BAB 13

Romance Completed 6213

“Chillax!!! Hari ni kan birthday aku. Tak bestlah tengok muka kau monyok je.”

Adik ipar tak jadi aku berusaha mengajak aku ketawa. Aku mencebik namun tugasan menyusun stok buku cerita kanak-kanak tetap aku laksanakan dengan jayanya. Syafiq duduk bersilang kaki menghadapku. Dengan rajinnya dia membantu aku membuka plastik putih pembalut buku itu dengan cermat. Senang hatiku sebab ada yang sudi meringankan kerjaku. Boleh siapkan dengan cepat.

Lagipun masa makan tengahari aku dah nak sampai. Aku tak sabar nak keluar pergi pekena Nasi Ulam yang baru dibuka dekat kedai seberang jalan sana. Dengar cerita Munib semalam, ada banyak lauk dijual dekat sana. Dan Nasi Ulam dia yang terbaik sekali. Kecur liurku. Tak boleh tunggu-tunggu dah. Rehat saja, memang aku jadi ‘beep beep’ tahap maksimum terjah Restoren Omak Den.

“Berapa banyak kali kau nak sambut birthday dalam setahun? Minggu lepas kau cakap hari Selasa hari tu birthday kau. Hari ni…hari Khamis ni pun kau cakap hari ni birthday kau. Bengong la kau ni, Syafiq. Tak tahu mana satu yang betul.”

Ketawa juga aku bila Syafiq buat hidung kembang sebelum sempat aku habiskan ayat. Mujur tak berbekas saja bentuk buku ni dekat mukanya setelah aku mengingatkan diri bahawa dia yang sempoi ini, adalah bos di tempat aku bekerja sekarang. Kalau tak naya saja kena tolak gaji dua ratus ringgit.

“Gelak pun. Aah, suka hati akulah nak declare bila hari jadi aku. Tak effect kau pun.”

Dia tergelak-gelak. Tapi sekejap saja sebelum renungan dia kembali layu. Satu hembusan dilepaskan dan aku terus angkat muka bila tengok Syafiq berhenti membuka plastik pembalut tetiba. Apa kena bos aku ni?

“Kau teringatkan Qays ek?”

“Taklah. Mana ada….” Laju aku membangkang. Siap menggeleng-geleng lagi. Syafiq lekas mencebik.

“Eleh. Nak menipu konon. Aku tahulah kau teringatkan abang aku tu. Kau rindukan dia sebab dah hampir sebulan dia tak jejakkan kaki di sini. Terus-terang je la, Rara. Bukannya ada sesiapa pun dekat sini. Ada kau dan aku je. Orang lain takkan dengar perbualan kita. Cakap! Kau rindu Qays kan? Kannnnnn?”

Geram pulak aku bila Syafiq asyik nak provok aku. Rasa nak patah-patahkan saja jari telunjuknya yang tengah menuding pada aku tu tapi mengenangkan kami berdua bukannya mahram pun, terus aku balas sambil beri jelingan paling tajam pada dia. Itu yang terbaik daripada bagi tumbukan manja pada bahu dia pula. Dia dapat dosa, aku pun dapat sama. Tak mahulah.

“Siapalah aku nak rindukan Qays? Kami bukan kawan pun. Girlfriend dan boyfriend jauh sekali. Lainlah kau. Kau kan skandal aku. Orang banyak gosip pasal kita apa? Senang-senang, kau pun takde makwe kan? Apa kata kita berdua je jadi couple? Nak tak?”

“Serius kau nak dekat aku yang tak ada apa-apa ni?”

Syafiq buat muka teruja. Gelak besar aku bila dia bertukar lain macam sangat. Suka menyakat naa. Bila dia masuk mood sengal dia, aku pun rasa nak jadi sengal juga. Terus aku mengangguk pantas.

“Seriuslah aku nak dekat kau. Kau handsome apa? Anak Dato’ lagi. Memang ciri-ciri lelaki idaman aku la nak buat stok suami.”

“Habis tu Qays?”

“Qays Safaraz? Eleh….dia tu stok spare tyre boleh la. Beku, siapa mahu?”

Uh, berdosanya aku cakap macam ni. Walaupun sekadar bergurau, hati aku tetap terasa ketat bila meluahkan kata-kata itu.

“Bro….eh, kenapa datang tak bagitau?”

Dalam aku sibuk menyesali keterlanjuranku menghina abangnya, tetiba aku ternampak Syafiq bangun dan mendapatkan seseorang di belakangku. Bro? Jantung aku rasa nak gugur. Takkanlah…..

“Baru sampai. Sempatlah dengar tentang spare tyre semua tu.”

Oh tidak! Itu suara lelaki yang amat aku rindui selama ini. Aku segera berpaling. Pucat lesi mukaku sewaktu bertentangan mata dengannya. Wajah Qays Safaraz muram sekali. Sedih. Aku rasa nak menangis. Bila dia berpusing dan terus berlalu meninggalkan kami, aku terus bangun dari dudukanku. Panggilan Syafiq yang memanggil-manggil namanya tidak langsung diendahkan. Qays Safaraz terus menapak menuju ke tangga.

“Syafiqqqqq…..” Air mata aku dah meleleh. “Aku…aku tak maksudkan pun ayat aku tadi…aku gurau je.”

“Aku tau….” Syafiq turut sama berduka. “Qays tengah kecewa sangat tu wei. Kau pergilah kejar dia. Terangkan dekat dia perkara sebenar.”

“Aku takut dia tak nak dengar cakap aku….”

Teruk dah aku meraung. Tangga yang dah tak nampak bayang Qays Safaraz terasa jauh untuk digapai sedangkan beberapa tapak saja ia terletak dari tempat aku berdiri ini.

“Belum cuba belum tahu. Pergilah. Karang dia dah masuk dalam kereta dia karang kau jugak yang menyesal.”

Tanpa melengahkan masa, aku terus berlari meninggalkan Syafiq keseorangan. Dengan jejeran air mata, aku memanggil-manggil nama Qays. Munib, Pojie dan Feeya yang kebetulan berada di tingkat bawah terus tunjuk ke arah Qays Safaraz tuju selepas keluar dari Double SQS. Berpandukan tunjuk arah mereka, aku ternampak kelibat Qays Safaraz yang sudah menekan alarm kereta Subarunya di belakang bangunan kami. Terus aku lajukan larianku. Nak menahannya dari pergi meninggalkan aku.

“Qayyyysssssss!!!!!” Jeritku bersulam tangis. “Awak, jangan pergi dulu. Dengarlah cakap saya ni…”

Mujur tak ada orang langsung di sini, jadi bolehlah aku melalak sepuas hatiku. Qays Safaraz yang dah kaku di tepi keretanya pantas menoleh menghadapku. Dengan belakang tangan aku jadikan ‘kain’ untuk mengelap air mataku, aku merenung ke dalam mata sepet lelaki yang aku cinta sepenuh hati ini. Hancur hatiku melihat ada mutiara yang bertakung di situ. Pasti dia tengah menahan sedihnya. Allah. Mulut aku ni pun perlukan insurans juga. Bukan setakat kepala saja, mulut pun kena ada insurans. Tak boleh tidak. Sebabnya, kerana mulut aku yang tak reti cakap baik-baik inilah, ada hati yang dah terluka.

“Lima minit…”

Dalam menahan suaranya yang dah bertukar serak, dia memberikan aku masa untuk membetulkan kesilapanku semula. Aku melangkah setapak ke hadapan. Tak mahu jauhkan jarak antara kami berdua. Aku mahu dia dengar isi hati ini, segala-galanya. Lalu, dengan deraian air mata yang masih degil mahu berhenti, aku merenung ke dalam matanya. Lembut.

“Apa yang awak dengar dekat dalam kedai tadi, tu semua tak benar. Saya bergurau je dengan Syafiq.”

Aii…teruknya pengakuan. Mesti Qays Safaraz takkan percaya cakapku. Bila aku nampak dia tersenyum sinis, sahlah dia memang tak terkesan langsung dengan peneranganku itu. Macam mana aku nak pujuk hatinya ni?

“Mata saya tak buta, telinga saya pun tak pekak lagi Dara Hani. Awak mengaku awak sukakan Syafiq dan anggap saya ni hanya spare tyre untuk awak hilangkan bosan. Ya kan?”

“Tak! Ya Allah, tak. Demi Allah, bukan itu yang berada di dalam hati saya. Apa yang awak dengar tu, semua dari mulut saya. Bukan lahir dari hati saya yang tul…”

“Apa-apalah. Saya banyak kerja nak buat dekat pejabat. Assalammualaikum.” Dia mula membuka pintu.

“Qaysss…..”

Di luar sedar, aku menarik lengannya. Kugenggam erat tak mahu lepaskan dia pergi dengan membawa hati yang terluka. Aku mahu leraikan segala kekusutan ini. Tak sangka tindakanku itu membuatkan muka Qays Safaraz bertukar menjadi merah jambu. Turun naik dadanya menghela nafas. Aku pejamkan mata rapat-rapat. Kalau dia nak marah aku sentuh dia, marahlah. Tapi aku nak….

“Saya cintakan awak.”

Dang! Aku yang cakap dulu aku sukakan dia. Janganlah dia fikir aku ni perigi, terhegeh-hegeh mencari timba sendiri.

“Qays Safaraz….saya mahu hidup bersama dengan awak. Saya nak pergi jalan-jalan dekat Zoo tengok ungka lagi. Saya nak lepak tepi tasik sambil dengar cerita awak tentang kisah hidup awak. Saya nak ajak awak berkanu dekat Tasik Ayer Keroh, beri itik makan dan naik beca dekat Melaka. Saya nak teman awak lawat kubur mama awak. Saya nak potong jalan awak dan bercerita pada mama awak terlebih dahulu. Saya nak tolong jaga dan bersihkan kubur mama awak, sedekahkan Al-Fatihah pada mama awak. Lepas tu saya nak ajak awak pergi jumpa mama saya pula. Kita buat benda yang sama kita buat pada mama awak dekat mama saya. Sama-sama. Saya tak nak pergi dengan orang lain. Saya hanya nak pergi dengan awak je. Kalau awak benci saya, macam mana saya nak buat semua tu?”

Uhh…buruknya muka aku menangis. Tapi setiap kali aku menuturkan perkataan itu padanya, hati aku memang ikhlas meluahkan. Qays Safaraz merenung aku lembut. Dari masam mukanya, perlahan-lahan aku nampak riak itu bertukar kepada…manis? Aku terpana.

“Dara Hani…”

“Ya?”

Buk!

Tak sakit macam yang Syafiq selalu buat dekat aku, tapi pening-pening lalat jugalah kepala ini kena jentik dengan dia. Terkebil-kebil aku kerana tak memahami tujuannya buat aku begitu.

“Siapa suruh awak luahkan perasaan awak pada saya dulu?”

“Tak boleh ke?” Lurus aku bertanya. Tergigil-gigil bahu Qays Safaraz menahan tawa. Sampai sepet-sepet mata dia menggelakkan aku.

“Arghhhh!!!”

Dengan sekali jeritan, berterbangan burung merpati yang sedang mencari makanan di belakang deretan kedai ini dek terkejutnya mereka tatkala mendengar bunyi suara petir lelaki kecintaan aku ni. Aku turut pegang dada yang tak henti berdegup kencang. Apahal dia menjerit?

“Sebenarnya saya dah tahu awak cintakan saya, Dara Hani. Awal lagi.”

“Siapa yang bagitau? Syafiq?”

Tak ada orang lain, mesti mamat kepoh tu juga yang cakap. Percayalah.

“Na’ah. Bukan Syafiq. Orang lain…”

Aip, kalau bukan adik dia, siapa lagi yang tahu aku cintakan dia? Setahu aku, aku tak pernah pun lepas cakap pada sesiapa pun mengenai perasaan aku ni. Syafiq sajalah yang tahu sebab dia BFF aku tu….

“Siapa?” Tanyaku tak sabar.

Qays Safaraz senyum lebar, sama seperti senyumannya pada Khayla dahulu. Aku rasa nak bawa saja dia masuk kedai semula. Kasi fotostat muka senyum dia tu sebab buat julung-julung kalinya, aku nampak senyuman yang selama ini sering dia lindungkan dari pandangan kami semua.

Siapa kata dia hodoh bila senyum? Hanya orang hati busuk saja akan kata begitu. Bagi aku, senyuman Qays Safaraz paling indah sekali sebab ternyata senyum dia senyum ikhlas. Ramai orang boleh senyum tapi nak beri senyuman ikhlas, tak semua orang mampu melakukan. Tapi Qays Safaraz, bila dia tarik senyum lebar begitu, terpancar segala yang berada di dalam hatinya. Keikhlasan…..

“My future father-in-law. Ayah awak yang beritahu pada saya Dara Hani sewaktu saya minta izin dia nak bawa awak ke Melaka dulu. Ayah awak kata, anak dia ada perasaan pada saya. Dia risau kalau saya main-mainkan awak dan buat benda tak senonoh dekat anak dia. Tapi saya yakinkan ayah awak, saya akan jaga awak baik-baik. Takkan sesekali sentuh awak selagi awak tak jadi milik saya yang sah. Saya hanya nak perkenalkan awak pada mama saya je sebab lepas balik dari Melaka, saya memang terlalu sibuk dengan kerja di samping menguruskan perkahwinan saya tak lama lagi. Bimbang tak sempat nak pergi lawat kubur mama.”

“Awak nak kahwin?”

Menangis lagi aku. Dalam keadaan otak aku yang tengah tak berapa nak stabil ni, boleh pula aku bingung tentang siapa gerangan pengantin perempuan yang dia maksudkan.

“Dara Hani…saya tak pandai nak romantik. Saya tak pandai nak karang ayat buat perempuan cair dengan saya. Saya banyak kekurangan. Muka pun tak kacak mana. Saya dibenci ayah kandung saya sendiri. Malah mungkin juga dibenci awak jika saya tak dengar sejak dari awal perbualan awak tadi. Awak…bukan awak seorang saja yang dah jatuh cinta tau. Sebenarnya masa awak datang dekat ofis saya dulu masa gantikan Syafiq hantar barang, saya dah pun jatuh cinta awal-awal lagi.”

“Ye ke? Masa bila?”

Qays Safaraz kembali ukirkan senyuman membuatkan aku semakin terpaut pada gerakan bibirnya tu. Parah!

“Ingat lagi? Stop the lift!!!!!”

Aaaa…part tu. Aku tunduk merenung lengannya yang dah bebas dari pelukanku. Sambil menguis-nguiskan kaki ke dada jalan, aku mengangguk dan tersengih-sengih mengenangkan peristiwa memalukan itu.

“Sumpah, awak cute sangat. Kelam-kabut awak membuatkan hati saya terpaut. Penuh drama awak tahan lif yang saya nak naik tu. Saya nak gelak tengok aksi awak tapi saya tahan senyum saya dan buat muka garang. Pekerja-pekerja saya memang pandai berlakon. Sekali saya bagi isyarat, memasing pura-pura takut dan tak mahu naik lif sama. Diorang nak bagi can kita berdua-duaan masa tu. Awak mungkin tak sedar. Sebenarnya banyak kali juga saya tengok awak. Curi-curi tengok. Bila rasa awak nak pandang saya je, saya pandang tempat lain dulu. Dan memo daripada Syafiq la membuatkan saya lagi berkenan pada awak.”

Ya, memo tu. Aku nak sangat tahu apa isinya tapi bila Qays Safaraz dah merapatkan tubuhnya semula padaku, aku terus terlupa nak tanya. Mendongak aku memandang lelaki yang tinggi berinci-inci daripada aku ni.

“Saya nak peluk awak…..”

Tak boleh!!!

“Saya nak kiss pipi awak tu.”

Nehiiiii!!!!

“Tapi saya tak mahu buat semua tu sebelum kita berkahwin. Saya tak mahu ulang kesilapan orang tua saya.”

Lega hatiku.

“Dara Hani….sebulan saya tak contact awak, saya sibuk hiaskan rumah baru saya. Saya bawa masuk semua perabot dalam rumah. Saya minta Ren dan Khayla carikan saya wallpaper cantik sebab Syafiq kata awak ni gila Vanilla Coklat. Rumah awak, kalau boleh awak nak ada warna vanilla dan coklat tapi disebabkan saya tak berapa berkenan warna vanilla, saya serahkan pada dua beradik tu mencari. Nak cari sendiri takut termuntah pula. Sekarang, semuanya dah serba sempurna. Pagi tadi…saya dah minta izin pada papa awak dan saya dah dapat lampu hijau. Kini…saya nak tanya anaknya pula. Rumah saya tu ada kurang satu saja lagi. Dara Hani Azelan….awak nak kahwin dengan saya tak?”

“Bila?”

Selenga lagi mukaku. Demi Allah, aku tak tahu nak fikir apa sekarang. Semuanya terasa kosong. Nak kata aku tak excited, aku memang tengah excited tahap nak lompat sampai ke bintang tapi entahlah. Tak tahu mengapa, boleh pula otak aku tak mencerna dengan baik ketika ni. Pasal tu aku boleh cakap benda merapu. Orang tanya ‘nak kahwin tak dengan dia’, aku pergi bantai tanya ‘bila’ pulak. Ish, ish, ish.

“Minggu depan…”

Dia mula merangka-rangka rancangan. Terbeliak mataku mendengar jawapan Qays Safaraz. Minggu depan? Biar betul?

“Cepatnya….”

“Dah tak sabar nak peluk awak ni.” Usiknya tapi dengan muka serius. Erk!

“Nak kahwin dengan saya?” Soalnya sekali lagi. Aku toleh ke arah rakan sekerjaku yang datang meninjau di sebalik dinding.

Semua ada termasuk Syafiq sekali. Entah siapa yang jaga kedai aku pun tak tahu. Bila aku nampak Syafiq, Munib, Pojie dan Feeya tunjuk ibu jari memasing, sambil tunduk menyimpan senyum, aku terus mengangguk.

“Yeayyyyy!!!!!”

Diorang yang melebih-lebih. Qays Safaraz raup tangan ke muka sambil ucap Alhamdulillah.

“Janji ya. Minggu depan kita kahwin.” Dia mengingatkanku.

“In Shaa Allah. Kalau diberi kesihatan yang baik dan Allah permudahkan segalanya, saya sedia jadi isteri awak.”

“Kursus kahwin dah pergi kan?”

“Habis belajar dulu saya terus pergi dengan kawan-kawan.”

“Good. Saya pun dah pergi jugak. Senanglah. Memang boleh kahwin dah minggu depan.”

Tak habis-habis dengan minggu depannya. Aku pula naik malu.

“Semua dah complete, wak. Saya hanya tunggu awak cakap ‘ya’ saja. Semua saya dah settlekan dengan Syafiq.”

“Syafiq?” Keningku berkerut. “Settlekan apa?”

“Pelamin, baju pengantin, catering…semua yang pengantin perlukan.”

“Awak buat semua sendiri?” Tanyaku terkejut. Bila Qays Safaraz mengangguk, aku terus mengeluh.

“Awak…kali ni saya maafkan awak sebab belakangkan saya dalam hal perkahwinan saya. Lepas kita kahwin, saya nak awak kongsi semuanya dengan saya ya. Kita harungi susah senang bersama. Bolehkan?”

“In Shaa Allah…”

“So!”

Aku buat muka orang nak marah. Kiranya satu benda dah terlerai, tinggal satu ni je yang aku kurang pasti lagi.

“Tentang kejadian dalam kedai tadi…..”

“Aha…”

Qays Safaraz dah tak senang duduk. Banyak kali dia dan Syafiq bermain mata. Aku yang nampak gelagat mereka jadi begitu terus silang tangan ke dada.

“Tu semua lakonan je kan? Awak dan Syafiq sesama pakat nak provok saya, betul tak?”

“Tak…”

Aku jengilkan mata.

“Sikit je…cadangan Syafiq, dia provok awak. Saya muncul…berlakon la terasa hati lepas tu datang ke sini, saya luahkan perasaan saya pada awak. Tapi sebaliknya yang terjadi. Awak yang luahkan dulu pada saya. Siap nangis-nangis lagi. Walaupun kesian tapi dengan cara tu la, saya tahu yang awak betul-betul cintakan saya. Cinta yang tulus ikhlas.”

“Ohhh…planning adik-beradik ya…”

Sakit pula hatiku kena permainkan.

“We are sorry.”

“Tak terima.”

“Habis tu? Macam mana nak buat supaya awak terima?” Soalnya. Aku undur setapak demi setapak ke belakang.

“Ingat janji awak nak memperisterikan saya. Sampai masanya, ambil saya dengan cara yang baik dari jagaan ayah saya. Mungkin masa tu la baru saya boleh maafkan awak.”

Qays Safaraz mengangguk tenang.

“Awak boleh pegang janji saya…minggu depan kita jadi suami isteri. In Shaa Allah.”

Aku balas kata-katanya dengan senyum bahagia.

“Baik. Qays Safaraz, saya pegang janji awak…..”

Janji itu mungkin boleh jadi hanya tinggal janji, tapi sementara itu biarlah aku menikmati keindahan perasaan cinta ini. Allah adalah sebaik-baik perancang dan aku serahkan semuanya pada Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience