BAB 8

Romance Completed 6213

“Kak Dara sangat cantik.”

Budak ni memang tak reti nak senyap. Mulut sentiasa berceloteh. Aku pula jadi kera sumbang sebab tak pandai nak bergaul dengan orang yang baru aku kenali. Tapi Khayla. Sejak dia duduk sebelah Qays Safaraz dalam kereta sampailah kami berhenti makan di Alamanda, Putrajaya ni, tak pernah sekali pun aku dengar dia berhenti bercakap. Ada saja modalnya nak bercerita. Lucu pula aku tengok.

“Taklah. Biasa je. Tak cantik macam Khayla.”

Betullah. Dia memang cantik. Bila senyum, aduhai, aku yang perempuan ni pun boleh jatuh suka dekat dia. Patutlah Qays Safaraz yang tak pernah senyum tu boleh senyum bila bersama budak ni. Bicara dia sentiasa lawak. Sengal tak hengat. Pertama kali aku jumpa orang yang sangat ceria dan bawa aura ceria juga pada orang lain. Kalau aku, mesti bawa aura mendung sebab aku ni hanya ramah pada orang yang rapat dengan aku je.

“Lama dah akak kenal Bang Qays?”

Dia masih rajin mengorek cerita walaupun dalam keadaan mulut penuh begitu.

Aku berfikir-fikir sebentar. Berapa lama ye aku kenal lelaki muka ketat tu? Tak ingat pula aku.

“Boleh la. Tak lama pun. Akak kerja dekat kedai alat tulis Double SQS. Dia selalu datang sana. Dekat situ la akak kenal dia.”

Hentam sajalah. Takkan nak cerita benda sebenar pula. Bukan peel aku nak main cerita benda dalam kelambu pada orang yang tak rapat dengan aku.

“Oooo…patutlah macam pernah tengok baju kerja Kak Dara ni. Bang Qays memang selalu datang situ sebab dia bos besar situ jugak. Bang Syafiq tu saya tak pernah jumpa lagi. Tapi Bang Qays selalu cerita tu adik dia.

Dulu kalau Kak Dara nak tahu, Bang Qays la yang bukak kedai alat tulis tu. Bang Syafiq pula dilatih oleh Dato’ untuk handle QS Global. Bang Syafiq study business sampai Harvard tau. Tapi Dato’ Razeef hantar Bang Qays study bisnes dekat sini-sini je. Ish, tak baiknya cerita tapi tu la. Nak cerita jugak. Saya kesian dengan Bang Qays sebenarnya. Dari dulu lagi Dato’ selalu beza-bezakan anak-anak dia.

Asalnya QS Global nak beri pada Bang Syafiq untuk uruskan tapi….Bang Syafiq tak mahu. Dia nak abang sulung dia juga jadi bos. Teruk juga Bang Qays kena marah dengan Dato’. Katanya Bang Qays sengaja hasut adik dia supaya buat perangai sedangkan hakikatnya, Bang Qays tak tahu pun Bang Syafiq akan membentak goyang kaki dekat rumah lepas balik dari oversea.

Dah macam drama kan family diorang? Tapi tu la yang berlaku tau. Bang Qays tu dah puas bersedih dalam hidup dia. Saya tahu, dia rindu nak jaga Double SQS semula. Dia selalu cerita dekat Bang Ren, abang saya tentang kerinduannya pada kedai hasil titik peluh pertama dia tu. Diorang tu bestfriend. Sekarang ni dia nak pujuk Bang Syafiq masuk balik QS Global. Berjaya atau tak, saya tak pasti lagi.

Kak Dara, Kak Dara jangan cerita dengan sesiapa yang saya bagitau Kak Dara tentang ni. Ni rahsia kita ek. Saya suka dekat Kak Dara. Nampak hidup Bang Qays macam dah nak lengkap bila saya tengok dia datang bawa Kak Dara tadi. Sebelum ni mana pernah dia bawa perempuan jumpa saya. Saya rasa dia dah jatuh cinta dengan akak la.”

Ayat terakhir Khayla sipi-sipi masuk dalam telingaku kerana otakku dah berselirat mendengar cerita Khayla mengenai Qays Safaraz. Antara nak percaya dan tak percaya saja. Tapi hatiku yang dah terkesan dengan cerita sedihnya dah mula rasa Khayla tak menipu. Patutlah dia pernah tanya aku dulu…persoalan tentang pen dan adik-beradik. Rupa-rupanya….

“Mengumpat abang ke tu?”

Qays Safaraz yang baru tiba dari surau menarik kerusi di sebelahku lalu melabuhkan punggungnya di situ. Seram sejuk diri ini kerana merasakan diri kami cukup rapat ketika ini walaupun ada sedikit jarak yang memisahkan. Kenapa dia duduk sebelah aku? Tadi kan dia duduk sebelah Khayla.

“Mana ada mengumpat? Kami bercerita saja, kan Kak Dara?”

Tertunduk aku menyimpan senyum. Budak ni memang tak ada perasaan. Selamba saja dia berlakon seolah-olah tak ada apa-apa yang berlaku. Aku pula yang serba-salah sebab tak biasa menipu.

“Betul ke?”

Dia berbisik pula padaku. Bila aku toleh padanya, berubah air mukaku melihat Qays Safaraz sudah merebahkan kepalanya berbantalkan lengan sendiri di atas meja makan kami. Manjanya dia. Segan pula aku rasa. Renungannya yang amat lembut menikam terus ke mataku hingga ke dasar. Tak seperti renungan tajam yang selalu diberikannya dahulu. Hati aku mula diusik perasaan aneh.

“Bang Qays….”

Khayla memanggil, menghentikan drama pandang-memandang kami. Serentak aku dan Qays Safaraz mengalihkan pandangan ke arah si cantik manis ini. Muka aku dah blushing, penangan tenung anak teruna orang lama-lama. Huhu… Harap Khayla tak nampak kami berdua hanyut dalam perasaan tadi.

“Nak tambah makanan lagi ke?” Soal Qays Safaraz bodoh. Dia seperti terpinga-pinga.

Aku rasa nak gelak dengar pertanyaannya. Perli Khayla ke apa? Tiga kali kot dia belikan Khayla laksa. Semua dah licin dibedal. Kalau dia tambah laksa lagi, haih, aku risau Khayla akan masuk wad saja.

“Hehe…Dah kenyang, tak boleh masuk dah. Walaupun teringin, tapi dah tak muat. Perut Khayla dah full.”

Khayla tersengih-sengih sambil menepuk perutnya. Kali ni aku tak tahan dah. Terkeluar terus gelak aku setelah melihat budak comel ni sibuk tersandar kekenyangan dekat kerusi. Kuat betul dia makan. Tapi badan….maintain kurus.

“Bang Qays handsome bila senyum tutup mulut malu-malu gitu. Kak Dara daripada cantik berubah jadi jelita bila dia ketawa lepas macam tadi. Bang Qays….Khayla sokong.”

Sokong? Apa pula yang Khayla maksudkan ni? Hish, tak fahamlah aku.

“Thank you sebab sokong pilihan abang. Tapi nak tanya sangat-sangat ni. Jawab dengan jujur tau. Antara kami berdua, mana satu yang handsome? Bang Qays ke Abang Kuda Khayla?”

“Abang Kuda Khayla la. Of course. Dia mana boleh ditandingi. Haha…tapi untuk hari ni je. Bang Qays lagi handsome daripada Doktor Razin sebab Bang Qays dah belanja Khayla makan laksa sampai tiga mangkuk. Terima kasih Bang Qays. Nanti belanja lagi ye.”

Khayla tunjuk tanda ‘peace’ dan aku bersama Qays Safaraz kekal ketawa melihat keselambaannya itu. Budak ni, walaupun baru kenal, aku rasa dah mula sayang dan mesra dengannya. Dia memang sempoi. Seketika pandangan aku dan Qays Safaraz kembali bercantum. Dia yang sedang ketawa besar automatik naikkan tangan kanannya ke tepi bibir, menutup senyumnya daripada pandanganku.

‘Senyumlah awak, kalau itu dapat merawat hati awak yang tak pernah bahagia selama ni…saya suka tengok awak senyum…’

Kini aku bertekad, bertekad untuk membuatkan Qays Safaraz senyum semula tanpa perlu menahannya lagi. Juga kerana rasa cinta yang mula berputik buat lelaki ini…..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience