BAB 6

Romance Completed 6213

“Syafiq…….”

Aku sembamkan mukaku di atas meja kaunter. Tiga hari dah tidur aku tak lena. Ni semua gara-gara pertemuan aku dengan bos Qays keparat tu la. Dia bagi soalan buat aku pecah kepala. Buntu. Hishhhh!! Aku boikot tak mahu pergi QS Global lagi. Melainkan syarikat tu tukar CEO baru, takpun Dato’ Razeef masuk kerja semula ke, baru aku nak pergi hantar semula barang.

“Alaa…Qays nak menyakat kau sebenarnya tu. Kau kan lawa. Dia terpikat la tu. Lepas tu, nak tahan kau lama-lama dekat ofis dia, dia buat-buat la tanya soalan teka-teki. Rara, kau usah risaulah. Aku jamin, dia tak maksudkan apa-apa pun. Sekadar sembang kosong.”

“Sembang kosong apanya? Dia perli aku kaw-kaw tau tak? Haaa…kata aku ni ambil mudah kerja aku la, dia kata aku tak bersungguh masa bekerja la. Itu la. Ini la. Aku kecik hati tau…. sedangkan kau tau kan aku kerja macam mana. Kedai ni aku yang tutup sejak semalam. Buku-buku, alat tulis, pelanggan semua, semua aku yang layan. Bersungguh-sungguh ke tidak aku kerja tu?”

“Memang bersungguh-sungguh.”

“Kan?”

Syafiq tahan ketawa. Teruk betul sedih budak seorang ni.

“Dengar cerita dia ikut kau balik sini.”

“Haaaaaa!!!”

Dara dah ternaik-naik jari telunjuknya sambil tayang muka ‘tau takpe’. Makin tak sabar Syafiq nak dengar cerita sebenar. Seronok dia lihat reaksi Dara Hani. Tak sangka, dengan satu memo ringkas, Qays terus ikut Dara pulang ke Double SQS. Cepatnya Qays bertindak.

“Tu satu hal, babe! Tu satu hal. Aku pun tak tahu apa ada dalam kepala otak dia tu, masa aku nak cabut lari dari Menara QS Global, tetiba pintu sebelah aku kena bukak. Dia masuk dan terus paksa aku drive ke sini. Huhu…dia tu siapa nak ikut aku balik? Macamlah bos aku nak main paksa-paksa kan? Poyo jer!”

“Dia buat apa kat sini? Mengorat kau ke?”

“Banyak lah. Dia tu playboy ek?”

Tolak tepi soalan Syafiq, aku teringat insiden telefonnya yang tak henti-henti berbunyi minta diangkat semasa kami dalam perjalanan pulang. Sheila, Ruby, Qaseh, Ariana semua dia reject. Kecuali ada satu panggilan dia terima dengan sekali deringan saja. Tak silap aku namanya Khayla….damn! Nak muntah aku dengar suara lemah-lembut Qays masa cakap dengan makwe dia bernama Khayla tu. Masa cakap dengan aku dalam ofis, bukan main kelat lagi muka. Tapi dengan yang satu tu, pijak semut tak mati. Walaupun tak senyum, tapi muka dia ceria abes. Cet!

“Playboy? Qays tu playboy? Haha…nonsense! Taklah. Orang beku, mana nak ada girlfriend. Yang melekat kat dia tu semua nakkan duitnya aja. Kesian Qays.”

“Termasuk yang nama Khayla?”

Senyuman Syafiq terus padam. Dahinya berlapis-lapis. Pertama kali ni dengar nama itu disebut. Selama ini tak pernah pun Qays cerita dia mengenali seseorang bernama Khayla. Kalau setakat Sheila, Ruby, Qaseh dan Ariana tu dia kenal la sebabnya mereka tu…..

“Siapa Khayla oi?”

Syafiq mula rasa tak sedap badan.

“Entahlah, mana aku tahu? Aku ni kan baru pertama kali jumpa Qays Safaraz tu. Nama pelik. Safaraz. Huh. Entah-entah nama takde maksud.”

Buk! Bergegar kepala aku disebabkan Syafiq. Tak cukup dekat rumah, di sini pun kepala aku menjadi mangsa. Aku tengok benda yang dah berani mencederakan kepala aku di dalam genggaman Syafiq. Planner dia? Hampeh punya bos. Patutlah sakit kena ketuk.

Nampaknya Syafiq kena daftarkan semua pekerjanya dengan insurans Prudential la. Tak boleh lengah-lengah lagi. Biar semua orang yang kerja dekat Kedai Alat Tulis Double SQS ini dilindungi insurans. Kalau aku diminta masuk pun, dengan rela hati aku join insurans sebab aku nak insuranskan kepala aku ni. Biar bernilai sikit supaya senang bila kena short-circuit, insurans boleh tolong coverkan.

Dalam mimpi, Dara. Dalam mimpi. Cubalah cakap senonoh sikit. Huhu. Aku tepuk-tepuk mulut yang suka paksa otak fikir benda yang bukan-bukan. Daripada cakap gitu, baik doa diberi kesihatan yang baik, tu lagi afdal, ya tak? Bila hati dah sebulat dengan fikiran, aku terus menghadap muka muncung Syafiq semula.

“Safaraz tu nama family. Gabungan nama mama dan papa Qays. Safa Marwah….Razeef Ihsan…jadila Safaraz. Dan makcik, jangan sedap-sedap mulut cakap takde makna ya. Safaraz tu ada maksud tau.”

“Apa maksudnya selain daripada gabungan nama mama dan papa mamat tu?” Tanyaku lurus. Selama ni aku ingat nama tu sekadar nama moden.

“Dihormati. Safaraz maksudnya dihormati. Qays sangat dihormati oleh pekerja QS Global. Dan dia disayangi semua orang. Walaupun muka dia kelat macam tu, semua orang suka dia.”

‘Oh, ye ke? Macam tak je…’ Ejekku sinis. Dalam hati sajalah terluah.

Tapi ayat Syafiq ni aku nak bangkang habis-habisan. Kalau semua sayang dan suka dia, kenapa masa aku ajak mereka naik lif semua orang menolak? Tipulah. Aku tak percaya semua tu. Yang aku nampak. Semua orang benci dan takut pada dia. Titik.

“Rara….jangan nilai orang, hanya pada paras rupa dia je. Semua orang ada kisah silam yang pahit. Semua, tak ada yang terkecuali. Sedangkan Rasulullah sendiri pun pernah alami kesukaran dalam hidup sebelum diangkat menjadi Nabi Allah inikan pula kita manusia biasa. Dan aku pasti, kau pun ada jugak kan? Kisah pahit yang susah untuk kau lepaskan. Qays tu….dia terlalu banyak simpan kisah pahit dalam hidupnya. Sebab tu dia jadi begitu. Tapi bila kau dah kenal dia nanti….Kau pun akan jadi macam orang lain jugak. Sayang dan hormatkan dia. Trust me.”

Aku nak sayang Qays? Oppp…mintak simpang. Memang takkan terjadi hal itu.

“Atau kau nak cintakan dia?” Usik Syafiq tetiba membuatkan mata aku terus membulat.

“Ha ha ha… Tu lagi tak betul.Tak hingin aku si Qays tu de. Not my taste.”

“Alah, sekarang ni boleh la kau cakap not my taste. Nanti bila aku nak try kau, tetiba kau akan cakap begini dekat aku. Sorry Syafiq, hati aku ni hanya pada Qays saja. Aku tak pandang orang lain dah. Aku sayangkan Qays sorang. Ambik! Kau jangan nak cakap besar sangatlah. Pe~ Lis!”

Macam sotong pula bila Syafiq cuba tiru suara aku. Rasa nak keluar muntah hijau. Geli.

“Kau ni kan…asyik nak up si Qays tu apasal? Qays sini, Qays sana. Muaklah dengar nama dia.”

“Mestilah. Dia tu abang aku apa? Haruslah aku up kan dia.”

Kening Syafiq dah terjongket-jongket naik ke atas. Sengihnya sampai ke telinga. Aku tatap muka jambu Syafiq dengan kening berlapis dua belas. Lepas tu memori aku mula membayangkan wajah Qays Safaraz. Kemudian, kedua-dua gambar lelaki ini kucantum dan kuletakkan sebelah-menyebelah dalam kotak fikiran. Qays Safaraz dan Syafiq adik-beradik? Eh, macam ada yang tak kena je….

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience