7

Romance Completed 2960

"Allahu akbar!" Faiz bertakbir seraya menepuk dahinya. Haji Ahmad dan isterinya segera memandang Faiz.

"Lah, kamu ni kenapa Faiz? Tadi bukan main rancak bercerita" Haji Ahmad memandang Faiz. Hajah Esah menjemput Faiz dan Maira untuk bersamanya di pondok itu sebaik sahaja mereka selesai mencipta rocket untuk dipertandingkan pada minggu science dan mathematics itu nanti.

"Entah, Faiz ni" Maira membalas bersahaja sambil menghirup teh suam yang disediakan oleh neneknya.

"Tak atok, saya dah janji dengan Afiq. Nak melepak petang ni. Aduh, macam mana ni" Faiz mengadu sambil menekan-nekan telefon bimbitnya.

Sejurus kemudian, Maira mengeluarkan telefon bimbitnya juga. Dia menghubungi seseorang dengan menggunakan telefonnya itu. "Ha, waalaikumsalam. Afiq. Ni Maira. Faiz ada kat rumah saya sekarang ni. Kami buat rocket. Faiz ada dengan atok. Datanglah"

Faiz tergamam dengan perlakuan Maira. Dia agak terkejut kerana Afiq dan Maira tidak pernah berborak sebelum ni. Dia masih ingat bahawa Maira itu agak susah untuk didekati. Dia juga menggunakan pelbagai cara untuk mendekati Maira.

Tidak lama selepas itu, Afiq pun tiba.

"Pergh, bonding time ke? Homework dah siap ke?" Afiq menyapa Faiz sambil bersalam dengan Haji Ahmad. Diciumnya tangan lelaki tua itu penuh kasih dan hormat. Begitulah kelakuan Afiq dan Faiz. Mereka sangat menghormati orang tua. Budi pekerti yang baik menyebabkan keduanya disenangi orang ramai. Malah, mereka sering dijadikan rujukan oleh penduduk kampung berkaitan dengan kerja-kerja keceriaan di kampung itu. Sikap mereka yang tidak kekok dan mudah mesra menyebabkan mereka lebih disenangi.

"Taklah, kami baru siapkan rocket tadi. Homework apa? Kita ada homework ke hari ni?" Faiz membalas. Dalam masa yang sama, dia juga turut menyoal Afiq berkaitan dengan homework.

"Oh, lupa. sekarang minggu bahasa. memang tak ada homework la." Afiq membalas sambil mencapai biskut kering yang disediakan oleh Hajah Esah.

Hajah Esah tersenyum melihat keakraban Afiq dan Faiz itu. Mereka sangat rapat. Muka Faiz juga seiras dengan Afiq. Tidak hairanlah jika ramai yang tertukar antara Faiz dan Afiq.

"Kamu semua ni sekelaslah ya?" Haji Ahmad menyoal. Hatinya agak terhibur melihat telatah kedua-dua remaja lelaki di hadapannya itu.

"macam tulah atok. Bak kata orang putih, classmates" Afiq membalas selamba.

"Haha, pandailah kamu. Malam ni siapa yang jadi imam?" Haji Ahmad bertanya. Senang hatinya melihat telatah Afiq yang sering mencuit hati.

"Malam ni Afiqlah imam" Faiz berseloroh sambil memandang Afiq.

"Apa pula? Aku nak jadi bilal je. Kaulah Iz" Afiq menolak untuk menjadi imam.

"Taknak, aku dah jadi imam subuh tadi. Siap baca mathurat lagi." Faiz membalas sambil menjelir lidahnya ke arah Afiq.

Haji Ahmad dan Hajah Esah hanya tersenyum sahaja. Manakala Maira pula asyik berbalas whatsapp dengan rakannya, Amira dan Atikah.

"Yakah?" Afiq bertanya tidak yakin. "Pagi tadi seingat aku, ada as sajadah pada rakaat pertama" sambungnya lagi, meminta kepastian.

"Yalah, pagi tadi memang ada surah as sajadah" Haji Ahmad membalas kekeliruan Afiq.

"Tapi, atok. Si Faiz ni mana hafal surah tu. Kalau Hamzah, saya percayalah." Afiq membalas kenyataan Haji Ahmad.

"Weh, weh. Aku hafal surah as sajadah tu." Faiz cuba mempertahankan dirinya.

"Oh. Jadinya, malam ni Amarlah jadi imam. Haha" Afiq memberi kata putus.

"Hari ni jumaat kan? Haa, memang turn Amar pun. Eh, pukul 6 dah, minta diri dululah atok, nenek, Maira" Faiz menjernihkan semula keadaan seraya menyokong kenyataan Afiq. Dia juga meminta diri untuk pulang ke rumah.

Faiz kemudiannya bersalam dengan Haji Ahmad dan juga Hajah Esah. Perbuatannya ini diikuti oleh Afiq. Mereka berjalan beriringan untuk pulang ke rumah.

***

"Weh, Maira tu macam tak ada perubahan je. Ingatkan duduk kampung, dia dah jadi baik" Atikah bersuara seraya memecah kesunyian. Pada ketika itu, dia dan Amira berada dalam perjalanan menuju ke rumah Azura.

"Tu la, kau ingat senang ke budak liar macam kita nak berubah jadi baik? Aku rasa, sampai bila-bila pun Maira takkan berubah. Haha" Amira membalas kenyataan Atikah.

"Kesian Aunty Sofea. Haha" Atikah membalas sambil tertawa.

"Itulah, siapa suruh berlagak sangat. Macam bagus betul aunty tu. Kalau bagus, perfect, tak adalah anak dia nak join kita jadi macam ni" Amira membalas.

Kereta yang dipandu Amira akhirnya tiba di rumah Azura.

"Hey girls!" Azura menyapa sahabatnya sebaik sahaja memasuki kereta.

"Hey babe" Amira membalas sapaan Azura.

"Kita nak pergi mana pula malam ni?" Azura bertanya. Dia kelihatan sangat teruja untuk menghabiskan masa bersama rakan-rakannya.

"Kita nak pergi melepak. Ada cerita panas fasal Maira" Amira menjelaskan motif mereka pada malam itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience