BAB 12

Romance Completed 6213

Qays Safaraz sudah lama tak menjejakkan kakinya ke Kedai Alat Tulis Double SQS. Order pun sudah jarang dibuat kepada kami. Kadang-kadang ada juga aku nampak Syafiq bawa balik rumah berkotak-kotak post-it-note, A4 paper dan macam-macam lagi. Tapi nak bertanya aku segan. Ketara benar aku nak tahu perihal abangnya bukan? Bila aku mesej dia, lama kemudian, kadang-kadang cecah berhari-hari juga, baru Qays Safaraz balas. Itupun dia kata dia tengah banyak kerja. Sibuk. Tak boleh diganggu. Puas aku pujuk hati supaya bersabar dengan kedinginannya itu.

Bila dia jarakkan diri begini, aku kembali teringatkan Ukail. Ukail yang suatu masa dahulu pernah berjanji akan tetap menjadi kawan aku walaupun dia telah berkahwin. Tapi akhirnya Ukail tinggalkan aku. Paling sedih, Ukail minta Faralisa berikan cincin anyam aku yang dipegangnya sebagai tanda dia memutuskan persahabatan kami. Bilangnya, lelaki yang dah berkahwin tak manis berkawan dengan perempuan lain. Dia nak jaga hati isteri dia. Baginya, isteri dia kini adalah sahabat baik dia. Satu-satunya sahabat baiknya.

Adakah Qays Safaraz pun akan ulang benda yang sama juga? Benda yang sama Ukail lakukan padaku? Meremuk-redamkan hati ini setelah rasa kasih dan sayang tumpah padanya? Malam itu, buat kesekian kalinya aku menyerahkan segala permasalahanku pada Ilahi. Dalam sujudku aku menangis. Jika Qays Safaraz ditakdirkan untukku, biarlah dia datang dengan cara yang baik bertemu ayah. Jika dia bukan yang Allah ciptakan untukku, aku berdoa agar hidup dia akan beroleh kebahagiaan selama-lamanya dan berharap kami akan kekal menjadi kawan baik.

Dia memang tak pernah berjanji mahu menjadi kawan aku. Dan dia pun tak pernah luahkan mahu berkasih sayang dengan aku. Mungkin cuma aku yang perasan dia sukakan aku. Tuhan, kuatkan imanku. Jadikan aku manusia yang tak lalai lagi. Juga jadikan aku manusia yang tidak sewenang-wenangnya meletakkan janji, yang mungkin bisa aku mungkiri……

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience