BAB 2

Romance Completed 6213

September 2016…..

Ku ku! Ku ku!

Ku ku! Ku ku!

“Wei, Minah! Bila nak bangun? Kerja hari ni kan? BA-NGUNNNNNN!!!!”

Buk!

“Adoiii~”

Bergegar tempurung kepala ni dibuatnya. Suara garau seorang lelaki masih menjerit-jerit di atas katil tempatku beradu. Asyik-asyik ayat yang sama diulang sebut. Bangun, bangun, bangun. Bingit betul. Dengan mata separuh terpejam dan mulut menguap besar, aku panjat semula katil bersaiz queen ku. Tangan teraba-raba mencari suara itu. Jumpa saja terus aku tarik dan melekatkan tapaknya ke dadaku. Sekejapan, suara yang membingitkan telinga itu terus menyepikan diri. Kamar tidurku automatik kembali aman seperti malam tadi.

“Hampeh punya bos!!!!! Aku dah ubah bunyi jam loceng aku, kau bubuh balik suara kau ek? Ingat sedap agaknya suara husky kau tu. Eeeee…tak pasal-pasal benjol lagi kepala aku hari ni. Nanti kau. Aku dapat kau kejap lagi, aku ganyang cukup-cukup.”

Bagai tahu namanya disebut orang, tetiba terpacul saja nama menjengkelkan itu pada skrin telefon bimbitku. Menambahkan lagi angin Semutar Hitam dalam diri, boleh pula suaranya dijadikan latar ringtone ku. Arghhh!! Memang aku jadi pembunuh hari ni. Tak cukup dengan jam loceng telefon aku, lagu Hantu atau Buaya aku tu pun diubahnya kepada suara dia? Ya Allah. Kenapa bos baru aku ni sengal sangat???

“Yo!!!” Ujarku kasar tatkala panggilannya kusahut.

“Mak oi, garang abes. Assalammualaikum nya mana cik kak?”

Encik bos kedengaran ketawa di hujung talian. Aku mengutap bibir. Bantal peluk di hujung kaki aku tarik lalu aku tumbuk-tumbuk untuk melepaskan geramku, ibarat aku sedang menumbuknya ketika ini.

“Apahal telefon aku pepagi buta ni? Aku nak tidur pun tak senang.”

“Pagi kau cakap? Wei, cik kak. Cuba kau tengok jam kau tu sikit. Dah pukul berapa sekarang ni?”

Hoh? Aku jarakkan muka dari skrin telefon. Mujur juga jam telefon aku ni digital. Nombor besar-besar. Senanglah aku nak baca.

“7 pagi. Awal lagi. Masuk kerja kan pukul 10. Rumah aku dengan kedai kau sepuluh minit dah sampai. Pukul 9.30 karang aku keluarlah. Apa masalahnya?”

“Haa, ye la pukul 7. Makcik, kau mabuk ke apa? Kau tengok jam mana tu? Zimbabwe?”

“Aku tengok jam handset aku la.”

“Wei!!! Ya Allah…”

Syafiq picit-picit dahi. Patutlah pekerjanya seorang ni tak datang-datang sampai sekarang. Dia pula naik risau ingat apa-apa jadi pada Dara dalam perjalanan ke tempat kerja. Rupa-rupanya cik pekerja baru bangun tidur dan harapkan jam telefon bimbit berbunyi untuk mengejutkannya.

Sah tengah tak suci ni. Pasal tu Subuh pun terbang melayang. Dara yang dia kenal solat tak pernah tinggal. Sentiasa kerjakan di awal waktu. Dan paling dia suka sekali, jika nak solat, mesti akan minta Syafiq menjadi imam.

‘Bukan senang nak dapat 27 Pahala sekaligus, Syafiq. Rasulullah sendiri bersabda, Solat berjemaah itu lebih afdal daripada solat bersendirian dengan 27 kali ganda. Sebelum aku kerja sini dulu, aku selalu ikut ayah aku solat sama-sama. Bila aku dah kerja sini, bolehkan kau jadi imam Solat Zuhur dan Asar aku?’

Dengan senang hati…bisik Syafiq tersenyum meleret. Tumpuan kembali difokuskan pada perbualannya bersama Dara. Teruk betul mengantuk budak ni. Bunyi menguap dah macam muzik latar. Tak tahu malu langsung. Tahulah semalam balik kerja lewat sebab rekod inventori. Tapi tak adalah lewat sangat pun dia lepaskan Dara pulang. 6.30 petang. Kedai tutup pukul 5.30. Kira awal juga tu.

“Rara!! Kalau kau ikut jam henset kau tu, aku rasa kau tak payahlah masuk kerja arini. Aku bagi kau cuti tanpa gaji sehari. Datang kerja esok je senang.”

“Eh, apasal pulak?”

Aku dah duduk tegak. Mata yang kuyu sekejapan celik macam disimbah lampu limpah stadium.

“Semalam bukan jam loceng kau je aku pedajal….” Luah Syafiq membuka pekung.

“Don’t said…”

“Aku bahana kau punya jam sekali…” Sambung Syafiq, cukup membuatkan darah aku berhenti mengalir.

“Sekarang dah pukul berapa!?” Terjerit aku di dalam telefon. Diri dah kelam-kabut mencapai tuala, surat khabar sehelai, ‘adik-adik’ dan ‘pampers’.

Syafiq tatap jarum jam di pergelangan tangan kiri.

“Lima minit lagi pukul 10.30.”

“Berapa lama kau lambatkan jam aku ni?”

“Tiga jam setengah.” Balas Syafiq tergigil-gigil menahan ketawa.

“SYAFIQ!!!!!!”

Dapat didengar bunyi Dara yang tak tentu arah berlari di hujung talian. Itulah. Siapa suruh harapkan jam telefon saja berbunyi? Kan dah terlajak tidur. Ingat minah ni ada back up jam loceng kepala besar dekat rumah tu. Tak ada rupanya. Hish. Dara, Dara! Lain kali beli jam banyak-banyak ya. Buat spare tyre.

“Syafiq, aku sampai kedai karang, aku bunuh kau. Memang! Aku bunuh kau!!”

“Aku bos. Berani kau nak bunuh aku?”

“Ada aku kesah?”

“Babe…perbualan kita ni dah terakam tau. Kalau polis nak cari bukti, boleh aja diorang sabitkan kau dengan kesalahan. Minta saja SKMM uruskan.”

“Shut up!”

“Kau tengah mandi ke tu? Bunyi air ni…”

Syafiq tak lekang-lekang mengusik. Dapat dibayangkan muka berangin Dara. Bila marah, hidung tak kembang semangkuk tak sah. Walaupun orang lain kata buruk, muka begitulah yang kelihatan comel di mata separuh bulat Syafiq. Ya, Dara ada tarikannya sendiri. Sebab tu dia sukakan Dara. Tak hipokrit bila bersama dengannya.

“Arghhh…otak kau jangan nak bayang benda tak senonoh ya! Lebam mata tu aku kerjakan karang. Dahlah, aku nak mandi ni. Mengacau je. Bye!!!”

“Uit! Masuk kerja lambat, balik pun kena lambat….”

Masih lagi tak mahu lepaskan peluang menyakat Dara, Syafiq sengaja melengah-lengahkan masa.

“Kau aniaya aku, kau la balik lambat sorang-sorang. Aku nak layan Vanilla Coklat malam ni. Tak hingin aku balik lambat de.”

“Jangan ingkar cakap bos. Denda nanti.” Syafiq mengingatkanku.

“Kau bos kecik. Bukan bos besar.”

Aku masih tak mahu mengalah. Baju dan seluar tidur dah selamat aku lempar ke dalam bakul pakaian kotor. Sambil melilitkan tuala ke badan, aku berkira-kira mahu mematikan talian. Layan borak si Syafiq ni, sampai ke sudah aku tak mandi.

“Banyak cakap pulak kau ni kan? Tu dah tanggal baju ke belum tu?”

“Gila!! Memang aku bunuh kau, Syafiq. Siaplah. Cakap kotor!!”

“Siap? Nak siap pergi mana? Aku takde kedai arini. Banyak nak hantar barang dekat customer. Rindu aku sampai esok ek. Esok kita jumpa. Aku nak mintak tolong kau jaga kedai sementara aku takde ni, boleh? Harapkan yang lain, manjang berangan je kerja diorang. Bye, sweetie. Dah pergi mandi. Pukul 10.45 mesti dah sampai sini. Kalau aku tengok rekod kau lewat satu saat pun, aku potong gaji kau dua ratus ringgit. Time is money, dear. Assalammualaikum! Oh, lupa nak cakap. Sama-sama sebab kejutkan kau bangun. Daaaa….”

10.45? Rasanya dah sepuluh minit aku bertekak dengan Syafiq. Mana sempat nak sampai kedai waktu tu? Penangan tukar langsir tebal minggu lepas. Siang dan malam aku tak boleh nak bezakan. Uh, aku kena minta tolong ayah cari semula langsir yang ada day curtain, night curtain tu. Hari-hari begini, masak aku kena potong gaji dua ratus ringgit.

Huhu. Sempat ke nak mandi ni? Aku mundar-mandir di depan bilik air. Dah Dara. Daripada kau tak tentu arah begini, baik kau mandi kerbau sajalah. Balik kerja nanti baru mandi puas-puas. Terus, bagai lipas kudung, semua kerja aku bereskan dengan pantas. 10.43 pagi aku dah siap-siap pakai tali pinggang keledar. Nampaknya hari ni aku pergi kerja terpaksa pinjam kereta ayah. Selalu aku naik basikal saja memandangkan jaraknya sangat dekat dengan kawasan perumahanku. Pasal kau bos kecik, aku terlewat bangun. Takpe, takpe. Ada hari aku balas. I swear! Huh!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience