BAB 4

Romance Completed 15744

“Kau hilang ke mana, Na? Kau memang sengaja buat aku susah hati kan? Kau dah tahu aku bertunang Ahad lepas, boleh kau tiba-tiba hilang macam tu aje. Kawan apa macam ni?” Mencerun mata Soran melihat Amna selamba membaca novel tak menghiraukannya yang hampir hilang nyawa mencari Amna.

“Aku kena settle down satu kes minggu lepas. Memang busy sampai tak sempat nak balik rumah. Bukan aku sengaja. Lagipun kau dah bertunang pun. Kau jangan risau, majlis perkahwinan kau aku janji aku yang basuh pinggan. Bisinglah, aku nak baca buku ni.”

Amna menyelak helaian seterusnya. Pilgrim yang dibeli dua bulan lepas di pesta Buku Antarabangsa baru khatam 4 bab. Merangkak-rangkak baca sebab tak ada masa senggang nak fokus betul-betul. Pilgrim, kisah lelaki yang tidak boleh mati biarpun dia sungguh bertekad untuk menamatkan riwayatnya.

“Kau tipu kan?”

Amna pandang Soran tanpa senyuman. “Aku tahu kau ambil cuti seminggu. Aku terserempak dengan Adli. Dia beritahu kau ambil cuti.”

Adli! Damn, lupa pula pasal si mulut tempayan itu. Terlupa tinggal pesan pada anak buahnya itu supaya menutup mulut. Alih-alih rahsia sudah terbongkar, dia harus mencipta satu lagi alasan.

“I need your explanation.” Soran pandang anak mata Amna. Dia mahukan penjelasan yang jitu untuk memuaskan hatinya. Dia melangkah menuju ke arah Amna yang sedang bersila dia atas couch putih, melabuhkan punggung di sebelah Amna yang mula nampak tak selesa.

“Soran Ibrahim.” Nama penuh Soran diseru. Sejak dulu dia gemar dengan nama Soran yang unik pada pendengarannya. Mereka bersahabat sejak mula mengenal dunia. Sering dipinggir oleh abang dan kakaknya, Amna banyak menghabiskan masa dengan Soran. Sahabat yang kekal bersamanya hingga umur mencecah dua angka biar bidang yang diminati jauh berbeza. Amna dengan cita-citanya sebagai polis dan Soran bersama cita-citanya menjadi arkitek yang Cuma tinggal cita-cita. Jauh lari dari reality sebenar sebagai seorang pegawai bank. Bukan rezeki, itu alasannya tiap kali Amna mengungkit.

“Ran, aku minta maaf fasal majlis kau. Tak kisah sama ada aku ada atau tak, majlis kau tetap berjalan lancar bukan?” Tangannya dijatuhkan di atas peha Soran. “Kau gembira, Ran?”

Soalan itu tak terus dijawab Soran. Dipandangnya wajah Amna yang lurus tak berperasaan itu. Susah sungguh untuk difahami apa mahu Amna. Kiranya, Amna tidak punya masalah yang membebankan kerana selalu kisahkan Soran dalam semua perkara. Namun, kali ini seperti ada yang tak kena.

“Penting ke kegembiraan aku kalau kau tak mahu berkongsi masalah negara kau tu? Aku ni siapa pada kau, Na?” Tajam Soran merenung Amna seperti mahu tembus sampai hujung belah sana. Geram melihat Amna yang pura-pura selamba.

“Penting. Kau lupa ke janji aku pada kau? Jonhny Depp celup aku yang paling aku sayang. Aku tak ada masalah pun.”

“Sahabat jenis apa tak pergi majlis pertunangan kawan baik sendiri. Hilangkan diri macam tu aje. Handphone dimatikan, entah dekat ceruk mana. Mak dan Ayah pun tak tahu kau hilang ke mana. Nyaris aku buat report polis, tahu.” Sungguh dia risau. Hinggakan Nayla merajuk dia lebih mengutamakan Amna dari bakal tunangnya. Amna seperti sebahagian dari hidupnya. Tiada Amna bermakna separuh dirinya lumpuh.

“Kau lupa aku ni polis juga. Sudahlah, aku nak sambung membaca ni. Kau pergilah dating dengan tunang kau ke, buat bunga telur ke. Jangan kacau aku.” Heh, perit air liur menuruni tekak bila menyebut perkataan tunang. Hakikat yang harus diterima. Soran bukan miliknya seorang.

“Kau… Halau aku…?” Mata Soran mengecil. Geram punya hal, laju dia melingkar tangannya ke leher Amna. Headlock. Kepala Amna ditarik rapat ke dada menghalang Amna meneruskan pembacaan. Meraung Amna dek kesakitan dan terkejut dengan tindakan kurang rasional Soran.

“Ran…! Woi, sakitlah. Kau nak cabut kepala aku ke…?!” Sikunya dihentak berkali-kali ke perut keras Soran sebagai alternative untuk melepaskan diri.

“Woi, woi sakitlah.” Tak boleh jadi. Soran meluku pula kepala Amna dengan sendi jari hantu tangan kirinya. Nak melawan duli ye, rasakan.

Amna hilang akal. Soran makin mengganas. Kot iya pun sakit hati sangat, tak guna keganasan fizikal nak membalas dendam tak boleh agaknya. Bukan ke semuanya boleh diselesaikan dengan matang. Oh lupa. Pak cik ni memang tak matang. Baiklah, pilihan terakhir. Bila kemenangan lebih berpihak kepada Soran, Amna keluar senjata utama. Senjata yang tak pernah buat dia kalah sejak kali pertama pergaduhan mereka. Dia tahu Soran akan tewas sekejap lagi.

“Ambil ni.” Hebat tangan Amna beraksi menggeletek seluruh bahagian yang mampu tercapai dek tangannya. Sound horny. But she really needs to escape from him badly. Sesak napeh dah ni…

“Surrender, surrender Na.” Akhirnya Soran melepaskan tengkuk Amna dari terus terkait di dalam lengannya. Kalau Mak dengar dari dapur, mesti berasap telinga kena perli. Dua-dua dah besar panjang, tapi akal kalah Aqmal anak Kak Long. Sama-sama mengah. Kemudian ketawa pada pada diri masing-masing yang tak pernah matang. Soerang tunang orang, seorang lagi tak pernah ada mimpi pun nak berkahwin.

“Besar dah anak Ayah ni. Tak lama lagi boleh kahwin dah ni.” Soran tiba-tiba masuk role ayah-ayah. Senyum memandang Amna yang buat muka bodoh. Bosan bila dia mula main peranan konon-konon bapa yang baik.

“Kau yang sibuk nak kahwin, tiba-tiba libatkan aku kenapa?” Amna mencapai semula novel yang tertindih diantara duduknya dan Soran. Alamatnya, memang tak habis juga dia membaca novel ini.

“Iyelah, nanti bila kau dah kahwin kita boleh la pergi honeymoon sama-sama, dapat anak sama-sama, duduk rumah sebelah-menyebelah. Aku kan tak boleh hidup tanpa kau.”

Amna senyum kelat. Impian setinggi Everest Soran itu tak mungkin berlaku. Berkongsi dia dengan Nayla pun dah cukup sukar, inikan pula hari-hari kena tengok mereka bermesra. Mahu terbakar anak mata dibuatnya. “Jangan nak mengarutlah. Aku nak jaga Mak dan Ayah. Mana boleh kahwin.” Elak Amna.

“Kita ni bukan muda lagi, Na. Dah 25 tahun pun. Cuma…” Kening Amna terangkat tinggi bila ayat Soran tergantung di situ.

“Kalau dada kau leper macam budak 12 tahun ni, memang susahlah nak cari husband.” Sengih gatal Soran terpamer dengan telunjuk menghala tepat ke dada Amna. Mata Amna dan Soran sama-sama melekap pada dada yang hampir tidak kelihatan itu.

Ini sudah ley-bey. Kali ini, giliran Amna pula yang naik angik. Tangan kanan Soran dipulas kebelakang menjatuhkan Soran tertiarap di lantai. Belikat Soran ditekan kuat dengan lutut. Jeritan bergema keseluruh ruang. Lelaki itu Cuma mampu terkepak-kepak dengan menggunakan tangan kiri.

“Na, Na sorry. Aku tak berniat pun la. Aku gurau je. Sejak bila kau sensitive ni, Na. Wehh… Sorrylah kawan.” Tak boleh nak dibuat gurau langsung Inspektor seorang ni. Soran mengerang makin kuat bila mana Amna tak melepaskan tangannya.

“Minta maaf betul-betul. Berani kau peril-perli aku. Nasi lemak 20sen pun, bukan hak kau. Suka hatilah kalau aku punya saiz budak 12 tahun.” Tempelak Amna. Cari fasal tak kena tempat. Alang-alang dah smackdown Soran, Amna balah balik sekeh yang dihadiahkan Soran padanya sebelum ini.

“Anna… Kau buat apa pada Soran tu. Mati anak orang oi. Budak-budak ni, tak malu ke orang tengok dah besar panjang pun nak bergusti lagi. Nak aku kahwinkan, sorang dah jadi tunangan orang pun.” Suara Mak dari dapur menyelamatkan Soran dari terus tersiksa. You’re my angel Mak. Amna melepaskan Soran kerana tak mahu Mak muncul tiba-tiba di sini.

“Okay Hantu Tiang. Aku minta maaf.” Soran masih dalam mood menyakat. Gelaknya tercetus bila Amna tarik muka. Mak pasti akan belanya bila Amna tukar mode buli. Sama ada bergaduh atas salah Soran waima salah Amna, memang Soran juga yang akan meminta maaf. Amna tak pernah sekalipun memujuknya. Tahu-tahu sahaja, mereka sudah berbaik. Terkilan memang ada kerena Amna adalah orang yang paling rapat dengannya selepas Ibu. Debar tanpa Amna lebih dasyat jika nak dibandingkan debar jadi tunangan orang. Bila ada Amna, semua perkara jadi lebih mudah. Amna tahu apa yang patut dia buat, dan apa yang tidak.

“Cop sepuluh saat. Handphone aku ringing la.” Amna buat tak endah. Tak perlu beritahu, dia sendiri arif siapa di talian. “Yes, Baby. I kat rumah tengah main dengan Kitty.”

Kitty? Amna jatuh rahang menuding jari telunjuk ke hidung tanda tak percaya. Jauh beza Kitty gemuk itu dengan dia yang tak ada isi. Muka Soran mengecil minta simpati pada Amna supaya tak keluar suara. Kepala Amna digosok lagaknya pujian untuk seekor kucing.

“Eh, petang ni ke? Bukan esok ke? I tak ada mood lah nak keluar hari ini…”

“Okay, okay. Kejap lagi I ambil you.”

Amna mencebir. Dasar orang takut tunang.

“I love you too.”

Kali ini Amna buat-buat gantung diri. Menggelitik tanda dia geli melihat Soran bertukar watak Mat Romeo.

“Kita main-main lain kali ya. Aku kena teman Nayla pergi butik pengantin.”

Amna angguk melepaskan. Soran bukan miliknya seorang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience