BAB 3

Romance Completed 6213

10.50? Semput, semput! Sah bulan pertama kerja, gaji aku tak setimpal dengan kerja yang aku lakukan. Sebab bawa kereta ayah punya pasal, parking depan kedai Syafiq dah penuh diambil pelanggan. Geramnya!! Pasal tu aku suka bawa basikal. Letak celah dinding kedai pun boleh. Tak perlu susah-payah memikirkan masalah letak kereta yang kronik di kawasan kedai tiga tingkat Taman Seri Bahagia ni.

Setelah tiga kali aku tawaf cari parking, akhirnya jumpa juga satu petak kosong di belakang kedai 7 Eleven. Selamat! Baru nak matikan enjin, aku nampak pegawai majlis daerah sedang membuat rondaan. Ah, sudah! Satu kereta dah selamat dapat surat cinta kerana tuannya tak bubuh kupon letak kereta dekat atas dashboard.

Mujur aku nampak insiden saman-menyaman ni. Kalau tak, mesti kereta ayah pun senasib dengan kereta Mercedes tu. Sambil teraba-raba mencari kupon, aku mengeluarkan duit syiling dari dalam dompet. Dapat saja sepuluh sen, rakus aku menyelak buku, mencari kupon yang masih belum digores.

“Julai 27, Julai 30….Ogos 3…Ogos 6…aiseh…makin nipis buku ni. No!!! Janganlah takde satu pun yang tak bergores lagi. Sejam je. Sejam je. Dah punch karang aku keluar pergi 7E kejap beli kupon baru.”

Aku cari lagi dan mencari hingga akhirnya aku pasrah pabila kesemua kupon milik ayah telah pun habis bergores. Huwaaa!!! What a bad day!

“Pakcik!!!”

Gasak. Kelam-kabut punya pasal, dengan beraninya aku mendapatkan pegawai berbaju biru navy yang sedang mengeluarkan satu saman baru pada kereta di hadapanku. Kedua-duanya pandang aku serupa nak telan. Garanglah konon-kononnya tu. Pakcik. Senyum tu kan awet muda. Buat apa nak buat muka masam? Tak baik. Boleh lagi aku membebel di saat-saat genting begini.

“Saya punya kupon semua dah kena gores. Saya nak pergi beli dekat 7E kejap. Kejap je. Tak sampai seminit. Kalau pakcik tak percaya, pakcik tunggu sini, tengok betul ke tak saya keluar bawak kupon. Boleh kan?”

Sesuka hati saja aku panggil mereka pakcik. Patutlah muka masam tak mahu senyum. Bila aku telek-telek semula wajah mereka, pangkat abang saja pun. Aduh, maaflah. Aku tengah panik. Tak boleh nak ubah panggilan tu jadi manis-manis sikit.

“Haa, cepatlah. Kami tunggu sini.”

“Terima kasih!!!”

Tak tunggu lama, mencicit aku lari masuk ke dalam 7E. Tak ramai orang. Seorang dua saja sedang tunggu nak buat pembayaran. Aku terus beratur di belakang seorang lelaki tinggi memakai kemeja putih dan bertali leher ungu. Sambil menunggu kakak di depan sekali mengira barang yang dibelinya, aku menelek pemuda tegap di hadapanku ini. Segaknya pergi kerja pakai kemeja.

Aku suka lelaki pakai kemeja. Dulu, lepas aku habis belajar di Universiti, aku selalu berangan-angan nak kerja di syarikat besar-besar. Boleh tengok orang smart setiap hari. Apakan daya. Nasib tak berpihak padaku. Susah sangat nak dapat kerja, ambil exam SPA dan jalani Assessment Centre berkali-kali, kerja satu pun aku tak dapat. Asyik gagal saja. Akhirnya putus harapan, aku memohon jadi sales coordinator di kedai Syafiq. Dan di situlah aku menabur baktiku. Baru seminggu saja pun aku kerja. Propa sangat macam dah bertahun pula aku kerja, ya tak?

“Kupon parking satu buku.”

Aku tarik keluar satu not sepuluh ringgit dari dalam dompet apabila sampai giliranku.

“Alamak dik. Dah habislah. Abang hensem tu yang last beli.”

Pekerja 7E menunjuk pada lelaki segak berkemeja putih itu tadi. Terteleng kepala aku mengikut arah gerakan jarinya. Pandangan dah memusat pada lelaki yang sedang memasukkan berkoyan-koyan baki duitnya ke dalam saku dompet di sebelah mesin Slurpee. Tajam juga mataku. Dapat aku lihat brand dompet yang dipegangnya itu. Tommy Hilfiger. Wuiyoo….

“Bila nak restock?”

Ada ke restock? Aah, hentam sajalah. Abang-abang majlis bandaran masih mengelilingi kereta ayah. Nak tak nak aku kena ada satu kupon jugak. Tak boleh tidak.

“Esok.”

Aku terasa roh Harry Potter dan Sirius Black makin banyak disedut keluar oleh Dementor. Perkataan esok itu sangat mengerikan bagiku. Sambil senyum nipis, aku segera meninggalkan kaunter 7E. Berkira-kira mahu bersemuka dengan abang-abang majlis bandaran itu. Tak guna aku panjangkan cerita lagi. Bersiap sajalah sediakan alasan untuk lepaskan diri aku daripada disaman.

“For you….”

Dalam keadaan mamai-mamai dengan mata tak berkalih pandang ke kereta, perjalananku dihalang oleh satu suara garau. Aku tenung buku kupon letak kereta yang tersua ke mukaku.

“Satu dah cukup bagi saya…”

Sreett!!

Penuh dramatik si dia mengoyakkan satu kupon berjumlah empat puluh sen di depanku. Dah beri padaku, terus dia melangkah pergi. Aku yang baru tersedar dari mimpi yang lena, seperti terkena renjatan 1 juta voltan terus berlari mengekorinya. Niatku hanya satu. Aku nak ucapkan terima kasih pada encik baik hati itu kerana sudi memberi aku kuponnya selain nak bayar baki RM 3.60 lagi kepada dia. Mana mungkin aku terima buku kupon ini secara percuma? Ayah dah ajar aku jangan mudah terima pemberian orang. Jika nakkan sesuatu kena usaha sendiri sampai berjaya.

“Encik!!! Tunggu…..”

“Dik oi. Kuponnya mana? Kami banyak kerja lagi ni. Bukan nak tunggu kereta awak saja semata.”

Huhu!!! Dengan langkah geram, aku halakan semula diriku ke kereta ayah. Dah puas hati sebab aku dah gores sehingga tiga keping kupon, abang-abang pegawai majlis bandaran terus meninggalkan aku. Aku menoleh semula ke arah tempat terakhir lelaki berkemeja putih itu berada. Kosong. Bayangnya langsung aku tak nampak. Rasa kesal bertapak di sanubari.

Lagi buat aku terkilan, sepanjang dia tunjuk buku kupon di dalam 7Eleven tadi, mata aku bukannya nak pandang muka dia pun. Sibuk mata ni terarah pada kupon saja. Nampak sangat aku ni kelahap kupon kan sampai orang dah buat baik pada aku pun, aku tak reti nak berterima kasih. Harap-harap kami terserempak lagi suatu hari nanti di mana-mana. Suara dia yang sedap didengar itu dah jadi ringtone kegemaranku. In Shaa Allah aku akan ingat sampai bila-bila suaranya….mungkinlah! Kalau kepala aku tak ting-tong dengan jeritan Syafiq lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience