"Abang, buat apa tu?" Maira menegur Faiz yang dilihatnya sedang asyik menghadap komputer ribanya.
"Eh, sayang. Tak, abang tengok gambar-gambar kita semua masa zaman sekolah dulu" Faiz membalas.
Sudah dua tahun mereka mendirikan rumah tangga. Mereka mengambil keputusan untuk bernikah sebaik sahaja keduanya menamatkan pengajian dalam bidang kedoktoran di Iceland. Benarlah, jodoh keduanya sangat kuat. Maira adalah cinta pertama dan terakhir untuk Faiz begitu juga dengan Faiz.
"Mama, mama.." Dari jauh kedengaran suara Azalea memanggil Maira sambil membawa kain purdah milik Maira.
"Lah, sayang mama buat apa dengan purdah mama ni?" Maira segera mendapatkan anaknya. Didukung dan dicium penuh kasih. Hasil perkongsian hidupnya dengan Faiz, mereka beroleh seorang cahaya mata yang sangat comel.
Maira kini telah pun berpurdah. Dia juga telah menjadi isteri solehah yang terbaik untuk Faiz.
"Jadi tak, malam ni nak pergi usrah?" Faiz bertanya kepada Maira.
"Jadi la kot abang. Usrah dari Ustaz Haslin kan?" Maira sememangnya menyukai Ustaz Haslin Bahrin kerana gaya penyampaian ceramahnya yang sangat mudah difahami.
"Kalau sayang jadi, abang pun jadilah. Kan Yaya" Ujar Faiz sambil mencuit hidung anaknya.
-Sekian-
Share this novel