"Wey, Afiq. Aku nak tanya kau something la" Faiz memulakan perbualannya dengan Afiq sebaik sahaja tamat sesi persekolahan. Pada waktu itu, mereka sedang mengemas beg untuk pulang ke rumah.
"Ha, tanyalah" Afiq membalas.
"Kau rasa Maira tu..."
"Oh, suka kat Maira rupanya" Afiq memotong percakapan Faiz.
"Bukanlah, ok macam ni. Kau percaya tak dalam dunia ni ada orang yang tak kenal Nabi?" Faiz menceritakan duduk perkara sebenar.
"Percayalah. Allah pun ada yang tak kenal. Bahkan ada yang tak kenal diri sendiri. Kenapa?" Afiq memberikan jawapannya.
"Petang nantilah aku cerita. Sebab cerita ni rahsia" Faiz memberi kata putus.
"Haa, oklah" Afiq membalas.
Mereka berjalan bersama-sama menuju ke parkir motorsikal.
***
Azan asar mula berkumandang. Maira menuju ke bilik air dan membasahkan bahagian yang perlu. Jujur, dia tidak tahu bahagian yang mana merupakan anggota wudhuk. Dia hanya berpura-pura mengambil wudhuk. Kemudian melangkah masuk ke dalam biliknya semula. Apabila dipanggil, dia tidak akan menyahut. Kononnya, dia sedang bersolat. Padahal, dia hanya bermain telefon bimbitnya sahaja. Melog masuk ke akaun fac, berbalas whatsapp bersama kawan-kawannya dan macam-macam lagi. Hidupnya di kampung penuh dengan kepura-puraan.
"Oh, dah pukul 5:30. Dah janji dengan Faiz nak bincang fasal rocket" Maira berkata sendirian. Pada minggu itu, sekolah mereka mengadakan minggu Sains dan Matematik. Maira berada dalam kumpulan Faiz, manakala Afiq pula berada satu kumpulan dengan Hamzah. Sengaja Faiz memilih Maira untuk menjadi ahli kumpulannya. Hal ini kerana Faiz inginkan sebuah kemenangan kerana baginya, Maira sangat bijak dalam subject Fizik. Maka, sudah pasti Maira dapat mengaplikasikan teori Fizik dalam mencipta rocket itu. Selain itu, Faiz sengaja mencari peluang untuk menjadi rakan Maira.
"Assalamualaikum" kedengaran suara Faiz memberi salam di luar rumah Maira.
"Waalaikumsalam, oh Faiz. Masuklah. Nak jumpa Maira ke?" Hajah Esah menyambut salam yang disampaikan oleh Faiz. "Maira, ni Faiz datang ni" sambung Hajah Esah seraya memanggil cucunya itu.
Maira keluar dari biliknya dengan berpakaian tshirt dan berseluar pendek. Rambutnya diikat rapi. Hajah Esah hanya memerhati tingkah cucunya dengan pandangan yang kosong. Bukan tidak mahu ditegur, tapi dia sudah arif akan sikap Maira yang suka memberontak. Hajah Esah hanya berdoa agar Maira memperoleh hidayah Allah satu masa nanti.
"Hai, Faiz!" Maira menyapa Faiz sebaik sahaja melihat rakan barunya itu. Maira membawa buku rujukan Fizik dan sebuah bakul yang berisi peralatan untuk mencipta rocket sempena minggu sains dan mathematics itu nanti.
"Hai," Faiz membalas sapaan Maira sambil membuang pandangannya ke arah lain. Dia beristighfar berkali-kali apabila melihat Maira yang baginya sangat tidak sopan. Dia memandang ke tempat lain.
"So, kita nak start dari mana ni?" Maira menyoal Faiz. Kelihatannya, dia sangat bersemangat ingin memulakan penciptaan rocket.
"Hmm, start dari pemakaian awak" Faiz berkata terus terang. Jelas, dia tidak suka akan cara pemakaian Maira.
"Apa maksud awak?" Maira menyoal Faiz dengan nada yang tidak senang dengan perilaku Faiz.
"Hmm, awak pakailah tshirt dengan seluar panjang. Pastikan aurat awak terpelihara" Faiz membalas persoalan Maira.
"Ok, tunggu kejap" Maira mula masuk ke dalam rumah untuk menukar pakaiannya. Dia mula berasa tidak senang hati dengan perilaku Faiz yang baginya sangat menjengkelkan. Dia merasakan bahawa Faiz itu seperti berlagak alim. Padahal, di sekolah lamanya dahulu dia bebas untuk berpakaian. Tiada lelaki yang akan menyuruhnya menukar pakaian.
Sementara itu, Faiz memandang Hajah Esah yang sedang mencakar sampah di halaman rumahnya. Faiz tersenyum mengenangkan sesuatu. Hajah Esah kemudiannya melangkah ke arah Faiz.
"Faiz, ok ke kawan dengan Maira?" Hajah Esah menyoal Faiz sebagai langkah untuk memulakan perbualan.
"Faiz ok je nek. Tapi, Maira tu tak tau la suka atau tak kawan dengan Faiz. Yalah, Faiz ni budak kampung. Tak macam kawan-kawan dia kat KL tu" Faiz membalas pertanyaan Hajah Esah sambil berseloroh.
"Eh, Faiz. Saya suka kawan dengan awak" Maira yang baru keluar dari rumahnya menyampuk perbualan Hajah Esah dan Faiz.
Faiz memandang Maira. Secara tak sengaja, dia tersenyum. Maira sudah mengenakan tshirt berlengan panjang dan seluar yang panjang. Namun, masih tidak bertudung. Biarlah, hidayah Allah akan sampai apabila tiba masanya.
Hajah Esah mula beredar apabila melihat Maira menghampiri mereka. Dia tidak mahu mengganggu aktiviti kedua remaja itu. Hajah Esah masuk ke pondok kecil yang dibina oleh suaminya yang menghadap ke kawasan kolam ikan. Di situ, dia melihat suaminya duduk sambil membaca akhbar.
Share this novel