"Kesian cucu nenek. Mesti bosankan? Rumah nenek tak ada internet" Hajah Esah cuba berbasa-basi dengan cucunya, Maira. Dia begitu arif tentang masalah yang menyebabkan Maira terpaksa dipindahkan ke kawasan itu dan menetap dengannya. Pada mulanya, dia agak sedih. Namun, sedarlah dia bahawa Maira kekurangan kasih sayang. Maka, dia mengambil inisiatif untuk melakukan pelbagai perkara meskipun akan berhadapan dengan bermacam risiko.
"Taklah nek. Maira ok je. Nenek ajar Maira buat kuih, boleh?" Maira berpura-pura seperti tiada apa-apa yang berlaku. Dia cuba membahagiakan dirinya dengan menolong neneknya membuat kuih bagi dijual pada keesokan paginya. Hajah Esah memang terkenal di kampung itu kerana kuih yang dihasilkan semuanya sedap-sedap belaka.
"Eh, mestilah boleh. Tapi, esok Maira akan ke sekolah baru. Dah siapkan barang-barang?" Hajah Esah mengingatkan cucunya. Dia juga berasa kasihan dengan nasib Maira yang kekurangan kasih sayang ibu bapanya. Apabila Maira tinggal bersamanya di kampung, dapatlah dia meluangkan masa dan memberi kasih sayang yang cukup kepada Maira.
"Hmm dah nek," Maira membalas persoalan neneknya sambil tangannya mula menguli tepung seperti yang dilakukan oleh neneknya. Neneknya tersenyum melihat gelagat Maira. Baginya, Maira bukanlah seorang anak yang degil. Dia mudah sahaja dibentuk cuma silapnya adalah bila dia terlalu mengikutkan hati mudanya.
***
Keputusan peperiksaan pertengahan tahun Maira sangat memberangsangkan. Biasanya, subject sains tulen seperti add maths, Fizik Bio dan Kimianya akan gagal. Namun sebaik sahaja dia berpindah ke kampung, dia berazam untuk bersaing dengan budak-budak di kampung itu. Maka, dia menumpukan sepenuh perhatian di dalam kelas. Dia juga menyiapkan segala latihan yang diberikan oleh guru-gurunya.
Keputusan peperiksaannya menjadi kebanggaan nenek dan datuknya. Namun, keputusannya itu masih menjadi rahsia bagi ibu bapanya.
Maira menerima jutaan kata tahniah dari rakan-rakannya.
Pada suatu hari, paksunya membawa Maira ke bandar dan membelikan telefon bimbit kepada Maira. Baginya, dengan adanya telefon bimbit itu pasti anak saudaranya itu mudah untuk berkomunikasi dengan guru-gurunya.
Dengan menggunakan telefon bimbitnya itu, Maira juga memuat turun aplikasi fac. Tujuannya adalah supaya dapat berhubung dengan rakan-rakannya yang lain.
***
Di sekolah, Maira sering diusik oleh Faiz. Faiz merupakan seorang remaja lelaki seusia Maira dan dia juga sangat terkenal dengan sikap yang baik dan alim. Usikan Faiz tidaklah seteruk mana. Hanya memberi pickup line kepada Maira. Bagi Maira, lelaki tidak dapat dipisahkan dengan pickup line. Maka, Maira tidak begitu mempedulikan Faiz. Tetapi, Faiz tidak berputus asa. Setiap hari akan dicari peluang untuk berborak bersama Maira. Dia juga gemar membuat Maira tersenyum. Lama-kelamaan, dalam diam Maira mula meminati Faiz. Faiz pula sering meminta nombor telefon Maira. Walaupun Maira berkeras untuk tidak memberi nombor telefonnya kepada Faiz, tetapi Faiz tetap melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan nombor telefon Maira.
"Ala, bolehlah Maira. Saya janji dengan awak, saya takkan sebarkan nombor awak. Nombor awak pasti selamat berada di dalam telefon saya ni" Faiz memberikan jaminan bahawa dia tidak akan sekali-kali memberikan nombor telefon Maira kepada sesiapa.
"Tak bolehlah Faiz. Saya bukannya rapat dengan awak pun. Dahlah, saya tak sukalah awak macam ni. Nampak desperate" Maira membalas dengan nada yang jelas menunjukkan bahawa dia bosan dengan sikap Faiz.
Faiz diam dan membiarkan Maira berlalu meninggalkannya. Namun, di dalam hatinya kuat berazam bahawa suatu hari nanti Maira pasti menjadi miliknya.
Share this novel