10

Romance Completed 2960

"Bangun!" Haziq selaku ketua kelas 4 Science memberi arahan sebaik sahaja Cikgu Kamal memasuki kelas mereka.

"Duduk, duduk" Cikgu Kamal mengarahkan agar para pelajaranya itu untuk duduk semula. "Mana Maira dan Faiz?" sambungnya lagi.

"Tak datang cikgu. Maira sakit. Faiz pun sama" Afiq membalas pertanyaan gurunya. Cikgu Kamal tidak mengesyaki apa-apa.

Bulan-bulan terakhir pada tahun itu digunakannya untuk bercerita mengenai hadis-hadis yang dibaca. Begitulah caranya dalam menyampaikan dakwah. Segala persoalan dari para pelajarnya akan dijawab dengan sebaik mungkin.

***

"Assalamualaikum" Faiz memberikan salam sebaik sahaja tiba di rumah Maira.

"Waalaikumsalam.. Eh Faiz! Faiz nak bawa Maira ke hospital ya? Maira ada bagitahu nenek semalam" Hajah Esah tersenyum menyambut kehadiran Faiz. Suka benar hatinya melihat kehadiran Faiz itu.

"Begitulah nek, kesian Maira." ujar Faiz Namun, jauh di sudut hatinya dia lebih kasihankan Hajah Esah dan Haji Ahmad. Apalah salah mereka sehingga Maira begitu liar sekali.

Tidak lama kemudian, Maira pun keluar dari rumahnya. Dia menyambut kehadiran Faiz dengan berpakaian kasual.

"Jom, Maira" Faiz memulakan perbualannya. Maira hanya menurut. Dia mengunci mulutnya, tidak mahu berkata-kata. Malu rasanya berhadapan dengan lelaki ini.

"Maira, saya tak salahkan awak atas semua ni" Faiz memulakan bicara sebaik sahaja dia menghidupkan enjin kereta milik datuknya. Dilihatnya Maira masih lagi berdiam diri. Namun, air matanya kelihatan mengalir di pipi.

"Maira, kalau awak tak kisah bolehlah awak ceritakan kepada saya tentang perkara yang sebenar" Faiz menyambung lagi. Namun, suasana tetap seperti tadi. Begitu suram. Maira masih tidak melafazkan sebarang kata-kata.

"Allah tu Maha Pengampun, Maira" Faiz menyambung kata.

"Faiz, Allah tu sapa? Dia tak pernah ambik tahu fasal saya. Dia benci saya, Faiz!!!!" Maira seolah-olah diserang histeria.

Faiz tersentak. Lalu dia beristighfar sambil tangannya mula memasang DVD ruqyah. Bacaan-bacaan ayat suci al quran mula berkumandang. Hatinya terasa tenang. Sekilas dia memandang Maira. Maira kelihatan sangat kecewa akan apa yang menimpa dirinya. Faiz memfokuskan pandangannya kepada jalan raya. Sekilas dia memandang Maira. Maira tertidur dan pipinya basah dek dibasahi air mata kekecewaan.

'Hurmm salah aku. Sepatutnya aku tak perlu pun buka cerita tentang masalah yang melanda' Faiz mula menyesal akan perbuatannya.

Faiz menggerakkan Maira sebaik sahaja mereka tiba di hospital berkenaan.

Faiz menemani Maira sehingga ke dalam bilik rawatan. Tetapi Faiz hanya duduk di kerusi yang disediakan di hadapan meja doktor. Faiz terdengar esak tangis Maira sewaktu rahim Maira dicuci oleh doktor. Faiz menitiskan air matanya. Dia teringat akan ibu yang tidak pernah dikenalinya. Bagaimanalah keadaan ibunya ketika melahirkan dirinya satu masa dahulu?

"Isteri encik tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengandung lagi. Tapi, buat masa beberapa bulan ini, dia perlukan rehat yang cukup. Rahimnya masih lemah. Dia tak boleh buat kerja-kerja yang berat" Ujar doktor itu sambil tersenyum. Faiz hanya mengangguk tanda faham akan pesanan doktor itu.

"Maira, awak ok?" Faiz bertanya dengan nada yang lemah lembut. Tidak mahu lagi dia mengguris perasaan Maira.

"Ok, cuma sakit sikit wak.." Maira bersuara lemah. "Saya minta maaf sebab tengking awak" Maira memohon maaf atas keterlanjurannya tadi.

Mereka melangkah beriringan menuju ke kereta. Faiz membawa Maira ke restoran KFC. Dia tahu bahawa Maira sangat menggemari ayam KFC. Dia hanya menempah beberapa ketul ayam dan juga air milo. Air kegemaran Maira.

Maira tidak mengendahkan perlakuan Faiz kerana baginya Faiz seorang remaja yang baik. Tidak mungkin Faiz akan mengambil kesempatan ke atas dirinya.

"Jom, keluar. Sampai dah" Faiz tersenyum sebaik sahaja mempelawa Maira untuk keluar dari kereta itu.

"Hmm cantiknya tempat ni Faiz' Maira agak teruja apabila memandang tasik yang terbentang luas.

Faiz hanya tersenyum dan mengeluarkan KFC serta air milo yang dibelinya tadi. Lalu diletakkannya di atas meja berhampiran.

"Jom makan, Maira" Faiz sekali lagi mempelawa Maira.

Maira terhibur melihat gelagat Faiz melayan anak-anak kucing yang bermain dekat dengan mereka. "Comel", Maira berkata perlahan. Dia juga sangat meminati kucing.

"Maira, saya nak bertanya soalan yang sangat sensitif kepada awak" Faiz berterus terang.

"Boleh, tapi bukan sekarang. Saya tak bersedia lagi" Maira seakan-akan mengerti persoalan yang bermain di fikiran Faiz.

"Baiklah" Faiz membalas kenyataan Maira dan tersenyum. Kasihan dia melihat keadaan Maira. Kalau boleh, dia ingin sekali membela nasib Maira. Tapi, dia tidak begitu arif bagaimanakah cara yang terbaik untuk membela nasib gadis itu.

Mereka menikmati ayam goreng itu sambil berborak kosong.

Senang hati Faiz apabila melihat Maira sudah mula tersenyum. Faiz sangat meminati Maira. Dia tidak menghiraukan kisah silam Maira.

"Awak," Faiz menghentikan aktiviti Maira yang asyik bermain dengan anak kucing.

"Ya saya?" Maira menyahut panggilan Faiz.

"Sebenarnya, saya suka awak. Lebih dari kawan" Faiz berterus terang kepada Maira.

"Saya kotor, Faiz. Ramai lagi perempuan lain yang lebih suci untuk awak" Maira yang tersentak membalas kenyataan Faiz.

"Tak, saya tak kisah semua tu" Faiz membalas. Dia benar-benar ikhlas ingin memiliki Maira.

"Saya tak layak untuk awak, Faiz" Maira berkata setelah lama berdiam diri. Dia menangis sekali lagi. 'Saya pun suka awak Faiz' Maira hanya berkata di dalam hatinya sahaja.

Faiz mengeluarkan sapu tangan lalu diberikan kepada Maira. Maira mengambil sapu tangan yang dihulurkan oleh Faiz.

Faiz membawa Maira pulang ke rumah sebaik sahaja mereka selesai menghabiskan ayam KFC itu.

Sejak hari itu, setiap hari Faiz berjumpa dengan Maira. Tetapi hanya di rumah Maira sahaja. Tiada yang mengesyaki perkara yang berlaku ke atas Maira. Mereka semua beranggapan bahawa Maira menghadapi gastrik yang teruk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience