BAB 9

Romance Completed 15744

Soran berborak dengan Mak. Amna biarkan. Nayla disebelah Soran turut menyampuk. Sekejap betul dah berbaik semula. Mujur Amna nak ambil kisah kata-kata Soran malam itu. Barangkali dia bergaduh pada level yang luar biasa. Sebelum ini tak pernah pula tiba-tiba nak bergurau perkara mengarut begitu. Mungkin kali ini Nayla terlalu mencabar kesabaran Soran. Nasib baiklah Amna jenis kawan yang tak ambil kisah. Bohong kalau kata hati langsung tak terusik. Memang dah diusik sangat waktu itu. Benar kata orang, apabila lelaki dan perempuan berteman baik mesti salah seorang menyimpan rasa. Dan di dalam kes ini, rasa itu cuma pada dia.

“Pandang dia macam nak telan aje.” Entah bila Dika sudah berdiri di sebelahnya. Amna mengintai Puan Halinah. Tidur. Patut pun.

“Tak adalah.” Elak Amna.

“Siapa tu?”

Amna angkat kening. Ai, sejak bila jadi Internet Bergerak ni. Semua perkara nak ambil tahu. “Jiran.”

Dika terangguk-angguk.

“Jiran ke buah hati?” refleks Amna menoleh pada Dika. Tak ada senyum. Serius ke?

“Jiran. Kawan baik dari kecil. Tunang dia ada sebelah tu.” Amna menjuih bibir pada Nayla. Dia terangguk-angguk lagi. Kali ini dengan air muka sinis mengejek. “Dah tu muka macam orang kecewa je kenapa?”

Amna mencondongkan kepala menjauhi Dika. Amboi spekulasi tak berasas tu. “Mana ada. Mengarut.”

“Saya pandai tengok orang tau.” Baru bibirnya mengukir senyum. Hai, sejuk hati.

“Saya pun pandai tengok orang. Bukan susah, guna mata. Lainlah kalau kena beli teleskop baru boleh tengok orang.” Amna memaniskan muka bila Soran tiba-tiba alih pandangan padanya. Heh, gaya couple of the year.

“Pandai buat lawak ye.”

“Saje tak tunjuk bakat.”

Amna tak sedar bila Soran dah menghampiri mereka. Nayla pula ambil giliran berborak dengan Mak. Padanlah Soran tetap sayang walaupun kadang-kadang gaya divanya datang tiba-tiba. Tak salah Amna biar Soran terlepas pada Nayla. Kalau itu buat Soran bahagia apa salahnya.

“Soran.”

“Dika.”

“Hari-harilah kau orang dapat dating kat sini? Patutlah Anna asyik kerja half day je. Aku beritahu Ayah kau ambil kesempatan jumpa boyfriend masa jaga Mak.”

Amna jatuh rahang pada ayat Soran yang tak ada hujung pangkal itu. Dika pun kelihatan tak berapa nak mencerna perkataan-perkataan yang baru diucap Soran. Hanya riaknya sahaja yang terkawal tak menunjukkan perasaan sebenar.

“Bila nak ikat ni?” Sekali lagi Soran keluar usul tak masuk akal.

“Ikat apa, Ran? Pakai tali raffia ke?” Amna buat lawak cover malu.

“Buat-buat tanya. Tahu tak Dika, Anna ni hati kering. Puas saya carikan jodoh untuk dia. Semua dia reject. Saya ingat dia tunggu Putera Kayangan, rupanya dah ada jantung pisang. Patutlah semua dia bolayan.”

Amna sengih pelik menggaru kulit kepala sambil curi-curi pandang Dika yang tak beriak. Janganlah dia salah fahm. Tolonglah jangan.

“Dah lama kenal Anna?”

Belum sempat Dika buka mulut menjawab, Amna terlebih dahulu memotong kata.

“Setahun. Err.. Soran kau dah okay ke dengan Nayla?” Tukar topic selagi jerat belum makan tuan.

“Dah. Bila aku cakap je aku nak kahwin dengan kau kalau dia nak putus tunang, terus dia okay. Sayang juga dia pada aku.”

Selamba Soran menutur. Amna dah tak terkata apa. Sejak nak jadi suami orang, boleh pula dia guna lawak tak berkualiti begitu pada Nayla. Dibuatnya Nayla betul-betul nak putus, tak ke haru. Amna memang sayang Soran, tetapi belum sampai nak kecewakan hati orang lain. Nayla tak bersalah pun sampai nak dianiaya.

“Eh, sorry Dika. Gurau je. Sekarang dah tahu Anna ada boyfriend, kenalah cari mak sanggup baru jadi isteri kontrak.” Sah tak sayang mulut. Laju kaki Amna menyepak Soran. Jeritan Soran mengganggu perbualan Mak dan Nayla.

“Apa tu, Na. Jangan dibuli kawan tu. Ada yang naik pelamin guna kerusi roda kang.” Kata-kata Mak mengundang tawa semua. Daebak Mak! Terlepas juga dari renungan minta pengertian dari Dika. Jenuh nak ungkai persoalan satu persatu lepas ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience