BAB 1

Romance Completed 6213

Hanya kerna kau yang cukup indah

Untuk dimiliki dan untuk dicintai

Ku tahu kau mahu ada di hati

Untuk didampingi untuk disayangi

Tiada yang lain selain dirimu

Kekal tinggi di hatiku

Tiada pengganti yang mampu ku cari

Yang secantik diri kamu

Cinta ini untuk dirimu

Rasa ini untukmu

September 2012…

“Tahniah!!”

Senyuman plastik aku hadiahkan pada dia. Kad berukir indah berserta nama pengantin perempuan yang tercatat di situ aku baca sampai berpinar mata. Saja mahukan kepastian. Manalah tahu, kawan baikku ini tercatat pula nama aku di situ kan? Propa, propa.

Faralisa Dato’ Shukor.

Sah bukan nama aku. Itu Fara. Bukan Dara. Gabungkan pula dengan nama lembut di hujungnya. Lisa. Cocoklah dengan cik empunya diri yang lembut lagi manis jelita. Faralisa. Aku, Dara Hani Azelan ni hanyalah gadis biasa. Bila berjalan di sisi Ukail Asyfar, seringkali digelar pencacat pemandangan. Tapi pabila Faralisa yang berada di samping Ukail, semua termasuklah aku bagaikan terasa aura kimia melekat pada mereka menjadikan kedua-duanya pasangan yang amat cocok sekali. Agaknya sebab itu Ukail pilih Lisa.

“Kau bila lagi, Rara?”

Pertanyaan Ukail aku balas sambil menjungkit bahu dan juihkan bibir. Kepala kugeleng-geleng tanda tak tahu.

“Aku?”

“Yessss…my very bestfriend. Bila nak kahwin?”

“Kerja Allah, Ukail. Aku tak tahu bila.”

“Doalah. Mana tahu, lepas aku dan Lisa, kau pulak naik pelamin. Kan?”

Dia ketawa lepas. Aku tawar senyum paksa melihatnya begitu ceria ketawa. Lepas ni pasti aku akan rindukan tawanya ini.

‘Kalaulah semudah itu aku lupakan kau, Ukail.’ Getusku sedih.

Kad undangan perkahwinan Ukail aku genggam kuat. Tekak dah mula terasa perit.

“Rara! Aku sayang kau…”

Sayang? Aku balas renungan lembut Ukail dengan hati bercelaru. Sejak aku dan Ukail menjadi kawan baik, buat pertama kali, dia mengungkapkan perkataan sayangnya padaku. Aku tak bermimpikah ni?

“Janji dengan aku ye. Kau akan sayangkan aku jugak.”

“Janji?”

Ukail mengangguk. Sambil menunjukkan kedua-dua penumbuknya ke arahku, dia meminta aku memilih antara satu. Segera aku sentuh tangan kanan Ukail. Aku mahu benda yang berada di dalam genggaman tangan kanannya.

“Good choice. Nah, pegang ni.”

Hadiah melurut jatuh ke bawah. Tepat-tepat ke tadahan tapak tanganku. Cincin! Tapi bukan bertatahkan berlian yang aku nampak semasa temankan Ukail membeli cincin untuk Lisa tiga bulan lalu. Cincin ni cincin daun. Spesifiknya, daun kelapa yang Ukail anyam menjadi cincin. Hanya saiznya saja besar. Letak dekat ibu jariku pun belum tentu muat.

“Kau pilih cincin aku, Rara. Yang ni….” Ditunjuk pula satu lagi anyaman serupa. “….kau punya. Aku akan simpan sampai bila-bila. Sebagai tanda persahabatan kita.”

Aku tak mahu tahan perasaan aku lagi. Sumpah aku sedih mendengar pengakuannya. Lalu, tanpa segan-silu aku menangis teresak-esak di hadapan Ukail. Tak aku kisahkan persekitaran aku yang penuh sesak dengan orang ramai ketika ini. Aku sedih. Kawan baikku nak kahwin minggu depan. Aku kecewa. Lelaki yang aku cintai bakal menjadi milik orang lain. Selepas ini, pasti hubungan kami akan jauh. Tuhan, kuatkan aku…..

“Aku pun sayangkan kau, Ukail….”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience