BAB 3

Romance Completed 15744

Hilang. Kehilangan. Itu yang dirasa waktu ini. Terperuk di Pulau Pisang gara-gara mengikut Pak Tam Nizam, menjauhkan dirinya dari kesibukan hidup. Amna duduk memeluk lutut di hadapan dek bot, membuang pandang pada joran yang sepi masih belum disambar rezeki. Memancing bukanlah tujuan utamanya. Sama ada dapat hasil atau pulang dengan tangan kosong, tak menjadi hal buat Amna. Ikan berlambak-lambak dijual di pasar basah. Hulur not merah, sekilo ikan sudah tentu bertukar tuan. Dia menjejak kaki ke sini

Cuma ingin hilang dari masalah hidup dan melempar jauh rasa kehilangan yang bertapak dalam hati sejak beberapa hari lalu. Baik, sebenarnya sejak dari saat berita itu diterima. Tabik pada diri sendiri sebab tak melatah menerima jemputan Soran. Dia gagah mengukir senyum paling manis seperti selalu pada sahabat yang sangat dicintainya itu. Soran ternyata bahagia ketika menyampaikan berita itu sedangkan dia tak ubah seperti kucing tersepit ekor. Monyok sepanjang masa.

“Ingatkan siapa?” Amna menoleh pada orang yang mengganggu ketenangan paginya. Lelaki berkumis nipis itu senyum padanya.

“Boleh saya duduk sini?” Tambahnya lagi bila Amna Cuma memandangnya kosong tak berperasaan.

“Amna kan?” Soalan yang ketiga menyapa, itu pun tidak lama selepas tempat sebelah Amna diisi kekosongannya.

“Saya Dika. Dika Azahari.” Terangnya memperkenalkan diri tanpa dipinta. Amna mengangguk sedikit tanda dia acknowledge dan tidak kurang ajar pada lelaki yang banyak mulut itu. Budaya mengajarnya untuk menghormati orang tak kira umur mahupun bangsa. Lelaki itu bersusah payah cuba menarik perhatiannya dan dia seharusnya memberi reaksi positif sekurang-kurangnya 0.5%.

“Dari tadi saya tengok Amna termenung di sini? Ada apa-apa masalah yang boleh kita kongsi?” Sebolehnya, Dika mahu menarik perhatian gadis itu. Ada sesuatu yang menarik perhatian Dika pada Amna. Nampak peramah tetapi tak banyak cakap, perwatakan yang kasar ditafsir Dika. Rambut boycut Amna disorok dibawah beanie putih membuatkan Amna Nampak lebih manis dari perwatakan asal. Itu yang Dika rasa.

“Amna tak sudi nak berbual dengan saya? Pak Tam tengah pandang saya dari arah belakang sana. Apa kata awak bantu saya. Kita cakap-cakap sebentar sebelum saya kembali ke sana. Saya tak mahu mati kena gelak dengan Pak Tam.”

Berkali-kali Pak Tam Nizam menoleh dan tersengih melihatnya masih tak berjaya memancing ‘ikan darat’ yang tak makan umpan kata-kata. Mati akal dibuatnya. Terasa disindir kerana tak mampu buat Amna buka mulut.

“Saya tak ada mood nak berborak. Maaf.”

Dingin Amna membalas membuat Dika terasa satu tembok halimunan dicipta Amna menyukarkan dia untuk menghulur salam perkenalan. Dika menampal senyum palsu dibibir bagaikan dia tak terkesan dengan reaksi beku Amna. Lelaki harus tetap macho biar kena reject berkali-kali. Itu prinsipnya.

“Awak tak cuba mana awak tahu awak tak ada mood. Well, we can talk about weather if you want. Something simple and doesn’t kill your time.”

“Thanks, but no thanks.” Ada senyum menghalau di situ.

“Alright. Say dah tukarkan umpan awak tadi. Lebih sejam tak berusik, ikan dah kenduri semua umpan awak. Awak pun jangan termenung lama sangat, nanti dengan awak-awak kena bawa lari dengan ikan.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience