12

Romance Completed 2960

Setahun telah berlalu. Maira kini mampu menjaga solatnya dengan baik sekali. Itu semua adalah kerana Faiz yang berusaha untuk membimbingnya.

***

"Weh, Maira tak chat kita pun? Betul ke dia mengandung?" Azura menyatakan ketidakpuasan hatinya.

Atikah cuba menghantar chat kepada Maira. Tetapi, nampak gayanya Maira tidak lagi aktif di fac.

"Tu la Zura. Aku chat pun dia tak balas. Cubalah telefon" Amira mengeluarkan pendapatnya.

Atikah pantas mendail nombor telefon Maira.

"Assalamualaikum" Maira melafazkan salam.

"Weh, salah nombor" Atikah berkata kepada rakan-rakannya.

"Eh, Atikah. Ni akulah, Maira." Maira cuba menerangkan keadaan sebenar.

"Wah, Maira dah jadi ustazah. Blah la Maira. Haha tak payah nak bagi salam la" Atikah memerli Maira.

"Eh, kenapa pula. Kitakan orang Islam" Maira bertutur dengan nada yang lembut.

"Tak Maira, kita tak layak mengaku Islam! Banyak dosa kita!" Atikah mengherdik Maira. Lalu memutuskan talian.

"Beb, kau ok ke tak?" Amira menegur Atikah. Dia kelihatan terkejut apabila melihat Atikah tiba-tiba membentak begitu.

"Maira, dia bagi salam. Siap nasihat aku lagi" Atikah membalas pertanyaan Amira.

"Ala, dia berlakon la tu. Bukannya mudah perempuan sundal nak jadi solehah. Hahaha" Azura cuba menenangkan Atikah dengan kenyataan spontannya.

***

"Ya Allah, kalau KAU sememangnya wujud dan sifatMU Maha Pengasih seperti yang diceritakan Faiz, maka berilah aku petunjukMU. Apakah aku layak menjadi hamba yang memelihara kesucian agamaMU? Lindungi aku, Ya Allah" Maira bermunajat di suatu malam setelah dia tersedar dari tidurnya. Dia benar-benar mengharapkan petunjuk dari Allah supaya dia tahu membezakan jalan yang baik dan juga buruk.

***

Bulan demi bulan berlalu. Mereka telah selamat menduduki peperiksaan SPM. Selama setahun lebih itu, Maira tidak menghubungi mama dan papanya. Mereka juga tidak mengambil tahu tentang keadaan Maira.

"Maira, awak dah sedia ke nak ambik keputusan ni?" Faiz bertanya sebaik sahaja panggilan telefonnya berjawab.

"Of course. Yang penting, ingat deal kita hari tu k" Maira mengingatkan Faiz tentang perjanjian mereka. Sekiranya Faiz mendapat keputusan yang lebih cemerlang, maka dia perlu membelanja Maira. Begitulah sebaliknya.

"Hek eleh, saya ingatlah Maira. Nanti awak pakai baju warna putih tau. Dengan tudung yang saya bagi" Faiz mencadangkan kepada Maira.

"Oh, jubah yang awak bagi tu?" Maira meminta kepastian daripada Faiz.

"A ah, jubah putih dan tudung putih. Saya teringin nak tengok. Mesti cantik" Faiz cuba memuji Maira.

"Haha ok Faiz" Maira tertawa riang. Dia cuba untuk bertudung pada hari keputusan SPM diumumkan.

"Kita pergi sekali nak tak? Saya ambik awak" Faiz mencuba nasib untuk membawa Maira bersamanya ke sekolah.

"Boleh, tapi macam menyusahkan awak pula" Maira membalas.

"Haha taklah. Saya ok je" ujar Faiz bersahaja.

"Kenapa awak masih nak berkawan dengan saya? Padahal saya kotor? Maira bertanya kepada Faiz tentang kesudian remaja itu untuk berkawan dengannya.

"Sebab arwah anak awak tu senasib dengan saya. Luar nikah. Tapi, saya tidak digugurkan. Cuma saya tak pernah kenal ibu bapa saya.." Faiz membalas dengan suara yang mendatar.

"Saya minta maaf, saya tak tahu Faiz" Maira diserang rasa serba salah.

"Tak apa Maira. Sebab tu saya suka kawan dengan awak. Kesilapan lalu jadikan pengajaran." Faiz cuba memujuk Maira.

"Hmm terima kasih sebab sudi lagi berkawan dengan saya" Maira bersuara cuba juga memujuk hati Faiz.

"Yalah, minggu depan kita jumpa tau" Faiz membalas seraya menamatkan perbualan.

Talian dimatikan. Maira menyambung membaca novelnya kembali.

Tidak lama kemudian, Maira menerima whatsapp daripada Atikah. Maira membuka whatsapp yang diterimanya. Alangkah terkejutnya Maira apabila melihat gambarnya yang tiada seurat benang sedang tidur bersama lelaki yang tidak dikenali. Lelaki itu tersenyum di sampingnya.

Maira membalas whatsapp Atikah.

Maira : Semua ni kau yang rancang?

Atikah : Yes. Exactly! Maira, kau tu dah kotor. Jijik. Tak payah nak berlagak alimlah.

Maira : Weh, apa salah aku dekat kau sampai kau tergamak buat aku?

Atikah : Aku benci kau, tu je. Ex aku semua minat kau. Aku pun tak faham. Apalah yang sempurna sangat kau ni.

Maira : Tapi, perlu ke kau buat macam ni? Betray aku? Sahabat apa kau ni, Tikah?!

Atikah : Aku peduli apa. Sahabat? Sahabat kejadah kaulah Maira. Zaman sekarang tak ada istilah sahabat.

Air mata Maira menitis laju. Dia tidak lagi membalas whatsapp dari Atikah. Apalah dosa yang dilakukan sampai Atikah tergamak mengkhianati persahabatan mereka.

Tidak lama kemudian, Amira pula menelefon Maira.

Amira : Maira, aku...

Maira : Tak apalah Mira. Aku faham. Aku teruk, kotor, tak suci lagi. Dah, kau tak perlu jelaskan apa-apa. Kita bukan siapa-siapa sejak malam ni.

Amira : Maira, aku nak minta maaf. Aku tak pernah berniat nak khianati kau pun. Aku sayang kau, Maira. Please.

Maira : Dahla Mira.

Maira memutuskan talian. Dia membuka galeri yang berada di dalam telefonnya. Wajah-wajah manusia yang pernah menjadi sahabatnya dipandang satu persatu. Air matanya mengalir laju. Dia berasa terbeban. Namun, dia berlagak biasa seperti tiada apa yang berlaku.

***

Keesokan harinya, Faiz datang ke rumah Maira. Seperti biasa, Faiz ingin mendengar bacaan al quran yang dialunkan oleh Maira.

Maira merasa lebih tenang. Dia bersyukur apabila berkenalan dengan Faiz. Dia tidak pernah merasa tenang, setenang yang dirasakannya sekarang.

Selepas selesai membaca Al Quran, Faiz menunjukkan mesej bergambar yang diterima dari Afiq.

"Maira, ni awak kan?" Faiz bertanya lembut.

Jelas terpampang sekujur tubuh Maira yang tidak berbalut hatta dengan sehelai benang.

"Ya Faiz. Tu gambar saya. Siapa bagi awak?" Maira bertanya dengan nada yang tenang.

"Afiq. Gambar ni dah tersebar di fac, Maira" Faiz menjelaskan keadaan sebenar.

"Oh" Maira membalas sepatah. Dia tidak kisah akan tanggapan orang ramai. Dia sudah pun berada dalam proses hijrah.

"Tapi, awak jangan risau. Afiq cuma cakap muka perempuan ni macam awak. Dia tak cakap perempuan ni ialah awak" Faiz cuba mengusir kegalauan di hati Maira. Biarlah apa yang terjadi, Faiz nekad untuk memiliki Maira dan membentuknya menjadi muslimah sejati.

"Maira, saya faham apa awak rasa" Faiz menyambung kata.

"Tak Faiz. Awak tak faham. Saya bukan penzina" Maira menjawab dengan tenang. "Saya dianiaya. Saya mabuk malam tu. Saya tak sedar. Saya diperkosa. Segalanya dirancang oleh kawan-kawan saya.. Salah saya, saya mabuk waktu tu. Tak apalah, saya maafkan mereka. Ada kebaikannya kan, Faiz?" Maira menyambung kata-katanya dalam tangisan yang disulami dengan senyuman.

"Syukurlah Maira. Walau apapun yang terjadi, saya takkan pernah tinggal awak" Faiz menyatakan janjinya kepada Maira.

Maira tersenyum hambar.

Seketika kemudian, telefonnya berdering lagi. Maira melihat sekilas di paparan skrin telefon bimbitnya. "Oh, Azura telefon. Sekejap ya, Faiz"

Maira : Assalamualaikum, Zura.

Azura : Weh, aku dengar cerita kau dah berubah. Bertudung labuh ala-ala ustazah. Ciaaa, tak payahlah kau nak jadi munafiq! Kalau dah bohsia tu bohsia jugalah Mai!

Maira : Aku jadi macam ni sebab syaitan iblis yang bertopengkan manusia. Sejahat-jahat aku, tak sekalipun aku mengenakan korang semua dengan cara yang paling hina. Aku tak berkuasa atas sesuatu. Aku doakan yang baik-baik untuk korang. Semoga korang merasa betapa nikmatnya hidup dalam kasih Allah.

Faiz yang mendengar perbualan Maira dan Azura terkedu seketika.

Azura : Video kau ada pada aku, Mai. Aku rakam. Malam ni juga aku upload dalam web lucah. Aku sebar sekali nombor dan alamat kau. Hahaha, puas hati aku!

Maira : Buatlah apa kau suka. Jika Allah tak izinkan, ianya takkan pernah berlaku.

Azura : Haha, malam ni kau tunggu papa kau telefon kau. Maki kau sepuas hati dia.

Talian dimatikan. Maira memandang Faiz dengan pandangan yang kosong.

"Awak ok tak, Maira?" Faiz bertanya sebaik sahaja melihat wajah yang tenang di hadapannya. Wajah ini satu masa dulu dipenuhi solekan. Sekarang, wajah tenang ini bersih dari sebarang solekan. Tudung labuh menjadi pakaiannya. 'Cantiknya Maira' Faiz menggumam perlahan.

"Ha, awak cakap apa Faiz?" Maira bertanya semula sebaik sahaja terdengar gumaman Faiz.

"Saya tanya, awak ok tak?" Faiz mengulang semula soalannya.

"Saya ok la Faiz. Kawan saya ugut saya. Dia cakap nak sebar video lucah saya sampai mama dengan papa tahu" Maira membalas dengan wajah dan suara yang tenang.

"Allahurabbi. Lepastu?" Faiz pula yang menggelabah.

"Saya biarkan. Saya tak kisah sebab saya tau saya tak bersalah" Maira masih lagi tenang.

"Nanti awak ceritalah apa yang jadi malam ni, boleh?" Faiz cuba menamatkan perbualannya dengan Maira memandangkan hari sudah menghampiri waktu senja.

Maira mengangguk perlahan.

***

Tepat jam 11 malam, Maira menerima panggilan dari papanya. Tahulah Maira bahawa papanya telah melihat video lucahnya itu. Dia sudah bersedia untuk dimarah habis-habisan.

"ya papa" Maira menjawab panggilan papanya.

"Maira, papa ada benda nak bagitau Maira. Tapi, papa harap Maira kuat dan tabah untuk dengar berita ni" Maira masih lagi diam. Dia menanti butir bicara yang akan terbit dari mulut papanya.

"Kawan-kawan Maira..." kata-kata itu terhenti sebelum dipotong oleh Maira.

"Kawan Maira datang rumah kita kan pa?" Maira menyambung kata-kata papanya.

"Ya, dalam perjalanan ke rumah kita, mereka eksiden dilanggar lori balak" Maira terkejut apabila menerima pernyataan dari papanya.

"Ya Allah, seriouslah pa?" Maira bertanya inginkan kepastian.

"Betul Maira. Keadaan jenazah mereka hancur dihempap kayu-kayu balak. Papa harap Maira terima dengan tabah berita duka ini, ya sayang?" ujar papanya seraya menamatkan perbualan mereka.

Maira beristighfar memohon keampunan Ilahi. Dia berasa yakin bahawa Allah masih menyayanginya. Dia juga yakin bahawa Allah telah menyelamatkannya dari fitnah yang dicipta oleh rakan-rakannya yang cuba untuk menjatuhkan dirinya hanya disebabkan dendam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience