takkan tahu yang kau cintakan aku.”

Amna berpaling dari terus memandang Soran. Mata merah menahan sebak. Apa guna lagi nak diungkit semua itu? Soran tetap tidak jadi miliknya. “Aku penatlah Soran. Malam nak jaga Mak lagi. Aku nak naik mandi dulu. Kotak ni…” Amna ambil kotak itu dari atas meja. Dia bangkit menuju ke arah sahabatnya itu. “…kau buanglah. Aku tak suka semua sampah ni ada dalam bilik aku.”

“Aku tak habis lagi ni Amna. Sampai bila kau nak sorok semua ni sendiri? Kalau betul aku jadi kahwin dengan Nayla kau nak pandang je?” Soran tak mahu berteka-teki lagi. Dia perlu tahu hati Amna yang disorok jauh itu. Kiranya Amna nak jadi macam Flying Dutchman? Bawa keluar jantung dari dada untuk hidup selamanya tanpa cinta?

“Kau nak suruh aku buat apa lagi? Meraung? Menangis? Kau beritahu aku, Ran. Sekarang aku nak dengar dari kau. Kalau kau rasa kau tahu apa yang aku rasa ni lama dulu, kau sanggup terima apa yang kau fikir aku rasa sekarang ni?” Ayat putar belit. Biar Soran tak faham. Biar Soran tak boleh jawab.

“Kenapa tidak? Aku fikir kau tak pernah rasa apa yang aku rasa lama dulu. Cuba kau guna otak kau yang berkarat tu. Fikir elok-elok. Perlu tak aku cari gadis sana sini kalau aku tahu orang depan aku ni tunggu aku lama dulu? Perlu atau tidak Amna Zalikha?” Mata Soran membara sama seperti Amna. Apa Amna fikir selama ini dia seperti Nujum Pak Belalang. Boleh tahu segalanya hanya guna geluk jampi? Siapa yang harus disalahkan bila Amna tak pernah tunjuk perasaan dia yang melebihi seorang kawan baik pada dasarnya?

“Aku tak rasa aku perlu jawab soalan kau. Semua ni dah tamat lama dulu. Kau bukan lagi kawan baik aku seorang. Title kau dah bertambah menjadi ‘tunangan orang’. Apa yang aku rasa, dah tak penting. Kau hanya perlu fokus pada hidup yang kau tengah bina sekarang ini. Aku cuma nak kau tahu, aku akan selalu ada sebagai kawan kau walaupun kau dah tak handsome macam Jonhy Depp.” Aman cuba senyum dengan susah payah. “Ambil kotak ni. Tolong buang. Aku taknak tengok lagi benda ni.”

Soran mengambil kotak itu dari tangan Amna. Susah sungguh nak dengar jawapan jujur dari bibir itu. Apa sebenarnya yang dia cuba nak sorok?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience