8

Romance Completed 2960

Akhirnya minggu Science dan Mathematics berjalan dengan lancar. Faiz dan Maira memenangi tempat pertama. Jelas, Faiz dan Maira sangat gembira. Kegembiraan Maira itu dikongsi bersama datuk dan neneknya.

Ramai yang mengucapkan tahniah kepada kedua-duanya kerana berjaya menjadi juara dalam pertandingan tersebut.

'Walaupun mama dengan papa tak pernah ambil tahu fasal aku, at least aku ada atok dan nenek yang selalu bagi perhatian dekat aku,' Maira bermonolog sambil memandang sijil kejohanan pasukannya yang meraih gelaran juara dalam pertandingan rocket sempena minggu science dan mathematics itu.

***

Setelah beberapa bulan berada di kampung, akhirnya Maira telah berjaya menamatkan tingkatan empatnya di kampung itu tanpa mama dan papanya. Mama dan papanya seolah-olah telah membuang dirinya jauh-jauh sehingga tiada sebarang panggilan daripada mereka berdua. Maira juga tidak mahu menghubungi mama dan papanya. Baginya, mama dan papanya itu langsung tidak menyayanginya.

***

"Astaghfirullah, Maira. Awak ok tak?" Faiz terkejut apabila tiba-tiba sahaja Maira muntah. Muka Maira kelihatan tidak bermaya. Mukanya pucat sahaja.

Maira diam tidak bersuara. Dia menekan-nekan perutnya.

Faiz serba salah. Dia ingin membawa Maira ke hospital, tetapi dia perlu memapah Maira. Dia bimbang sekiranya perbuatannya itu nanti akan mengundang fitnah.

Dengan takdir Allah, terdapat sebuah kereta melalui kawasan itu. Faiz segera menahan kereta itu.

"Eh Faiz. Kenapa?" Imam Idris menyapa Faiz.

"Camni tok, tu cucu Tok Mad tu muntah tiba-tiba. Risau pula saya. Boleh tak tok imam tolong bawa kami ke hospital? Sekejap sahaja" Faiz seolah-olah merayu kepada Imam Idris untuk membawa dia dan Maira ke hospital.

"Eh, kenapa pula tak boleh? Masuklah" Imam Idris menyatakan persetujuannya sebaik melihat keadaan Maira yang agak teruk.

Dalam perjalanan, suasana seakan-akan tegang. Faiz melihat keadaan Maira di kerusi penumpang. Dilihatnya, Maira sedang tidur.

***

Sebaik sahaja sampai ke hospital, Maira terus mendapatkan kerusi yang berada di ruang menunggu. Dia kelihatan sangat lemah. Faiz dan Imam Idris juga masuk dan menemani Maira. Jelas, Faiz kelihatan agak risau apabila melihat wajah Maira yang pucat.

"Humairaa" Nama Maira dipanggil. Itu tandanya, telah tiba masa bagi dirinya untuk diperiksa.

Maira melangkah malas menuju ke bilik rawatan. Dia disuruh untuk berbaring di atas katil yang telah disediakan. Pemeriksaan pun dijalankan ke atas dirinya.

"Bila kali terakhir awak uzur?" Doktor itu mula mengajukan sebuah soalan kepada Maira.

"Dah lama saya tak uzur" Jawab Maira bersahaja.

"Oh, tahniah! Awak mengandung. Usia kandungan awak adalah 24 minggu" Doktor itu memberitakan khabar gembira untuk Maira.

Maira tersenyum kelat. Tanpa diminta, Maira terus bangun dan keluar meninggalkan bilik rawatan itu.

Di luar, kelihatan Faiz yang masih runsing memikirkan Maira. Sekilas, Faiz terpandang akan Maira yang baru keluar dari bilik rawatan itu. Faiz segera mendapatkan Maira.

"Awak ok tak Maira?" Faiz bertanya penuh kerisauan.

"Ok, saya ok je Faiz. Biasalah, gastrik.. Terima kasih sebab bawa saya ke hospital" Maira cuba menahan tangisan. Lalu diukir segaris senyuman.

"Eh, tak ada apalah Maira. Hmm.. Syukurlah, jika begitu.. Risau saya tadi" Faiz melafazkan syukur ke hadrat Ilahi. Kerisauan yang melanda dirinya semakin berkurangan.

Mereka berdua berjalan seiringan menuju ke kereta Pak Imam Idris. Faiz membukakan pintu untuk Maira. Maira melangkah masuk ke dalam kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience