2

Romance Completed 2960

"Amira, mana Maira? Kau nampak tak?" Atikah menyapa Amira sebaik sahaja melabuhkan punggungnya di sebelah Amira yang berada di tapak perhimpunan.

"Entahla. Maira mungkin belum sampai lagi agaknya" Amira membalas soalan Atikah acuh tak acuh. Dia menumpukan perhatiannya kepada tulisan Saiful. Begitulah rutin mereka setiap pagi. Mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain. Bukan sahaja Saiful yang menjadi mangsanya, tetapi Zakwan dan Nurin juga menjadi mangsa mereka disebabkan sikap rajin dan bijak dalam menyelesaikan tugasan yang diberi.

"Beb, kau tiru Saiful?" Atikah menyoal sebaik sahaja melihat Amira yang sepertinya sangat fokus menyalin jawapan daripada sebuah buku. Atikah sangat mengenali tulisan Saiful.

"Yalah, kimia. Dia bagi tadi. Kau dah siap ke? Cikgu Wati nak semak nanti sebelum dihantar kepada pengetua." Amira membalas sambil tangannya ligat menyalin jawapan.

"Belum" Atikah membalas seraya membetulkan duduknya. Lantas, tangannya ligat mengeluarkan buku latihannya dan mula menyalin setiap jawapan yang telah ditulis oleh Saiful.

Kelihatan beberapa orang pengawas sedang menyiapkan pentas. Itu tandanya perhimpunan akan bermula tidak lama lagi. Namun, Maira masih lagi tidak kelihatan. Begitu juga Azura.

Tidak berapa lama kemudian, Azura kelihatan berlari-lari anak menuju ke arah mereka berdua.

"Beb, Maira mana?" Azura menyoal. Dia agak risau kerana seingatnya, Maira berada dalam keadaan mabuk semasa pulang dari kelab malam semalam.

"Maira? Aku rasa dia tak datanglah" Atikah membalas.

"Balik nanti, kita pergi rumah dia.., nak tak?" Amira membalas seraya menyimpan buku latihan kimianya ke dalam beg.

***

Perhimpunan pun bermula.

Lagu negaraku, lagu negeri dan lagu sekolah dinyanyikan dengan iringan muzik.

Pelbagai perkara yang disentuh semasa dalam perhimpunan. Antaranya adalah berkaitan dengan kehadiran pelajar yang sentiasa lewat walaupun dikenakan denda dan juga diberikan khidmat kaunseling. Namun, keadaannya tidak juga berubah. Tetap juga ada pelajar yang datang lambat ke sekolah dengan alasan yang tidak munasabah.

***

"Atikah, Amira dan Azura, mari sini!" Cikgu Wati selaku guru kelas 4 Science dan juga guru Kimia bagi kelas tersebut memanggil mereka.

"Ahh sudah! Kantoi ke kita meniru ni?" Amira memandang tepat ke dalam anak mata Atikah. Atikah hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Nak mati agaknya Saiful ni!" Atikah mengepal-ngepal penumbuknya.

Mereka bertiga melangkah laju menuju ke arah Cikgu Wati.

"Kenapa ya cikgu?" Amira memberanikan diri untuk bertanya. Wajahnya dikawal dengan baik supaya tidak disyaki membuat kesalahan.

"Ni kawan baik awak si Maira tu. Mana? Buku latihannya mana?" Cikgu Wati bertanya agak kasar.

"Entahlah cikgu, kami bukannya menjaga dia.. Kawan saja pun" Atikah membalas persoalan Cikgu Wati dengan nada yang berbaur kebencian. Kata-kata Atikah itu disambut gelak tawa oleh rakan-rakannya.

"Entah cikgu ni. Macam la kami tau apa yang dia buat. Kami bukannya Tuhan. Kawan je. Cikgu tanya la dia sendiri. Takkan tu pun kami nak kena handle? Bukan kerja kami pun" Azura pula membalas selamba.

"Saya tak kira, baik kamu cerita apa yang berlaku kepada Maira sebelum saya melaporkan kepada pihak disiplin dan hal ehwal murid tentang kebiadaban kamu. Jangan nak kurang ajar sangat!" Cikgu Wati yang tidak dapat menahan kesabaran, mula menengking mereka. Jika diikutkan hatinya, mahu sahaja dilempang muka-muka pelajar di hadapannya itu.

Namun tindakan Cikgu Wati itu sangat sia-sia. Ketiga mereka langsung tidak menunjukkan rasa takut.

"Cikgu tu dahlah pregnant. Nak tengking-tengking kami pula. Cikgu jangan ingat cikgu boleh buat apa sahaja kepada kami. Atau cikgu yang akan menyesal" Atikah mula mengugut dan mukanya kelihatan serius. Jelas, dia sangat bencikan Cikgu Wati.

"Cikgu doakan kamu semua gagal dalam hidup" Cikgu Wati mengeluarkan kata-kata itu dengan nada yang lirih. Lalu beliau berlalu pergi meninggalkan mereka. Mereka tersenyum kemenangan. Puas hati bila melihat cikgu yang dibenci itu hilang dari pandangan.

"Mesti dia ingat dia power kan? Sampai nak doa macam-macam kepada kita" Amira bersuara seakan berbisik.

"Tu lah. Acah bagus betul cikgu tu." Atikah membalas sambil tertawa. Lantas, dia menarik kawan-kawannya untuk keluar dari kawasan sekolah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience