1

Romance Completed 2960

"Weh, Maira!" Maira disapa oleh Amira sebaik sahaja melihat Maira duduk menanti mereka di ruangan KFC.

"Beb, asal kau lambat weh? Bosanlah aku sorang je kat sini" Maira membalas sapaan Amira.

"Chill la beb. So, nak g mana lepas ni?" Atikah menyoal seraya mengubah topik perbualan.

"Lah, macam yang kita planned waktu kelas Fizik tadi, kata nak g club" Azura membalas.

"Ntah kau ni Tikah. spoiled la" Maira membalas seraya tergelak apabila melihat telatah Azura yang seakan geram dengan sikap Atikah.

"Alah, aku tanya je, salahke?" Atikah cuba membela diri.

"Aduh, korang. Dahlah! Tak payahlah gaduh lagi. Lepas makan KFC ni, kita blah" Amira cuba mententeramkan keadaan.

***

Sekumpulan murid tingkatan 4 itu sangat terkenal di sekolah disebabkan sifat mereka yang nakal dan sosial. Mereka juga sering menyusahkan guru-guru di sekolah selain menyebabkan ibu bapa mereka berang dengan sikap nakal mereka. Namun, mereka sangat bijak dan cepat belajar. Apa sahaja yang diajar, mudah meresap dalam kepala mereka.

Ibu bapa yang agak sibuk dengan tugas harian tidak begitu menghiraukan aktiviti mereka. Mereka dianggap sudah besar dan berfikiran matang. Mereka juga dianggap sudah pandai membawa haluan hidup sendiri dan mampu membezakan baik buruk sesuatu. Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Remaja-remaja ini merasakan bahawa diri mereka tidak diperlukan dan hanyalah objek yang tidak membawa sebarang manfaat kepada kedua ibu bapa. Maka, mereka dengan langkah panjang mula berjinak-jinak dengan dunia yang serba sosial dan merosakkan.

Sebut sahaja apa yang tidak dilakukan oleh mereka. Solat tidak pernah didirikan. Puasa di bulan Ramadhan juga tidak pernah. Tutup aurat? Hanyalah di sekolah. Itu pun kerana menutup aurat adalah peraturan sekolah. Jika tidak, sudah pasti aurat juga ditayang sesuka hati. Lelaki? Terlalu ramai. Setakat berkongsi-kongsi sebatang rokok itu, biasalah. Perkara kecil sahaja bagi mereka.

Namun, mereka bernasib baik kerana masih memelihara kehormatan diri dari dirosakkan oleh lelaki yang tidak menghormati harga seorang wanita.

***

"weh, korang siap dah ke latihan Kimia yang cikgu Wati berikan?" secara tiba-tiba Amira menyoal.

"Of course" balas Maira pendek.

"Ya ampun, baik betul kau ni. Hahaha hati suci sia" Atikah menggelakkan Maira. Baginya jawapan Maira agak lucu.

"Untunglah, dah dapat hidayah" Amira membalas seraya mencebikkan bibirnya.

Azura hanya tersenyum sambil memandu kereta bapanya menghala ke kelab malam yang terkemuka di bandaraya itu.

"Wait, korang cakap fasal apa ni?" Maira kembali menyoal.

"Beb, Mira tanya. Dah siap ke homework yang cikgu Wati bagi tu. Then, kau jawab, of course. Pergh, memang dah dapat hidayah agaknya!" Azura menerangkan kedudukan cerita tersebut.

"Oh, of course la tak siap. Haha. Banyak weh homework dia bagi." Maira membalas sambil tertawa. Sememangnya, dia belum menyiapkan walau satu soalan pun dari latihan-latihan yang dibekalkan oleh guru kimianya.

Kereta yang dipandu Azura terus meluncur laju membelah kegelapan malam.

"Haha, banyak.. Fizik lagi, Add Maths lagi, Maths lagi, BM lagi, aduh semak weh" Atikah membalas kenyataan Maira seraya menyokong kenyataan sahabatnya.

Pada masa yang sama, Amira membuka whatsapp. Ternyata, cikgu Wati menghantar pesanan ke dalam group whatsapp Kimia mereka.

"Weh, Cikgu Wati pesan suruh siapkan latihan Kimia ni. Esok pengetua nak periksa..oh my!" Amira menyampaikan berita itu kepada rakan-rakannya.

"Haha, relax. mesej Saiful. cakap kat dia, aku nak pinjam latihan dia. aku nak tiru.. settle" Maira memberi arahan, namun dalam nada bergurau.

Saiful seorang pelajar lelaki di dalam kelas 4 sains yang sangat baik. Apa sahaja latihan yang diberi, pasti disiapkan dalam masa yang ditetapkan.

Selajur kemudian, Atikah mendail nombor telefon Saiful.

"Weh Epul, aku nak copy jawapan Kimia esok!" tanpa memberi salam, Atikah terus menyampaikan hasratnya kepada Saiful. agak keterlaluan gayanya.

"Eh, nak copy?" Saiful agak berat hati. yalah, dia yang bertungkus lumus menyiapkan latihan yang diberi, mudah sahaja Atikah minta untuk meniru.

"Bro, sekarang ni kau nak bagi ke tak nak?" Atikah bersuara agak keras dan tegas.

"Okay.. boleh" Saiful terpaksa bersetuju dengan Atikah. Atikah memang terkenal dengan wataknya yang jahat. Dia boleh melakukan apa sahaja untuk melampiaskan amarahnya apabila kemahuannya tidak dituruti.

Atikah pernah mengupah seorang lelaki untuk memukul bekas kekasihnya kerana lelaki itu telah curang. Akibatnya, lelaki itu menerima kecederaan yang agak parah dan dimasukkan ke hospital. Saiful risau sekiranya dia juga menerima nasib yang sama. Dalam keadaan terpaksa, dia merelakan sahaja jawapan kepada latihan kimianya ditiru oleh Atikah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience