BAB 5

Romance Completed 6213

“Wakil dari Alat Tulis Double SQS. Tunggu sekejap ya. Bos nak jumpa awak.”

Tu dia. Tu dia ayat pemusnah impian aku nak balik kedai awal hari ni. Jam dah menganjak ke pukul 3.45 petang. Aku masih lagi terpacak di hadapan bos QS Global, Qays Safaraz. Menanti dia menunjukkan muka di sebalik kertas memo yang ditulis oleh Syafiq kepadanya. Sikit pun tak dipelawanya aku duduk.

Sejak tadi bos Qays Safaraz mendiamkan diri. Walaupun muka dia tersorok penangan baca memo macam baca buku teks, kedua-dua tangan dipanggung ke atas meja, aku dah tahu siapa gerangan lelaki tak pernah senyum, bak kata Syafiq ini. Ini kerana, gambar dia elok terbentang pada bidai cermin di dalam pejabat CEO yang dihuninya.

Gila kan? Hanya orang yang kagum pada diri sendiri saja akan buat kerja gila tempah bidai dan letak gambar sendiri menjadi latar. Dia salah seorang daripadanya. Pasal tu dia sombong. Huh, berbakul-bakul saranah aku pada Qays Safaraz. Marah betul aku hanya kerana dia tak mahu sambut sapu tangan yang kuhulurkan padanya tadi. Tak baik, tak baik.

“Dara Hani?”

Akhirnya dia bersuara setelah lama membaca surat Syafiq. Panjang berjela agaknya Syafiq tulis. Pasal tu setengah jam baru dia habis menelaah surat tu.

“Saya…”

Aku segera angkat kepala. Gugur terus jantungku sebaik sahaja melihat wajah bersihnya itu sudah bertambah aksesori cermin mata berbingkai separuh tatkala pandangan kami bersatu. Laa..rabun dekat ke mamat ni? Dalam lif tadi tak pakai spek pun. Kesian….

“Tinggal dekat mana?”

“Taman Bahagia Jaya 2.”

“Dekat mana tu?”

Adakah aku sedang menjalani sesi interview? Pelik.

“Taman perumahan depan kedai Alat Tulis Double SQS. Baru lagi taman tu, Encik Qays. Sebab tu ramai yang tak tahu.”

Dia mengangguk-angguk.

“Kenapa kerja dengan Double SQS. Ada degree kan?”

“Ada.”

“Dah tu? Kenapa tak gunakan degree yang awak ada tu untuk dapat kerja lebih bagus?”

Inilah mentaliti orang Malaysia. Ada degree saja mesti kerja bagus-bagus. Hello, kebanyakan billionaire Malaysia rata-rata punya sijil SPM saja tau. Degree mahupun Master bukan ukuran kejayaan seseorang tu. Bersangka baiklah pada rezeki insan lain Encik Qays Safaraz. Marah pula aku pada petang yang permai ini.

Bila dia tengok aku bertindak menggumam bibir dan pandang ke luar tingkap, Qays Safaraz capai satu kotak putih yang aku hantar tadi. Penutupnya dibuka dan satu bekas berisi berdozen pen biru diselerakkan di atas meja. Penuh meja jati itu dengan pen Kilometrico tetiba. Siap ada yang dah jatuh atas karpet lagi. Musykil aku dibuatnya.

“Saya tak terima yang ni. Bawa balik semula. Lain kali jangan hantar barang selagi tak bagi kami order yang sepatutnya. You belajar bisnes kan? Takkan lecturer tak ajar hantar barang betul pada customer berdasarkan order yang dibuat?”

“Aaa? Ada ajar. Hantar order kena betul dan tepat pada pelanggan.”

“Tahu pun. Basic bisnes. Kena tahu apa yang customer mahukan sebab customer is always right. Treat them with respect. Tapi kenapa awak boleh hantar barang salah pada kami? Pertama kali ni Double SQS buat silap dan kesilapan tu dilakukan oleh pekerja baru mereka. I’m very disappointed with you. Patutnya sebagai pekerja baru, awak kena tunjukkan kesungguhan masa bekerja. Belajar semak order. Tengok, cukup tak kuantiti yang diorder tu. Betul ke tidak barangnya sebelum datang ke sini. Et cetera…”

Aku terdiam. Nak beritahu aku hanya mengikut arahan Syafiq semata-mata sebab bos aku ada hal kecemasan tetiba, rasa takut menyelinap dalam diri. Renungan Qays Safaraz tajam betul. Terasa aku ni pekerja QS Global pula dan bukannya Alat Tulis Double SQS. Huwaaa!! Syafiq. Kau sengaja pedajal aku lagi ke apa? Sampai hati kau kan.

“I’m very concern with simple things Dara Hani, simple things sebab…bila kita ambil ringan benda yang mudah, kita akan anggap ia tak penting dah sampai bila-bila. Kesalahan sama akan berulang sebab dalam mindset kita tu dah lekat, oh benda kecik aja. Next time, aku ubahlah. No! Kalau awak tak ubah sekarang, ia takkan berubah sampai bila-bila pun. Takkan! Sebab manusia ni, nawaitu dia saja kata nak berubah tapi hakikatnya jika tak disertai kesungguhan, dia takkan pernah berubah. In future, jika kami order Faber Castell, kami nak Faber Castell yang sampai bukannya Kilometrico. Please take a note.”

Mendatar saja suara lelaki ini tapi kenapa aku rasa dia seperti melepaskan marahnya pada aku? Huhu…

“Encik Qays. Ni pen saja kot. Kegunaannya kan tetap sama macam pen lain?” Pujukku lembut. Malaslah nak bergaduh. Kepala aku dah pening. Nak-nak pula bau Jco Donuts buat perut aku meragam. Lapar.

“Kegunaannya tetap sama?”

Dia berdesit. Sinis. Aku makin tak faham kenapa dia nak sinis sangat. Qays bangun dari kerusi lalu menapak menghampiri aku. Sampai di depanku, bos muka ketat ni tenung mata aku dalam-dalam. Aku teguk liur. Takut tengok dia berdiri rapat sangat. Bau colonge yang dia pakai membuatkan jiwa perempuanku bergetar. Uikss, Dara. Jangan buat main. Dosa, dosa. Terus aku tunduk merenung dadanya yang berombak lembut semula. Menanti dengan sabar dia meneruskan bicara.

“Boleh cari persamaan antara pen dan adik-beradik? Apa yang awak nampak, jika dua pen berlainan jenama dan dua orang adik-beradik diletakkan sebelah-menyebelah?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience