11

Romance Completed 2960

Keadaan Maira semakin baik dan stabil setelah sebulan berlalu. Tambahan pula, Faiz sering menemaninya semasa di rumah.

"Assalamualaikum" Kedengaran suara Faiz di luar rumah.

"Waalaikumsalam. Eh, Faiz! Saya di sini." Maira melaung dari arah pondok yang menghadap ke kolam ikan.

"Hai, huhu" Faiz menyapa Maira. Dia menghadiahkan sebuah senyuman kepada Maira.

"Hai, Faiz!" Maira semakin ceria pada pandangan Faiz. "Faiz, saya rasa saya nak berubah. Tapi, betulkah Allah tu wujud, Faiz?" Sambung Maira lagi.

"Nak berubah? Syukur Alhamdulillah. Betul Maira Allah tu wujud dan Allah cuma satu" Faiz membalas soalan Maira sambil tersenyum.

"Saya dah lama tak solat. Tak pernah solat. Saya tak reti solat" Maira berterus terang tanpa berselindung. "Saya tak kenal Islam. Quran? Saya tak kenal Quran. Saya tak pandai baca Quran. Tapi, saya rasa tenang waktu awak buka bacaan al quran waktu kita pergi hospital haritu" Maira sekali lagi berterus terang.

"Takpa Maira. Allah Maha Pengampun. Jika awak rasa dosa awak sebesar bahtera, maka yakinlah bahawa Pengampunan Allah itu seluas lautan" Faiz cuba menenangkan hati Maira.

"Faiz, saya kotor" Maira bersuara sayu sambil matanya memandang ikan-ikan yang berenang bebas di dalam kolam buatan.

"Maira, setiap anak adam itu pendosa dan sebaik-baik pendosa ialah pendosa yang bertaubat" Faiz mula memetik firman-firman Allah dalam kitab suci al Quran.

"Saya berzina, Faiz" Maira bersuara dengan nada yang semakin lirih. "Kalau Allah benar-benar wujud, kenapa Dia tak halang saya untuk berzina, Faiz? Adakah sebab sifatNYA yang Maha Pengampun, maka Dia membiarkan saya menjadi penzina dan memohon keampunan?" Sambung Maira lagi.

"Tak Maira. Kita dicipta berserta akal. Akal ini berfungsi untuk memikirkan sesuatu itu buruk ataupun baik. Awak boleh fikirkan, zina ni perbuatan yang terkeji atau perbuatan yang mulia?" Faiz memulangkan paku buah keras kepada Maira.

"Salah saya?" Maira membalas.

"Betul, salah awak. Awak zalimi diri awak. Awak tahu bahawa zina itu haram. Awak tahu kesan-kesan yang terhasil dari zina. Awak pilih untuk berzina walaupun awak tahu dan sedar tentang hukumnya. Adakah ianya salah Allah, Tuhan yang mencipta kita?" Faiz membidas kenyataan Maira. Nadanya lembut namun tegas.

Maira hanya menunduk.

"Rasulullah berjuang walaupun nyawa baginda menjadi taruhannya demi menyebarkan Islam. Para sahabat juga berjuang bersama Rasulullah semata-mata ingin menegakkan Islam. Dulu, perempuan adalah hamba untuk memuaskan nafsu lelaki semata-mata. Tidak bermaruah. Tapi, lepas kedatangan Islam, maruah perempuan dipelihara. Martabat kaum ini diangkat. Allah sayang perempuan. Buktinya, perempuan yang meninggal sewaktu melahirkan anak adalah mati yang syahid. Tak cukupkah kasih sayang Allah untuk awak? Awak berdosa tapi masih diberikan peluang untuk bertaubat," Faiz mula bertazkirah. Memberi peringatan tentang pengorbanan Rasulullah disulami dengan kasih Allah kepada hamba-hambaNYA.

"Saya kena buat apa ni, Faiz?" Maira bertanya sebaik sahaja mendengar penjelasan Faiz tentang Islam yang panjang lebar.

"Taubat" Faiz membalas, sepatah.

"Saya tak pandai" Maira terasa dirinya sangat jahil apabila berhadapan dengan Faiz.

"Tak apa. Saya akan ajar awak step by step. Cara solat fardhu, solat taubat dan sebagainya. Sudi tak, awak belajar dengan saya?" Faiz secara sukarelanya ingin mengajar Maira.

"Boleh ke? Tak menyusahkan awak?" Maira bertanya kepada Faiz.

"Tak, tapi sebelum tu awak kena belajar cara berwudhuk. Ni buku untuk awak belajar wudhuk" Faiz menyerahkan buku yang dibawanya kepada Maira. Sudah lama dia ingin memberikan buku itu kepada Maira. Tetapi, belum tahu bilakah masa yang sesuai.

"Terima kasih Faiz" ujar Maira seraya mengambil buku yang dihulurkan oleh Faiz.

Faiz mengajar Maira niat-niat solat fardhu dan juga niat untuk berwudhuk.

Keakraban mereka berdua menjadi perhatian Haji Ahmad.

Hari demi hari, Maira semakin pandai menjaga solatnya. Dia sudah malu untuk mendedahkan auratnya. Tapi, dia tidak mempunyai kekuatan untuk menutup aurat.

***

"Esah, abang rasa macam ada yang tak kenalah dengan Maira dan Faiz tu. Bercinta ke budak berdua tu?" Haji Ahmad menyatakan kegusarannya.

"Biarlah bercinta pun abang. Faiz tu baik budaknya" Hajah Esah membalas kata-kata suaminya.

"Baik, memanglah baik. Kalau selalu berjumpa, apa pula kata orang kampung nanti?" Haji Ahmad berterus terang.

"Alah, mulut orang memang tak boleh nak tutup bang. Apa yang saya nampak, banyak kebaikan yang dibawa kepada Maira. Semalam, saya dengar Maira baca Quran. Sebelum ni, saya tak pernah pun dengar budak tu mengaji. Solat pun tak pernah nampak" Hajah Esah pula menyatakan kesenangan hatinya.

"Betulkah?" Haji Ahmad bertanya, ingin tahu.

"Lah, betullah. Walaupun bacaannya tak berapa tepat, tak apalah. Sekurang-kurangnya dia cuba. Betul tak bang?" Hajah Esah pula memberikan pendapatnya.

"Betul tu." Haji Ahmad menyokong kenyataan isteri kesayangannya.

"Perghhh, sedapnya Maira mengaji" Firdaus memuji bacaan anak buahnya tetapi dalam nada yang perlahan. Hanya ibu bapanya sahaja yang mendengar pujian itu.

"Eh, Firdaus. Bila sampai?" Haji Ahmad agak terkejut melihat anak bongsunya di situ.

"Baru je, abah. Sedaplah Maira baca Quran. Bila abah ajar dia mengaji? Dia tu susah nak bentuk. Keras kepala macam apa lagi" dalam nada memuji, Firdaus sempat mengutuk anak buahnya.

"Siapa lagi? Si Faizlah yang ajar" Haji Ahmad membalas soalan anaknya sambil tertawa kecil.

"Bagusnya. Lama-lama nanti terbukalah hati Maira untuk menutup aurat. Mudah-mudahan" Firdaus melafazkan doa dan diaminkan oleh kedua ibu bapanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience