9

Romance Completed 2960

Apabila sampai di hadapan rumah Haji Ahmad, Maira melangkah lemah memasuki rumahnya. Pada waktu itu, air matanya mula bergenangan. Sedih memikirkan nasib dirinya.

'Patutlah perut ni semakin buncit! Ada nyawa rupanya' Maira berkata di dalam hati sambil menampar-nampar perutnya. Jelas, dia seakan benci akan janin yang telah mula tumbuh di dalam rahimnya.

'Allah tak pernah wujud!' Maira mula menyalahkan takdir. Dia semakin benci akan kandungannya. 'Kalau Allah tu Tuhan, mesti DIA takkan beri ujian begini. Aku tak pernah berzina!!!!' Maira akhirnya menangis sekuat hatinya. Dia menekup mulutnya dengan bantal agar tangisannya tidak didengari oleh neneknya.

Akhirnya, Maira tertidur dengan pipinya yang basah akibat menangis semahunya.

***

"Maira? Hahah, dia takkan berubah. Percayalah" Atikah beria-ia meyakinkan rakan-rakannya tentang Maira selepas mereka tidak lagi menerima sebarang mesej daripada Maira.

"Kau tau mana beb? Dia bukannya ada dengan kita pun" Amira mencebik sambil membalas kenyataan Atikah.

"Tunggulah, lepasni pasti dia akan mencari kita. Just wait and see" Atikah membalas soalan Amira. Dia tersenyum sinis. Sebuah senyuman yang sukar ditafsir oleh rakan-rakannya.

***

'24 minggu... Maksudnya dah 6 bulan kandungan ni. Sekarang dah bulan 10. Maksudnya aku mula mengandung pada bulan 4. Waktu tu, aku tinggal dengan mama lagi..' Maira mula mengimbas kembali kejadian pada bulan 4. Aktiviti-aktivitinya di ibu kota yang bebas tanpa kawalan agama.

'Bulan 4.. Bulan 4, first time aku masuk kelab malam. Waktu tu aku mabuk. Takkanlah aku diperkosa?' Maira cuba mengingati kejadian yang berlaku pada hari itu.

'Kurang ajar!' Maira menghempas bantalnya ke lantai. Dia beranggapan bahawa dirinya memang diperkosa oleh seorang lelaki yang langsung tidak dikenalinya. Dia masih ingat bagaimana dia melawan lelaki itu. Lelaki yang tidak dikenalinya. Dia juga masih ingat kesakitan yang diterima sewaktu dia diperkosa. Dia tidak sedarkan diri setelah dilempang berkali-kali oleh lelaki durjana itu. Apa yang diingatnya adalah, setelah dia tersedar dan dia sudah pun berada di rumah.

Pada waktu itu, mamanya masuk ke dalam bilik dan memaksanya untuk berpindah ke kampung.

ya, dia sudah ingat!

Tetapi, dia tidak pula menceritakan masalahnya itu kepada rakan-rakannya. Dia berasa malu. Dia mahu mencari solusinya sendiri. Perkara yang bermain di fikirannya adalah, menggugurkan kandungan yang sudah pun ditiupkan ruh.

Lantas, tangannya ligat menaip sesuatu di google. Hasil pencariannya di google, Akhirnya dia berjaya menemukan cara untuk menggugurkan kandungannya yang berusia 6 bulan itu. Dia menjumpai sejenis ubat yang mampu menggugurkan janin itu dengan baik sekali.

Keesokan harinya, dia ke farmasi di sebuah bandar berdekatan. Dia membeli beberapa botol ubat untuk menggugurkan kandungannya.

Setelah mendapatkan ubat itu, dia kembali ke rumah. Dia mengamalkan ubat itu sesuai dengan cara penggunaannya.

Hari demi hari berlalu, Maira berasa semakin sakit di bahagian perutnya. Pada fikirannya, dia mungkin ingin membuang air besar. Lalu dia ke tandas. Namun, perkara yang terjadi adalah, dia keguguran. Janinnya telah jatuh. Maira memandang janin yang tidak berdosa itu. Tanpa membuang masa, dia mengangkat janin yang tidak lagi bernyawa. Lalu dibuang ke dalam lubang tandas. Disimbah air sehingga janin itu tidak lagi kelihatan. Sejurus selepas itu, Maira membersihkan darah yang keluar ekoran dari kegugurannya itu. Maira tersenyum puas. Walaupun kesakitannya masih terasa, namun Maira merasakan bahawa dia telah membuat satu keputusan yang bijak.

"Assalamualaikum, Maira!" Kedengaran suara Faiz di luar rumah.

Maira menjawab salam dan masuk ke bilik untuk mecari pakaian yang sesuai bagi bertemu Faiz.

"Mana nenek dengan atok awak?" Faiz bertanya kepada Maira sebaik sahaja Maira menjemputnya untuk masuk ke dalam rumah.

"Oh, atok dengan nenek pergi kenduri. Masuklah, takkan nak duduk luar. Panas kan?" Maira sekali lagi mengajak Faiz untuk masuk ke dalam rumahnya.

"Tak apalah Maira. Saya datang ni cuma nak tengok keadaan awak. Nampak gayanya awak ni macam makin teruk. Tak nampak macam gastrik pun?" Faiz mula meluahkan kerisauan di hatinya.

"Tak adalah. saya ok sahaja" Maira membalas. Dia cuba menutup kerisauan di wajahnya. Risau juga dirinya sekiranya Faiz tahu bahawa dia baru sahaja mengalami keguguran.

"Weh, Faiz! Kat sini rupanya kau" Secara tiba-tiba, Hamzah menyergah mereka berdua.

"Aduh, Faiz. Orang lain pun bercinta juga. Tapi tidaklah selalu jumpa makwe" Afiq menambah perasa.

"Eh, tak bro. Bukan bercinta. Dua hari lepas, Maira ni muntah-muntah. Aku bawalah ke hospital, kebetulan ada pak imam. Jadinya, harini aku melawatlah dia. Tapi nenek dengan atok dia tak ada. Kami duduk di luar sajalah" Faiz menjelaskan perkara sebenar.

"Eh, Maira sakit apa?" Afiq bertanya sebaik sahaja mendengar penjelasan Faiz.

"gastrik" Maira membalas pendek.

"Gastrik? Pucat sampai harini? Gastrik apa? Eh, aku bawak kereta ni. Jomlah kita pergi check lagi sekali. Apa yang tidak kena pada Maira ni" Hamzah seakan-akan terkejut apabila melihat wajah Maira yang sugul dan pucat.

"Hmm tak apalah Hamzah. Saya ok saja" Maira menolak dengan baik dan lembut.

"Mana boleh macam tu, awak bersiaplah Maira. Risau kami tengok keadaan awak ni" Faiz seakan mendesak Maira. Yalah, dia juga berasa risau akan keadaan Maira yang jelas kusut.

"Tak apalah, awak. Nanti ok la ni" Maira membalas. Dia semahu-mahunya ingin mengelak daripada berjumpa doktor.

"Maira, please..." Buat pertama kalinya, Faiz seakan merayu.

Maira mengalah. Dia mula masuk ke dalam biliknya, dan bersiap ala kadar. Sebelum keluar semula, dia sempat meninjau keadaan tandas. Setelah memastikan bahawa keadaan di tandas itu berada dalam keadaan baik, Maira keluar dan bertemu dengan Faiz. Sementara Hamzah dan Afiq telah pun berada di dalam kereta.

Afiq dan Hamzah memilih untuk berada di bahagian hadapan. Faiz tiada pilihan lain dan terpaksa mengambil tempat di sebelah Maira, di belakang. Namun, dia meletakkan bantal di bahagian tengah agar dia dan Maira tidak berada dalam keadaan yang rapat. Maira kagum akan sikap Faiz yang sangat menghormati dirinya.

Kereta yang dipandu Hamzah bergerak laju menuju ke hospital.

Sebaik sahaja tiba di hospital, Faiz dan Maira keluar bersama-sama. Faiz ingin menemani Maira. Dia duduk bersama Maira di ruangan menunggu. Apabila nama Maira dipanggil, Faiz segera mengekori Maira. Dia ingin tahu apakah penyakit yang dideritai oleh Maira.

"Jadi, inilah suaminya?" Faiz diajukan soalan sebegitu oleh doktor yang merawat Maira. Faiz hanya tersenyum. Dia memandang Maira yang menundukkan wajahnya.

"Ya, saya suaminya" Faiz cuba berlakon walaupun dia tidak mengerti apakah yang sedang berlaku.

"Begini, encik. Isteri encik mengalami keguguran. Dia perlu dicuci. Kalau boleh, bawalah dia ke sini pada hari esok" Doktor itu menjelaskan keadaan sebenar kepada Faiz. Faiz beristighfar perlahan di dalam hatinya. Dia benar-benar memohon keampunan dari Allah.

"Kami minta diri dululah, doc. Terima kasih" Faiz segera meminta diri. Dia merenung Maira dengan renungan yang tajam.

Maira sedar dirinya diperhatikan oleh Faiz. Dia diam tidak bersuara.

"Haa macam mana hasil pemeriksaan doktor tu tadi?" Afiq bertanya kepada Faiz selepas melihat wajah sahabatnya itu agak keruh.

"Taklah, Maira ni.. Gastrik dia bahaya dah. Mungkin tak boleh pergi sekolah esok, lusa dan hari-hari berikutnya. Esok, doktor suruh datang lagi, sebab nak buat rawatan" Faiz berbohong demi menjaga air muka Maira.

Maira memandang Faiz. Dia terharu. Tidak disangka bahawa Faiz cuba menyembunyikan keaiban dirinya.

"Dah, jom balik" Hamzah memutuskan untuk pulang ke rumah.

***

Maira tidak dapat fokus kepada cerita yang ditontonnya. Fikirannya menerawang memikirkan hubungan persahabatannya dengan Faiz. Jauh di sudut hatinya, dia berasa sayang kepada Faiz lebih dari seorang kawan. Tetapi, layakkah dirinya untuk bercinta dengan lelaki yang hebat fahaman agama? Secara tiba-tiba, Maira menangis.

Tidak lama kemudian, Maira menerima mesej dari rakannya Atikah. 'Maira, kenapa kau senyap? Tak rindu kami?' Maira membalas. Mereka bermesej sehinggalah larut malam. Namun, tidaklah Maira menceritakan aibnya yang telah menggugurkan kandungannya.

***

"Haha, Maira! Tak sedarkah kau tu dah mengandung" Atikah berkata-kata sambil disulami dengan gelak ketawa.

"Mana kau tau weh?" Amira bertanya apabila melihat rakannya sangat yakin bahawa Maira sedang mengandung.

"Laa, kau tak tau ke Mira? Shahrul dah bersetubuh dengan Maira waktu Maira tengah mabuk dekat kelab haritu" Azura menjelaskan.

"Yakah?" Amira bertanya, tidak yakin.

"Ya, sebab aku yang rancang semua ni" Atikah membongkar rahsianya.

"Oh, hahaha. Jadi, Maira tu setaraf dengan kitalah?" Amira membalas dan dia juga ketawa riang.

"Tapi, Maira tak mengadu apa-apa lagi kat aku" Azura mula berasa hairan kerana Maira selalunya akan bercerita segala yang berlaku kepada Azura.

"Alah, dia malu la tu" Atikah membalas kekeliruan Azura. Mereka kemudiannya tertawa gembira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience