13

Romance Completed 2960

Akhirnya, keputusan peperiksaan diumumkan.

Maira dan Faiz medapat keputusan yang sangat cemerlang. Begitu juga dengan Afiq dan Hamzah.

"So, kita sama la Faiz. Macam mana ni?" Maira bertanya kepada Faiz.

"Haa tak tau, tak tau" Faiz ketawa. Hilai tawanya disambut dengan ejekan Afiq dan Hamzah.

"Amboi, couple senyap-senyap" Afiq mengejek.

"Wuu untunglah bijak. Ada peluang dapat anak bijak-bijak ni" Hamzah pula melontarkan ayatnya.

Maira tersipu malu. Lalu dia pulang ke rumah tanpa menunggu Faiz.

"Haih, korang ni menyibuk je tak habis-habis" ujar Faiz tidak puas hati.

"Haha marah pula. Suka hati kamilah nak sibuk. Kami memang suka menyibuk. Betul tak Hamzah?" Afiq menjawab.

"Betul, betul. Dia je tak tau yang kita ni suka menyibuk" Hamzah membalas.

"Haish, tengok! Maira dah blah" Faiz geram dengan telatah sahabatnya.

"Haha padan dengan muka kau tu. Tapi kan Faiz, aku respect la kat kau" Hamzah mula mengutarakan rasa kagumnya kepada Faiz.

"Tu la, aku pun sama. Maira tu keras kepala rasanya. Tapi senang je kau ubah dia jadi muslimah sampai bertudung labuh" Afiq pula menambah.

"Entahlah. Dah dia yang nak berubah. Aku cuma sampaikan dakwah saja.. Syukurlah, hidayah milik Allah, kan?" Faiz membalas kata-kata dari sahabat-sahabatnya.

Begitulah hubungan persahabatan mereka bertiga. Sungguh akrab dan rapat sekali.

***

"Hoi, dating!" Afiq menyergah Maira dan Faiz yang dilihat sedang menikmati roti canai di kedai Haji Kadir.

"Eh, mana ada. Kita orang tengah bincang fasal UPU. Awak dah beli ke nombor pin?" Maira menyoal Afiq.

"Belum, petang ni baru nak beli. Dengan Hamzah. Kenapa?" Afiq menyoal semula.

"Oh, kami pun tak beli lagi" Faiz membalas.

"Jomlah pergi sekali" Hamzah yang entah dari mana datangnya, tiba-tiba sahaja menyampuk.

"huihhh, terkejut aku" Afiq mengurut-urut dadanya.

"Bolehlah, pergi sekali. Awak ok tak Maira?" Faiz meminta persetujuan Maira.

"Saya ok saja. Nanti discuss lain" Maira memberikan jawapannya.

"Lah, perempuan. Kata ok, kenapa nak discuss lagi?" Afiq agak berang dengan jawapan Maira.

"Yalah, nak bersiap lagi. Kenalah bagitahu masa yang tepat untuk keluar. Saya boleh bersiap awal" Maira cuba mempertahankan dirinya.

"Haih, kau ni Afiq. Perempuan kat mana-mana pun tetap perempuan. Nak bersiap cantik-cantik walaupun pakwa tak handsome" Hamzah memancing perasaan Faiz sambil matanya dilirikkan ke arah Faiz.

"Nasib baik aku handsome" balas Faiz dengan nada yang bersahaja.

Balasannya disambut dengan gelak tawa rakan-rakannya. Terhibur benar mereka dengan telatah Faiz.

Beberapa minit kemudian, telefon bimbit Maira berdering menandakan ada panggilan yang masuk.

"Mama saya call, sekejap ya" Maira memaklumkan keadaannya pada waktu itu.

Maira : Assalamualaikum mama..

Puan Sofea : Waalaikumsalam, sayang.. Mama dengar result anak mama ni cemerlang. Maira nak hadiah apa?

Maira : Maira taknak hadiah, ma. Maira nak mama dengan papa maafkan Maira atas dosa-dosa Maira..

Puan Sofea tersentak seketika. Benarlah kata-kata suaminya, bahawa Maira sudah berubah. Tutur katanya lebih sopan dan lembut. Puan Sofea berasa sebak dan tidak mampu mengawal emosinya. Dia menangis tersedu-sedan.

Maira : Kenapa mama menangis? Maira silap ya? Maira minta maaf ma.. Janganlah menangis.. Maira cuma rindukan mama.. Maira nak mama..

Puan Sofea : Mama minta maaf sayang. Mama gagal jadi ibu yang baik untuk anak mama ni.. Mintalah apa-apa Maira. Mama cuba penuhi permintaan Maira.

Maira : Maira nak mama dengan papa balik.. Tengok Maira kat sini dengan atok dan nenek. Maira nak kenalkan mama dengan kawan-kawan baru Maira.

Puan Sofea : ya sayang. Mama akan balik esok, lepas papa habis meeting. Maira mintalah apa-apa selain dari yang Maira sebut tadi.

Maira : Mama, Maira nak tudung labuh yang warna hitam, telekong dan al quran. Boleh ya, ma?

Tangisan Puan Sofea menjadi lebih lebat. Seumur hidupnya, dia tidak pernah mengajar Maira solat mahupun mengaji. Dia mula menyalahkan dirinya yang mengakibatkan Maira menjadi liar suatu masa dahulu.

Maira : Tak boleh ke ma? Kalau tak boleh, tak apalah..

Puan Sofea : Boleh sayang. Tunggu mama balik esok ya!

Talian diputuskan. Maira tersenyum penuh makna. Maira akhirnya mengajak rakan-rakannya itu untuk datang ke rumahnya pada hari esok untuk diperkenalkan kepada mama dan papanya.

***

Kedengaran bunyi deruman enjin kereta memasuki perkarangan rumah Haji Ahmad. Maira berlari-lari anak mendapatkan mamanya sebaik sahaja melihat kelibat mamanya keluar dari kereta. Mamanya mendepakan tangan, tanda mahu dipeluk oleh Maira. Tetapi, larian Maira melencong ke arah abangnya, Azwan.

"Maira rindu abang sangat-sangat" Maira memeluk abangnya seerat yang mungkin.

"Abang pun rindu Maira. Tahniah atas result yang cemerlang!" Azwan membalas ucapan adiknya.

"Ha, abang ikut balik ni mesti sebab mama paksa kan?" Maira bertanya sebaik sahaja pelukan direnggangkan.

"Ehh, mana ada. Abang nak tengok bakal adik ipar. Sapa tu nama dia? Afiq? Faiz? Sapa nek?" Azwan membidas kenyataan adiknya.

Dari jauh kelihatan Hajah Esah dan Haji Ahmad menghampiri mereka.

Puan Sofea mendakap puteri kesayangannya bagi melepaskan rasa rindu yang bersarang sekian lamanya.

"Haa, siapa tu" Puan Sofea mengalihkan pandangannya kepada tiga remaja lelaki yang menyaksikan perlakuan keluarganya.

"Haaa, tu la kawan Maira!" Maira memanggil Faiz, Afiq dan Hamzah lalu diperkenalkan kepada mama dan papanya.

"Assalamualaikum uncle, aunty, nama saya Amirul Faiz. Panggil Faiz pun ok" Faiz memperkenalkan dirinya.

"Yang ni kawan-kawan saya. Ini Afiq, ini Hamzah. Kami sebaya dan sekelas." Ujar Faiz lagi sambil menghadiahkan senyuman kepada Puan Sofea sekeluarga.

"Oh, jadi ni la yang berjaya curi hati adik aku ya?!" Azwan bertanya dengan suara yang kasar setelah menjawab salam.

"Eh relax la abang" Afiq cuba menenangkan keadaan.

Maira agak gelabah, risau sekiranya Faiz dipukul abangnya yang agak baran itu.

Selajur kemudian, Faiz dipeluk erat oleh Azwan sambil mulutnya mengucapkan "Salam ukhuwah". Pelukannya itu beralih pula kepada Afiq dan Hamzah.

Perlakuan Azwan itu disambut dengan senyuman oleh Hajah Esah dan Haji Ahmad. Maira juga senang melihat keakraban yang mula terjalin antara Azwan dan kawan-kawannya.

"Jadi, yang mana satu buah hati Maira ni?" Azwan bertanya tanpa rasa serba salah.

"Faiz la" Hamzah membalas sambil ketawa mengejek.

Faiz dan Maira terdiam manakala Afiq pula tersengih-sengih melihat telatah Faiz. Maira dan Faiz mengambil keputusan untuk terus berdiam diri.

"Amboi, handsomenya menantu aunty ni" Puan Sofea cuba mengusik Faiz. Suka hatinya melihat ketenangan yang terpamer pada wajah Faiz.

"Dialah yang ajar Maira serba serbi tentang agama, ma, pa" Maira bersuara setelah lama mengumpul kekuatan.

"Wahh, bakal adik ipar yang baik ni! Idola" Azwan sekali lagi cuba menyakat Faiz.

"Allahu akbar, biasa-biasa saja" Faiz berkata sambil tersenyum.

Petang itu merupakan petang yang bermakna bagi Faiz dan Maira. Gembiranya hati Faiz apabila Maira memperkenalkan dirinya dengan ahli keluarga Maira.

***

"Assalamualikum, Faiz. Ni Azwan" Azwan melafazkan salam sebaik sahaja panggilannya disambut oleh Faiz.

"Waalaikumsalam. Oh, ada apa ya?" Faiz membalas.

"Datang rumah. Ajak Hamzah dan Afiq sekali" pinta Azwan. "Bawak slip result SPM dengan IC sekali" sambungnya lagi.

"Oh, baik.. Lepas isyak, in shaa Allah kami sampai" Faiz memberikan kata putusnya seraya menamatkan perbualan.

***

"Assalamualaikum" Faiz memberi salam sebaik sahaja dia dan rakan-rakannya tiba di rumah Haji Ahmad.

"Waalaikumsalam. Bro, sini!" Azwan melaung dari arah pondok.

"Haa, ada apa suruh datang malam-malam, bawa IC dan slip result ni?" Hamzah bertanya sebaik sahaja tiba di kawasan pondok itu. Kelihatan Maira sedang membaca novelnya lagi.

"Maira cakap korang tak isi UPU lagi. Jadi, aku rasa nak tolong isi la." Azwan menjelaskan duduk perkara sebenar.

"Oh, memang kami tak isi lagi. Ingat nak isi esok je bila keluar ke bandar" Faiz menyatakan tujuan mereka.

"Ha, tak payah susah-susah. Biar aku tolong. Ada internet ni" Azwan bersungguh ingin membantu. "Lagipun ni sebagai tanda terima kasih sebab korang jaga dan tengok-tengokkan adik aku" sambung Azwan sambil tersenyum memandang rakan-rakan barunya.

Tenang hati Faiz.

"Eh dah sampai anak-anak mama ni" Puan Sofea menghampiri mereka sambil menatang dulang berisi jag air dan beberapa buah cawan.

"Lah, susah-susah je aunty buat air" Afiq yang diam sedari tadi mula bersuara menyatakan serba salahnya.

"Apa pula aunty, panggil mamalah. Mama ni mama kamu semua juga tau" balas Puan Sofea sambil tersenyum.

Puan Sofea telah mula menyayangi kawan-kawan anaknya, lebih-lebih lagi Faiz. Hal ini kerana Maira telah menceritakan keadaan Faiz yang telah dibuang oleh ibu kandungnya sewaktu Faiz berusia beberapa hari. Sikap Faiz yang menghormati orang-orang tua menyebabkan Puan Sofea lebih senang sekiranya anaknya bersahabat baik dengan Faiz. Dia juga sangat berterima kasih kepada Faiz kerana telah berjaya membentuk Maira menjadi seorang muslimah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience